07 June, 2021

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2021

by on June 07, 2021

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2021 | Kita masih lagi di bulan Syawal kan, masih sempat untuk nieyl ucapkan selamat hari raya aidilfitri maaf zahir dan batin kepada semua followers , kawan-kawan, kakak-kakak, abang-abang yang sentiasa singgah baca dan tinggalkan komen dan tak lupa juga reader yang singgah blog nieyl. 

Orang lain dah berminggu-minggu share gambar raya kan, nieyl hari ini baru nak share dalam blog sebagai kenangan. Itupun nieyl tak boleh nak update gambar banyak-banyak kang ada pula orang salah faham, kata orang dengan sekeping gambar macam-macam tafsiran netizen.



Walaupun tahun ini merupakan tahun kedua kita beraya norma baru dan tidak boleh nak menziarah. Alhamdulillah,suasana hari raya masih lagi nieyl dan suami rasai seperti tahun lepas. Duit raya tetap juga kita tukar untuk diberikan kepada anak-anak buah dan mak ayah. Apa-apa pun marilah sama-sama kita berdoa semoga covid ini berakhir, dan tahun depan kita boleh balik kampung dan beraya bersama keluarga tersayang..Insya'Allah...

30 April, 2021

Ayam Masak Kicap Mudah dan Sedap

by on April 30, 2021

Ayam Masak Kicap Mudah dan Sedap | Ayam masak kicap sentiasa menjadi pilihan isteri dan ibu yang bekerja sebab cara penyediaannya sangat mudah dan cepat. Sepanjang PKP 2.0 ni nieyl memang banyak masa terluang untuk ke dapur, jadi entry-entry sepanjang PKP 2.0 ni memang banyak nieyl share masakan dan resepi ya yang mungkin orang lain boleh mencubanya.

Untuk kali ini , nieyl nak share resepi yang mudah Ayam Masak Kicap yang tidak perlukan bahan yang banyak tetapi rasa dia sehingga menjilat jari ha..gitewww! tak adalah, masakan ni pada nieyl yang paling mudah dan cepat sesuai untuk anak-anak juga. 


Bahan-bahan
  • Ayam (digoreng setengah masak terlebih dahulu)
  • Ubi kentang (potong wedges dan goreng dahulu)
  • Bawang Merah ( kisar)
  • Bawang Putih (kisar)
  • Kayu manis (option)
  • Bunga lawang (option)
  • Halia (di ketuk )
  • Cili padi
  • Sos tiram
  • Kicap manis
  • Cili kisar (option)
  • Air sedikit
Cara-caranya
  • Tinggalkan sedikit minyak lebihan ayam dalam kuali
  • Tumis bawang merah, bawang putih, halia, kayu manis, bunga lawang dan 1 sudu cili kisar( ini option), kalau tak nak pedas tak perlu letak cili kisar)
  • Masukkan sos tiram anggaran 2 sudu besar
  • Kemudian masukkan ayam terlebih dahulu dan kemudian baru masukkan kicap secukupnya
  • Gaul rata dan masukkan sedikit air untuk dapatkan sedikit kuah
  • Last sekali masukkan kentang dan juga cili api (tak perlu ketuk), masukkan sahaja sebiji-sebiji
  • Gaul rata sehingga sebati dan tutup api dan boleh hidangkan 
Selamat Mencuba!

** Kayu manis, bunga lawang, cili api, cili kisar adalah option..Kalau boleh je tak letak semua ni..Masak kicap tetap sedap juga..cuma nieyl suka letak sebab rasa dia agak berbeza sedikit dari biasa. 

 

20 April, 2021

Tragedi 1 Ramadan

by on April 20, 2021

Tragedi 1 Ramadan | Tahun ni genap umur 33 tahun berada diatas bumi Allah yang tercinta ini. Setiap fasa umur kita akan laluinya tanpa sedarkan. Rasa seperti baru sahaja tamat sekolah eh cehwaahh..apo ingat muda lagi..hahaha~ Pada tahun 2021, pada 1 Ramadan tercipta 1 sejarah dalam diari hidup nieyl dimana nieyl dapat sampul duit raya yang pertama. Ala..sampul je pun kan, sekali buka aduhai..ada duit raya lah gais..Alhamdulillah rezeki Allah nak berikan siapa sangka, ingatkan 1 syawal nanti baru nak collect duit raya. TETAPI gais, until now.. nieyl tak tahu siapa yang bagi duit raya tu sebab yang berikan sampul ini adalah orang tengah. Bila tanya siapa bagi, jawapan dia HAMBA ALLAH. Banyak kali tanya pun jawapannya tetap sama.
Seharian jugalah berfikir siapa yang bagi, tapi buntulah sebabnya tak boleh nak agak hamba Allah tu siapa namanya. Tapi kita fikir positif sahaja, mungkin Allah beri rezeki melalui pemberi tu kan.. Apa-apa pun semoga Allah terus murahkan rezeki Hamba Allah tu kerana memberi. Oleh itu, kira duit rayalah kan..hehehe~kita masuk dalam tabung handphone ya hehehe

Oklah kisah yang kedua pada 1 Ramadan, tahun ni kiranya tahun pertama nieyl berpuasa di pejabat/agensi yang baru. Jadi, sememangnya unexpected keadaan jalan nak balik sebegini gais..Sekali pandang, dah seperti Kuala Lumpur. 


