30 August, 2021

Shellout Sedap Sekitar Selangor

Shellout Sedap Sekitar Selangor | Sebelum pandemik melanda negara, kalau rasa nak makan shellout mesti nieyl akan pergi kedai. Sambil makan boleh luangkan masa bersama keluarga tersayang tapi dah dekat 2 tahun tak dapat luangkan masa bersama keluarga makan di kedai makan seperti sebelum-sebelum ni. Korang pun sama kan..

Bila tiba-tiba teringin nak makan shellout dari kedai , mulalah guna khidmat google untuk mencari yang berhampiran. Bila whatsapp nak order, ada yang kata order full, ada juga yang kata kedai tak buka lagi dan ada juga yang tak boleh buat delivery. Hurm..sadis sungguh rasa hati ini memikirkan nasibku yang tak dapat makan shellout hahaha..


Satu hari tu lewat petang jugalah nieyl view IG stories kawan-kawan sekali tu ternampak ada seorang kenalan tu dia update dan share makan shellout terus nieyl DM kawan nieyl tanya sedap tak, harga macam mana, boleh delivery tak..Bila dia kata boleh delivery, sedap pula tu..nieyl memang tak fikir panjang dah terus dapatkan nombor contact dan terus whatsapp dan buat order terus untuk family makan tengah hari. Shellout Sedap Sekitar Selangor. 


Untuk shellout yang nieyl order ni untuk 3 family makan , iaitu 3 Set.. 1 Set tu lebih kurang 4-5 orang makan. Pilihan sos yang ada Buttermilk, Kamheong, Original Asam Pedas, Salted egg buttermilk. Untuk kali pertama order ni nieyl cuba sos Kamheong dan juga buttermilk. 

Sos Kamheong
Sos buttermilk

Ini merupakan kali pertama nieyl order shellout dari deliciouxbynuyueskitchen , sangat puas hati dengan kuantiti yang banyak dan kualiti semua seafood memang terbaik uolls. Semua seafood yang digunakan segar dan besar-besar. Dan kalau ada korang yang teringin nak makan King Crab , korang juga boleh order dekat sini juga, harga dia murah dan berbaloi. 

Kalau korang tinggal sekitar seri kembangan ataupun sekitar selangor ni korang boleh sahaja order shellout dari deliciouxbynuyueskitchen sebab dia menggunakan khidmat lalamove untuk hantar semua tempahan kita so, tak ada masalah untuk cuba shellout bersama keluar di rumah. 









7 comments:

  1. boleh masuk list ni kalau nnt dh bole rentas negeri, jalan2 selangor

    ReplyDelete
  2. Sedap tu sos buttermilk dan kam heong. Biasanya kalau kami ke Tawau, pilih sos itu saja. Menjilat jari!

    ReplyDelete
  3. teringin tp xtau la kat area umh sy ni ade ke x.. mcm xde nmpk byg2 shell out pon.. haha

    ReplyDelete
  4. aduduu sedapnya alahai shellout

    ReplyDelete
  5. Dah lama x shell out. Mengidam la pulop...

    ReplyDelete
  6. Macam sedap jer yang sos buttermilk tu. Hurmmm....terliur tengok. Kalau dekat dah order dah. Masalahnyer kita kat Perak.Hu3.

    ReplyDelete
  7. Shellout sos buttermilk memang sedap sangat. Kalau saya makan, sampai jilat jari hihihiii.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)