11 January, 2021

10 Gram Restaurant , Tamarid Square Cyberjaya

10 Gram Restaurant , Tamarid Square Cyberjaya | 10 gram?berat apa yang 10 gram?ke member ni salah hantar hantar whatsapp ni bila nieyl tanya nak lunch dekat mana..Sekali tu dia tunjukkan rupanya 10 gram tu sebuah restaurant yang berkonsepkan insta cafe dimana bangunan dan deco dalaman restaurant yang sangat sesuai untuk mereka yang suka berswafoto. 


Mesti tertanya-tanya kenapa nama restoran dia 10 Gram, ok dari apa yang nieyl baca tentang restoran ni, GRAM adalah huruf pertama 4 orang pengasas restoran ini dan 10 adalah simbolik kepada kesempuranan 10/10. Restoran 10 gram ini menyediakan pelbagai jenis makanan timur dan barat. ia juga ada menyediakan pelbagai jenis minuman yang kreatif dan pencuci mulut yang menarik untuk dinikmati oleh pelanggan. 


Untuk nieyl yang pertama kali menjejakkan kaki ke restoran ni, nieyl pilih minuman yang biasa-biasa sahaja dan makanan pun pilih yang berat sebab makan tengah hari. 


Air yang nieyl pilih soda bersama asam , kalau kita kacau dia akan air berwarna biru. So far, air ni kena dengan citarasa nieyl. Untuk harga makanan dan minuman di sini boleh dikatakan boleh tahan la..hehehe..sesekali kalau nak rasa tempat makan yang baru, kalau selalu nak pergi tu...koyak jugalah poket hehehe

Selalu kalau nak pergi restoran ni kena pergi awal untuk lunch hour sebab selalunya penuh. Kalau datang awal, korang bolehlah pilih tempat duduk berbackgroundkan apa.. Nieyl masa tu pun dah lewat sampai, tempat yang best-best untuk bergambar dah penuh dengan orang.

Dibawah ini nieyl share beberapa makanan dan minuman yang unik yang korang kena cuba, rasa dia tu tak tahulah macam mana tapi persentation dia super!

Spaghetti Alfredo

Curry Laksa

Grilled Chicken Chop

Rainy Day

Secret Garden


Spice up your day

Cyberjaya
 A-03-05 Block A, Tamarind Square, 63200 Cyberjaya, Selangor 
Mon~Thurs: 10am - 10pm
Fri~Sun: 10am - 10:30pm

Mahkota Cheras
No.3, Jalan Temenggung 27/9, Bandar Mahkota Cheras, 43200 Selangor 
Mon~Sun: 10am - 10pm

Air Putih
Warung 10 gram, B-2, Jalan Air Putih, 25300 Kuantan, Pahang Darui Makmur, Malaysia 
Mon~Sun: 11am - 10pm


IOI Puchong
BVGF16, Jalan Kenari 5, Puchong Jaya, 47100 Puchong, Selangor 
Mon~Thurs: 10am - 10pm
Fri~Sun: 10am - 11pm

Shah Alam
B-LG-12, Vista Alam, Jalan Ikhtisas 14/1, Seksyen 14, 40000 Shah Alam, Selangor 
Mon~Thurs: 10am - 10pm
Fri~Sun: 10am - 11pm

Tun Ismail

A-125, Jalan Tun Ismail, Sri Dagangan, 25000 Kuantan, Pahang 
Sun~Thurs: 10am - 11pm
Fri~Sat: 10am - 12am


5 comments:

  1. tak salah dekat penang ada 10gram juga tapi just for coffee

    ReplyDelete
  2. adeh nampak sedap semuanya dah le tgh lapar ni. anyway cantik2 gambar nieyla ambil

    ReplyDelete
  3. Nampak ada kelainan daripada presentation menu nya.. Nak kena cuba selepas MCO nie..

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)