Bila jadinya macam ni, mulalah terfikir kenangan bulan puasa di pejabat lama di Putrajaya. Jalan clear je walaupun jam 4.30 petang, clear maksudnya tak sesak jalan nak menuju ke rumah nieyl. Disebabkan tak nak berada dikalangan mereka dalam gambar di atas, nieyl ambil keputusan untuk keluar dr pejabat sebelum 4.30 petang, so kena mai pejabat seawal 7.40 pagi macam tu la, sebab sektor kerajaan diberi pulang awal 30min dari waktu kita sepatutnya balik. Bagus juga kan, kita tak bersesak dengan anak-anak pulang dari sekolah. Jadi, pada isteri , ibu ni sempat untuk balik menyiapkan juadah berbuka untuk keluarga dan ada masa untuk berehat. 

Dua-dua kisah yang nieyl share ni, sememangnya diluar jangkaan nieyl tapi apa-apa pun kita kena sentiasa bersyukur dengan apa yang Allah berikan pada kita dan tentukan dalam hidup kita..♥

 

Media Sosial Berehat Sementara Waktu Sepanjang Bulan Ramadhan

by on April 20, 2021

Media Sosial Berehat Sementara Waktu Sepanjang Bulan Ramadhan | Bukan mudah untuk berehatkan jari jemari dari media sosial ini tau. hehehe~ Sebab kita dah biasa sharing benda dan perkara yang baik-baik di media sosial bila, terpaksa stop tu rasa macam alamak.. Tapi apakan daya, nieyl terpaksa reda dengan apa yang terjadi pada nieyl sekarang ni gais. 

Kalau korang ikuti IG nieyl pun dah lama rasanya tak upload gambar baru dan blog pun tak ada entry bergambar dari nieyl. Ini adalah disebabkan handphone nieyl now tengah rosak, tak tahu apa masalah dia tak boleh nak ON. Erti kata lainnya dah tak boleh nak guna lagi walaupun usia dia baru sahaja 5 tahun. Adoi lah, beli canggih macam mana pun bila dah sampai hayat dia, memang jahanam juga. 

Sebab itu jugalah nieyl tak boleh nak snap gambar dan post. Yang paling sedihnya tahun ni satu gambar juadah makanan pun nieyl tak dapat nak sharing dekat blog. Sedih tauu.. Tapi tak apalah, nak buat macam mana kan...sabar jela..pasti ada hikmahnya tu kan..


Beli handphone baru?haruslah beli handphone baru tetapi take time juga nak beli handphone baru ni sebabnya nak beli handphone bukan macam beli ikan rm10 dah boleh dapat ya...Ia ratus dan ribu juga tu. So, untuk itu nieyl memang dah plan nak beli handphone baru dalam masa terdekat ini, Insya'Allah kalau diizinkan sebelum raya.Ha..kalau korang nampak gambar raya dekat IG nieyl tu nanti, itu dah ada handphone baru la tu hehehe~

So, untuk sementara waktu ni, tak apalah kesabaran itu amat diperlukan untuk mendapatkan kualiti handphone yang nieyl nak tu.. Handphone apa?nanti dah beli, Insya'Allah nanti nieyl share dalam blog okay. 

Salam ramadhan

Amalan Rezeki Melimpah Tak Pernah Habis

by on April 20, 2021


Assalamualaikum
Salam Ramadhan ke 7
Semoga Ramadhan kali ini memberi makna dalam hidup kita..
Ada yang dah membilang hari ke nak raya tu hehehe..
Sekejap sahaja kan kita dah seminggu berpuasa..
Pantas waktu kini berlalu...
jangan lupa isikan waktu-waktu lapang dengan perkara-perkara yang berfaedah okay..

 

13 April, 2021

Salam Ramadhan

by on April 13, 2021



Salam Ramadhan Semua...
Di kesempatan ini nieyl nak mohon maaf sekiranya setiap penulisan 
mungkin ada terguris hati dan perasaan orang lain...
Semoga Ramadhan kali ini menjadi Ramadhan yang lebih bermakna untuk kita semua..
Dan semoga segala ibadah kita ini sempurna dan di terima Allah...

22 March, 2021

Cosmoderm Perfect Balanced Series Merah Jambu

by on March 22, 2021

Cosmoderm Perfect Balanced Series Merah Jambu | Penjagaan kulit wajah menjadi sangat penting bagi seorang wanita tidak kira sesibuk manapun wanita tidak sesekali mengabaikan penjagaan kulit muka. Ianya bagi memastikan kulit wajah sentiasa dalam keadaan bersih dan sihat. Apa yang paling penting adalah memastikan produk yang kita pilih adalah yang terbaik dari segi bahan-bahan yang digunakan dan juga selamat untuk kita apply ke wajah kita. 

