02 January, 2021

Azam 2021


Azam 2021 | Pertama sekali perasaan bersyukur kepada Allah swt kerana memberi peluang bernafas di bumi pada tahun 2021. Apabila tiba awal tahun perkara yang sering kita dengar orang bertanya apa azam tahun baru? setiap kita pastinya mempunyai azam masing-masing yang mungkin sama dan mungkin berbeza atau mungkin tiada azam. 

For nieyl, azam adalah penting dalam hidup. Azam bahasa ringkasnya yang lebih mudah difahmi adalah perancangan. Setiap kita pastinya ada perancangan untuk satu tempoh yang mana kita nak capai ataupun yang kita nak miliki. So, dari perancangan itulah timbulnya usaha untuk kita bekerja keras untuk mencapai apa yang kita rancangkan. 

Berakhirnya tahun 2020 terlalu banyak memori yang tercipta dan tibanya tahun 2021 memberi peluang untuk nieyl merancangan perjalanan untuk tahun ini. Perancangan itu perlulah memenuhi dalam semua aspek. Ada diantara beberapa azam yang nieyl forword setiap tahun dan ada juga yang baru untuk nieyl laksanakan pada tahun 2021 ini.

  • Memiliki zuriat dengan izin Allah Insya'Allah doakan ya
  • Menjadi seorang hamba Allah, isteri, anak , menantu yang lebih baik dari sekarang
  • Vacation bersama keluarga mertua ke Langkawi
  • Rancangan short vacation family di Morib/ PD
  • Celabrate Anniversary yang ke 9 , maybe short vacation / dinner 
  • Renovate bilik tidur dan deco
  • Beli gelang emas
  • Lain-lain coming soon
Setakat ini hanya ini sahaja yang terlintas difikiran. Walaupun tak seberapa pada orang yang membaca dan melihat azam atau perancangan di atas ini, tetapi pada diri nieyl ia sesuatu yang sangat bermakna untuk dilakukan dalam hidup. 

Oklah ini sahaja yang mampu nieyl sharekan untuk permulaan tahun baru 2021 ini. Insya'Allah semoga lepas ini nieyl cuba untuk update entry sekerap yang mungkin supaya blog ini tidak bersawang terlalu lama. Dua bulan terakhir di tahun 2020 merupakan bulan yang paling teruk pengurusan masa nieyl, Insya'Allah untuk tahun 2021 ini kita akan cuba perbaiki kelemahan tu. 

Terima kasih kepada kawan-kawan, pembaca yang singgah sini ataupun yang kebetulan ternampak blog ini, semua apa yang kita share dalam blog sedikit sebanyak boleh memberi inspirasi ataupun ilmu kepada semua. 

Bye~



4 comments:

  1. good luck! moga segala azam tercapai !!!

    ReplyDelete
  2. Semoga dipermudahkan urusan mencapai azam

    ReplyDelete
  3. Salam tahun baru. Moga segala Azam tahun baru tercapai dan dilapangkan segala kesulitan sis

    ReplyDelete
  4. In Shaa Allah. Semoga semua azam Nieyl akan menjadi kenyataan. Aamiin...

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)