Sebelum ni nieyl menggunakan brand lain untuk menjaga kulit wajah nieyl, tetapi setelah diperkenalkan dengan rangkaian produk dari Cosmoderm Tea Tree Oil sehingga ke hari ini nieyl setia dengan rangkaian cosmoderm. So, hari ini nieyl nak share dengan korang rangkaian produk terbaru cosmoderm yang super cute warna pink gitewww..


Nieyl pasti korang pernah dengar  tentang kebaikan prebiotik dan calamine dari sudut kesihatan mahupun kecantikan. Untuk pengetahuan semua, kombinasi dua formulasi ini sesuatu yang baru dan banyak manfaatnya. Now!Kenalkan Cosmoderm Perfect Balanced  dengan rumusan prebiotik dan calamine. Cantik kan?Pink color uolss...


Kebaikan Prebiotik dan Calamine


Prebiotik:
Prebiotik dari sudut kecantikan dapat membantu mencerahkan kulit dan  menyeimbangkan ekosistem mikrobioma kulit dan memberi perlindungan yang konsisten.


Calamine:
Calamine pula berfungsi meredakan kegatalan dan iritasi pada kulit. Selain itu dapat mengurangkan masalah kulit berminyak dan kemerahan. Ianya juga memberi perlindungan kulit akibat pendedahan pengcahayaan matahari.


Cosmoderm Perfect Balanced ada 4 produk mengikut 4 langkah penggunaaan :-

1. Foaming Cleanser
2. Toning Lotion
3. Soothing Wow Cream
4. SunMilk SPF 25 PA ++


Perfect Balanced Foaming Cleanser (120ml)- Diformulasikan untuk semua jenis kulit, Perfect Balanced Foaming Cleanser adalah langkah terbaik untuk kulit yang sihat dan menenangkan. Ia membersihkan pori-pori anda dengan mendalam dan membersihkan kulit sambil melegakan kemerahan.

Perfect Balanced Toning LotionDiformulasikan untuk semua jenis kulit, Perfect Balanced Toning Lotion adalah yang kedua dan paling penting untuk kulit yang lebih sihat dan cantik. Dengan Prebiotik dan 20,000 ppm Calamine, jumlah yang lebih tinggi membantu menenangkan dan melegakan kemerahan sambil meningkatkan keupayaan penyerapan kulit anda.

Perfect Balanced Soothing WOW Cream-Diformulasikan untuk semua jenis kulit, Perfect Balanced Soothing WOW Cream adalah langkah ketiga untuk menyihatkan dan menenangkan kulit. Dengan 30,000 ppm prebiotik dan calamine, jumlah yang lebih tinggi membantu soothe and calm kulit sambil meredakan noda pada permukaan kulit. Menggunakan WOW (Air -dalam minyak dalam air) dan triple Moisture Boost Complex, ia juga membantu mengembalikan kelembapan kulit anda


Perfect Balanced  SUNMILK  SPF 25PA++ -Diformulasikan untuk semua jenis kulit, Perfect Balanced SUNMILK SPF 25PA ++ adalah langkah terakhir ke arah kulit yang lebih sihat dan lebih cantik. Dikemas dengan nutrien seperti Vitamin dan Mineral yang membantu melegakan kulit yang terbakar dan kering serta melindungi kulit anda dari UVA dan UVB. Selain itu, ia improves kan  perlindungan permukaan kulit anda mengatasi tekanan persekitaran.


Rangkaian Cosmoderm Perfect Balanced ini sangat praktik untuk nieyl gunakan sebab ianya telah ditanda dengan step number mengikut urutan yang betul  memudahkan nieyl ataupun korang yang first time nak menggunakannya. Selepas menggunakan set cosmoderm perfect Balanced ini kulit muka rasa fresh, lebih lembut dan bersih. Nieyl sangat yakin dengan semua produk rangkaian dari Cosmoderm ini. 


Boleh dapatkan produk Cosmoderm Perfect Balanced  di semua rangkaian farmasi berdekatan termasuk di Watsons, Guardian dan Aeon Wellness. Selain itu boleh juga didapati di platform atas talian seperti  www.cosmoderm.com.my atau di Shopee Cosmoderm Offical Store.

Keterangan lanjut boleh layari :-

17 March, 2021

Etika Batuk Dan Bersin Dengan Betul

by on March 17, 2021

Etika Batuk Dan Bersin Dengan Betul | Batuk dan bersin pun ada etika ke?eh..haruslah semua itu adalah penting untuk kita jalani hidup yang sihat. Korang pun mesti pernah batuk dan bersin kan?jangan cakap tak pernahnya nampak sangat membohong tu..

Ada sesetengah kita ataupun orang disekeliling kita ni yang batuk ataupun bersin tidak paling muka ke tempat lain. Kalau tengah makan tu, adoi dekat makanan tu juga dia bersin atau batuk...eee...uuuu...not good la begitu okay, next time kena palingkan muka ke arah lain ok

Selalu bila bersin ke batuk kita akan tutup mulut kan?itu memang bagus, yang tak bagusnya bila dah bersin atau batuk kita tidak lap tangan ataupun basuh tangan. Ada tu senang je lap tangan dekat seluar..adoi..tepuk dahi weh..Bukan susah pun ambil tisu lap la tangan tu lepas tu pergilah cuci tangan tu jangan lupa buang tisu tadi terus dalam tong sampah okay.

Dibawah ni nieyl sharekan Etika Batuk Dan Bersin dengan batuk yang boleh kita jadikan amalan dalam hidup seharian kita dan boleh ajar pada anak-anak kita supaya anak-anak juga menjalani cara hidup yang sihat.



 

16 March, 2021

Restoran Nyonya Tingkat Di AEON Mall Taman Equine, Seri Kembangan

by on March 16, 2021

Restoran Nyonya Tingkat Di AEON Mall Taman Equine, Seri Kembangan | Tiffin bertingkat yang dipamerkan dihadapan kedai menari perhatian nieyl dan keluarga untuk mencuba makanan di Restoran Nyonya Tingkat ni. Selain dari itu dekorasi restoran ini berkonsepkan warisan Baba & Nyonya di Melaka, bila masuk memang dapat rasa suasana berada di kedai Baba & Nyonya di Melaka. 


Reka bentuk, konsep dan penyajian moden menjadikan kita rasa puas hati dan dapat menghidupkan warisan Baba & Nyonya. Korang boleh lihat gambar yang nieyl snap di atas ini. Ini adalah pintu masuk restoran yang mempamerkan tiffin tingkat,meja makan bulat dan gambar-gambar hiasan menggambarkan melaka. 

Korang tengok hiasan dibelakang tu, baju kebaya Nyonya yang di framekan untuk dijadikan salah satu dekorasi di dinding restoran. Dalam restoran juga dibuat suasana seolah-olah kita sedang makan di Melaka. Very nice place lah, nieyl suka. 


Sesuai untuk waktu ketika itu, nieyl pesan makanan-makanan yang sesuai untuk minum petang. Yang pertama nieyl order adalah Char Kuew Teow bersama cili kicap. Not bad rasa dia sedap juga cuma dia rasa macam kuew teow goreng je..hehehe


Yang kedua menjadi pilihan minum petang nieyl adalah roti jala bersama kuah kari. Ok yang ini nieyl boleh bagi 5 bintang, serius memang sedap kari dia okay, rugi order 1 hari tu..


Menu yang ketiga ni husband nieyl yang pilih, sebab sebelum keluar gi shopping kami suami isteri akan pastikan kita makan lunch di rumah terlebih dahulu, so bila dekat luar kita akan makan yang ringan-ringan sahaja. Untuk roti tu, maaf nieyl bukan pencinta telur goyang yang cair-cair gitu, tapi nieyl tengok husband makan sedap je..habiss, mungkin sedap la tu


Dan untuk yang terakhir adalah Yong Tau Foo. Ok yang ini pun sedap juga sebab sos dia memang cukup rasa. Untuk sepinggan ni korang boleh share 2 orang. Macam nieyl hari tu untuk kali pertama nieyl share 4 orang hahaha kira oklah tak nak membazir, takut tak kena pada anak tekak ni. 

Selain makanan yang nieyl order tu, korang boleh juga cuba makan nasi kerabu, mee kari, kuih muih pun ada juga, banyak pilihan makanan yang disediakan. 

Untuk pengetahuan korang, semua makanan di Restoran Nyonya Tingkat adalah halal. Sepanjang nieyl di restoran ni persekitaran dia sangat bersih dan ia amat sesuai untuk kita bawa keluarga dan diadakan perjumpaan bersama rakan-rakan. 

AEON TAMAN EQUINE, SERI KEMBANGAN
Nyonya Tingkat By Aroma Village
AEON Taman Equine (Next To AEON Wellness)
LG 18 Centre Court
43300 Seri Kembangan, Selangor
TEL: 03 – 9544 5626



 

09 March, 2021

Review: Kebaikan CC Cream yang bagus untuk sehari-hari Dari Hansaegee Nature

by on March 09, 2021

Review: Kebaikan CC Cream yang bagus untuk sehari-hari Dari Hansaegee Nature | Untuk pengetahuan semua, sejujurnya nieyl tak pernah cari ataupun cuba untuk membeli dan menggunakan sebarang cc cream sebelum ni. Nieyl lebih suka make up menggunakan foundation untuk base make up. 

Dan untuk pertama kalinya nieyl mencuba cc cream by Hansaegee Nature beberapa hari terus jatuh cinta dan ia bukan sekadar cc cream malah ia mempunyai banyak keberkesanan dan kebaikan pada kulit nieyl.

Serius tak sangka rupanya cc cream ini sangat menjimatkan masa untuk nieyl bersiap terutama ketika bersiap nak pergi kerja. Untuk mereka yang mementingkan kecantikan cc cream ini sememangnya sesuai untuk semua jenis kulit. 

Apabila umur dah semakin meningkat, perkara yang paling ditakuti nieyl ataupun wanita di luar sana  adalah kehadiran kedutan dan jeragat dikawasan permukaan kulit muka. Kepada mereka yang tidak tahu apa makna CC Cream ,CC Cream bermaksud Colour Control Cream,yang mana ianya boleh seimbangkan tona kulit kita dan merawat kulit kita.

Kalau korang tengok  krim ini secara fizikalnya ia berwarna putih dan terdapat sedikit warna coklat  dimana apabila kita apply menggunakan jari  dan blend ke keseluruhan muka akan berubah warna menjadi merah jambu ataupun coklat mengikut warna kulit korang sehingga menampakkan kulit korang menjadi lebih cerah semula jadi dan bukannya putih.

Kelebihan Hansaegee Nature Gold Nano CC Cream

  • *Perlindungan UV Sun SPF50 PA ++
  • *Mengimbangi nada kulit secara semulajadi
  • *Kurangkan penilaian liang
  • *Boleh bertindak sebagai Base Makeup atau Primer Makeup
  • *Mencerahkan
  • *Mencegah kulit penuaan; Meningkatkan keanjalan kulit
  • *Glowing Skin, Smooth Skin
  • *Pastikan kelembapan
  • *Melegakan masalah kulit

Kandungan Bahan (ingredient)

Hansaegee Nature Gold Nano CC Cream mengandungi 3 bahan utama iaitu :

  • Mineral Water - mengekalkan keseimbangan pH kulit serta meningkatkan keanjalan kulit  
  • Ipomoea Hederacea Callus Culture Extract - anti bakteria, melegakan kerengsaan kulit dan kulit bermasalah
  • Nano Gold - Mencegah penuaan kulit, menghalang radiasi infrared dan mempunyai antioksidan yang tinggi

Cara Penggunaan 

  • Cara penggunaan Gold Nano CC Cream ini sangat mudah,  hanya apply dengan jari sahaja. Tak perlu guna berus pun,kemudian sapukan ke seluruh wajah dengan sekata. 
  • Kalau cara nieyl pakai , dap dap dap kat muka dan sapukan seluruh muka sehingga rata. Senangkan?
 

Apa Tekstur CC Cream ni?

 Wanita diluar sana kena cuba  krim ini  sebab ia mempuyai tekstur yang ringan dan  ianya sesuai digunakan setiap hari dalam tempoh yang panjang. Seperti nieyl yang bekerja dari pagi sehingga lewat petang tak adakan ada masa nak apply berkali-kali make up dalam sehari. Selain dari itu krim ni sanagt best sebab ia mengekalkan kelembapan apabila kita apply , ia tidak akan keringkan kulit muka kita, semakin lama kita pakai semakin flawless kulit muka kita nanti.



Dan tidak lupa juga, yang paling best tentang kirm ini sepanjang nieyl guna ianya tidak  berminyak dan tidak melekit. Jadi, ia sangat sesuai kepada mereka yang bekerja dalam cuaca yang panas terik ini. Walaupun berpeluh ianya tidak akan menjadikan kulit kita berminyak malah ia bertindak  menjadikan kulit muka kita lebih Nampak cerah dan natural.

 

Mempunyai penutup jenis twist lock dapat melindungi dan mengelakkan krim terkeluar dari bekas.

 

Selain itu juga, kalau korang perasan bila kita berpeluh ataupun muka kita terkena air hujan mesti kita akan lap menggunakan tisu kan, kalau guna make up yang pastinya kalau kita lap akan meninggalkan kesan pada tisu tetapi bila korang guna cc cream ni secalit kesan pun tak akan ada dekat tisu ini kerana Gold Nano CC Cream ini adalah  tahan peluh dan waterproof. Jadi, tak perlu risau kalau muka korang kena air hujan lepas ni, ia tidak akan merosakkan make up korang.

Korang boleh lihat sendiri perbezaan sebelum dan selepas nieyl menggunakan cc cream ni, kulit muka lebih cerah dan glowing . Tak perlu menggunakan foundation yang tebal-tebal untuk mendapatkan kulit seperti ini. Hanya applykan Gold Nano CC Cream pada muka dan hasilnya sangat puas hati.

Krim CC ini mempunyai fungsi Pelindung Matahari, mendapat SPF50 + PA +++, dapat melindungi kulit dari Sinaran UVA & UVB. Lagi lama kita guna, dibawah cahaya matahari lagi glowing kulit muka kita.

 

CC Cream ini boleh berfungsi sebagai asas solek. boleh menjadikan solekan anda lebih tahan lama dan solek warna lebih berpigmen. makeup kulit tak bercapuk walaupun berpeluh petang.

Nieyl  memang recommend korang untuk mencuba sendiri cc cream yang super best. Yang mempunyai normal. kulit berminyak dan sensitif pun boleh juga tau sebab ianya Bebas Paraben, Bebas Sulfat, Bebas Alkohol dan ia sesuai untuk semua jenis kulit. Untuk yang suka make up yang simple natural dan ringan seperti nieyl , Gold Nano CC Cream dari Hansaegee Nature ni sesuai untuk korang jadikan skincare routine korang.

Untuk mendapatkan lebih lanjut mengenai produk Gold Nano CC Cream ini dan pelbagai lagi produk brand Hansaegee Nature, korang boleh klik dibawah ini okay..selamat mencuba…

Brand: Hansaegee Nature

Website: www.hansaegee.com/shop

IG page: https://www.instagram.com/hansaegeenature/

FB page: https://www.facebook.com/HansaegeeNature

Youtube page: https://www.youtube.com/c/HansaegeeNatureMalaysia

 


04 March, 2021

Tahun ni naik lagi satu angka

by on March 04, 2021

Tahun ni naik lagi satu angka | Syukur Alhamdulillah, tahun 2021 Allah masih memberi peluang dan kesempatan untuk nieyl merasai usia 33 tahun. 33 tahun??yer gais..nieyl dah 33 tahun ya. Bukan nak bangga, tapi bila nieyl bagitahu orang umur nieyl 33 tahun ramai yang macam ha yeke?tak percaya pun ada okay gaiss..Ada juga yang teka nieyl ni masih budak lepaskan SPM hehehe.. Adoi, muda sangat tu kan tapi apa-apa pun terima kasih kerana anggap nieyl masih muda gituuuuu..


Untuk tahun ni tak ada apa yang special pun sama sahaja seperti sebelum-sebelum ni, tak ada celebrate pun. Hanya terima banyak snagat wish-wish dari kawan-kawan, fb, ig dan juga whatsapp sampaikan handphone jem. Itu tandanya nak suruh beli handphone baru tu kan..Insya'Allah on the way..

Ucapan dan doa-doa yang diucapkan adalah yang terbaik untuk nieyl. Di usia sekarang ni bila orang mendoakan untuk kebaikan kita tu rasanya hadiah yang paling mahal. Dan nieyl pun akan membalas doa yang sama pada mereka supaya kita sama-sama mendoakan kesejahteraan sesama insan.

Harapan untuk tahun ini tetap sama seperti yang lepas sebab harapan tu masih lagi belum dimakbulkan oleh Allah..Insya'Allah one day dan sentiasa berdoa Allah berikan kesihatan yang baik untuk nieyl menjadi insan yang lebih baik, pada Allah sebagai Hamba-Nya, pada ibubapa nieyl, pada suami , dan juga pada ibu mertua nieyl dan keluarga besar nieyl.

Oklah gaiss bila dah lama tak membebel dalam blog jadi panjang pulak entry ni..Korang jangan lupa daftar vaksin okay, marilah kita sama-sama jaga kita..



 

16 February, 2021

New Hope

by on February 16, 2021


Assalamualaikum dan selamat pagi...

Hari ini nieyl nak share dengan korang...
Hampir setiap pagi nieyl termenung dan berfikir...
apa yang nieyl buat untuk mengisi masa lapang..

Nothing

Ya Serius..nothing hanya main game, fb dan Ig..
And one day tu nieyl ternampak satu post status whatsapp kenalan nieyl..
boleh dikatakan setiap hari ia akan update part time biz dia yg semakin hari semakin maju..
Jadi, satu hari tu nieyl cakap dengan diri nieyl..
Kenapa aku tak ambil peluang untuk belajar niaga dari bawah...

So, dari detik itulah...
nieyl ambil keputusan untuk mulakan sesuatu tanpa modal...
Alhamdulillah syukur..jadi, setiap hari kita perlukan new hope dan grab apa sahaja peluang yang ada di hadapan kita okay....

Biz apa nieyl buat skrg..
Next nieyl share lebih lanjut okay...

 

11 February, 2021

Ayam Masak Black Pepper ala Padi house

by on February 11, 2021

Ayam Masak Black Pepper ala Padi house | Alkisahnya sebelum PKP 2.0 nieyl sempat keluar lunch dengan kakak officemate nieyl di Padi House di Cyberjaya, dekat sana tu nieyl order set nasi bersama ayam black pepper sahaja. Jadi memang sedap ayam black pepper dia sampai ke rumah nieyl terkenang-kenang oulls. hahaha~ Jadinya, dari apa yang dirasakan masa makan tu, nieyl cuba masak serupa macam dekat sana cumanya tak mungkin sama lah, kalau sama maksudnya nieyl dah boleh buka kedai makan juga lah. 

Cuma rupa black pepper nieyl ni adalah sama dengan yang nieyl makan tu, Alhamdulillah husband suka , mak pun suka.. Sesekali kita cuma masak ala-ala kedai mahal kan..hihihi. Korang, nieyl bukanlah pandai sangat masak tapi Insya'Allah apa yang nieyl share ini ikhlas cara nieyl masak tau, so..tak mo compare dengan orang yang memang pakar memasak okay.. Masakan nieyl ni untuk mereka yang baru nak belajar-belajar masak boleh la..



 Bahan-bahan

  • Ayam (digoreng setengah masak)
  • Bawang Holand (potong wedges)
  • Cili Capsicum warna hijau (boleh campur ngan warna merah juga)
  • Halia (hiris)
  • Bawang putih (kisar / tumbuk)
  • Sos tiram
  • Kicap manis
  • Air
  • Tepung jagung
  • Sos Black Pepper
  • Biji Black pepper (di tumbuk)

Cara-caranya
  1. Tumiskan halia, bawang putih 
  2. Masukkan sos black pepper dan sos tiram bersama sedikit air
  3. Masukkan black pepper yang ditumbuk dan masukkan sedikit kicap manis
  4. Kemudian, bancuh tepung jagung bersama sedikit air dan masukkan dalam kuali
  5. Korang boleh tengok kuah tu jadi pekat
  6. Masukkan ayam dan juga capsicum serta bawang holand
  7. Gaul rata sehingga masak
  8. Apabila masak, korang boleh hidangkan.

** Kalau korang ada kiub pati ayam atau serbuk pati ayam boleh masukkan juga tau, nanti kuah sos tu lebih sedap.

27 January, 2021

Haqiem Rusli - Mimpi (OST Drama Bidadari Salju - Official Music Video)

by on January 27, 2021

Mmmmm...
Di saat aku pejamkan mata
Ku cuba bayangkan raut wajah mu
Doa ku agar kau hadir di dalam mimpi
Menemani aku
Mimpi yang indah kau bersama ku
Mimpi yang ngeri kau bersama dengannya
Dan jangan dikau hampiri dia
Dia pasti membawa kau pergi
Dia... dia...
Mengapa dia...
Semalaman ku diburu mimpi
Mimpi ngeri yang menghiris hatiku
Tapi ku tahu jauh dalam sudut hati mu
Kau tak kan tinggalkan ku
Mimpi yang indah kau bersama ku
Mimpi yang ngeri kau bersama dengannya
Dan jangan dikau hampiri dia
Dia pasti membawa kau pergi
Oooooo... Yeayy...
Ooo... Ku dibuai mimpi yang indah
Dan juga mimpi ngeri
Ooo... Ooo...
Mimpi yang indah kau bersama ku
Mimpi yang ngeri kau bersama dengan nya
Dan jangan dikau hampiri dia
Dia pasti membawa kau pergi
Dia (mengapa dia ooohh)
Dia (mengapa dia ooohh)
Dia mengapa dia
Mengapa dia

Pagi hari adalah sebuah peringatan

by on January 27, 2021


Assalamualaikum dan salam sejahtera

Pagi hari adalah sebuah peringatan , 
agar kita selalu bersyukur dalam hidup.
Perjalanan kita setiap hari tidak mungkin akan sama,
ada kalanya kita di datangi ujian dan dugaan tetapi tidak kurang juga
di datangi rezeki dan perkara yang baik-baik..
Jadi, kita kena sentiasa bersyukur okay!

 

26 January, 2021

25 January, 2021

Butter Chicken Mudah dan Sedap

by on January 25, 2021

Butter Chicken Mudah dan Sedap | Untuk permulaan semangat dan hari yang baru, hari ini nieyl nak share dengan semua, cara mudah nieyl masak chicken butter yang korang pun boleh cuba nanti okay. Oh ya, resepi ini pun kalau korang tak nak guna ayam, boleh guna haiwan laut juga, udang ke sotong ke ketam ke okay. Untuk kali ini nieyl buat untuk pengemar ayam seperti nieyl. Dah jom kita tengok bahan-bahan apa yang diperlukan untuk masak chicken butter ini. 

Bahan (untuk perap ayam)

  • Isi ayam di potong kecil
  • Tepung gandum (2-3 sudu besar)
  • Tepung beras (1 sudu besar)
  • Serbuk kari ayam (1 sudu kecil)
  • Serbuk lada sulah (agak2)
  • Serbuk lada hitam (agak2)
  • Garam (1 sudu kecil)
  • Air sedikit
  • Telur (1 biji)
Cara-cara bancuhan
  1. Masukkan semua bahan kecuali isi ayam
  2. Gaul sebati dan masukkan ayam dan perap seketika sebelum goreng

Bahan-bahan (untuk kuah)
  • Bawang besar (potong dadu) -anggaran 1 biji
  • Bawang putih (cincang halus) - 3 ulas
  • Cili api merah/hijau (hiris)- ikut kepedasan yang korang nak
  • Daun kari 
  • Butter (anggaran 150gm) ataupun 4 sudu besar
  • Susu cair
  • Serbuk pati ayam (1 sudu kecil ) -option
  • Garam secukup rasa
Cara-cara memasak
  1. Isi ayam digoreng terlebih dahulu dan toskan
  2. Kuali yang sama, tanpa minyak
  3. Masukkan butter sehingga cair
  4. Tumis bawang merah , cili api , daun kari dan last sekali baru masukkan bawang putih
  5. Kacau sehingga naik bau, masukkan susu cair 1 tin dan kacau sebati
  6. Masukkan serbuk pati ayam dan garam secukup rasa
  7. Masak sehingga mendidih dan tutupkan api
  8. Masukkan isi ayam yang telah digoreng tadi, gaul-gaul sebati dan boleh angkat untuk dihidangkan.
Selamat Mencuba!

**Tips 
kenapa bawang putih dimasukkan last sekali sebab bawang putih cepat masak dan hangus, nieyl tak nak kuah butter rasa pahit.

24 January, 2021

Kembali menulis setelah berehat seketika

by on January 24, 2021

Kembali menulis setelah berehat seketika | Baru ada sedikit kesedaran setelah beberapa minggu terpaksa stop memikirkan tentang blog. Hari ini kira ada semangat baru untuk menulis beberapa story yang nak dikongsikan dengan follower dan juga kawan-kawan yang sudi membaca. First sekali sorry sebab dah lama tidak menjenguk dan singgah di blog kawan-kawan.

Manusia selagi nyawa dikandung badan, pastinya ada dugaan dan ujian yang harus kita lalui. Kadang-kadang kita sangkakan kita kuat untuk mengharungi tetapi adakalanya kita akan rasa down dan sampai tidak boleh nak berfikir secara normal. But no worries, I'm okay..Alhamdulillah..nieylberjaya mengharungi dugaan tu dengan baik, redha atas apa yang terjadi pastinya ada yang lebih baik untuk nieyl pada masa akan datang.



11 January, 2021

10 Gram Restaurant , Tamarid Square Cyberjaya

by on January 11, 2021

10 Gram Restaurant , Tamarid Square Cyberjaya | 10 gram?berat apa yang 10 gram?ke member ni salah hantar hantar whatsapp ni bila nieyl tanya nak lunch dekat mana..Sekali tu dia tunjukkan rupanya 10 gram tu sebuah restaurant yang berkonsepkan insta cafe dimana bangunan dan deco dalaman restaurant yang sangat sesuai untuk mereka yang suka berswafoto. 


Mesti tertanya-tanya kenapa nama restoran dia 10 Gram, ok dari apa yang nieyl baca tentang restoran ni, GRAM adalah huruf pertama 4 orang pengasas restoran ini dan 10 adalah simbolik kepada kesempuranan 10/10. Restoran 10 gram ini menyediakan pelbagai jenis makanan timur dan barat. ia juga ada menyediakan pelbagai jenis minuman yang kreatif dan pencuci mulut yang menarik untuk dinikmati oleh pelanggan. 


Untuk nieyl yang pertama kali menjejakkan kaki ke restoran ni, nieyl pilih minuman yang biasa-biasa sahaja dan makanan pun pilih yang berat sebab makan tengah hari. 


Air yang nieyl pilih soda bersama asam , kalau kita kacau dia akan air berwarna biru. So far, air ni kena dengan citarasa nieyl. Untuk harga makanan dan minuman di sini boleh dikatakan boleh tahan la..hehehe..sesekali kalau nak rasa tempat makan yang baru, kalau selalu nak pergi tu...koyak jugalah poket hehehe

Selalu kalau nak pergi restoran ni kena pergi awal untuk lunch hour sebab selalunya penuh. Kalau datang awal, korang bolehlah pilih tempat duduk berbackgroundkan apa.. Nieyl masa tu pun dah lewat sampai, tempat yang best-best untuk bergambar dah penuh dengan orang.

Dibawah ini nieyl share beberapa makanan dan minuman yang unik yang korang kena cuba, rasa dia tu tak tahulah macam mana tapi persentation dia super!

Spaghetti Alfredo

Curry Laksa

Grilled Chicken Chop

Rainy Day

Secret Garden


Spice up your day

Cyberjaya
 A-03-05 Block A, Tamarind Square, 63200 Cyberjaya, Selangor 
Mon~Thurs: 10am - 10pm
Fri~Sun: 10am - 10:30pm

Mahkota Cheras
No.3, Jalan Temenggung 27/9, Bandar Mahkota Cheras, 43200 Selangor 
Mon~Sun: 10am - 10pm

Air Putih
Warung 10 gram, B-2, Jalan Air Putih, 25300 Kuantan, Pahang Darui Makmur, Malaysia 
Mon~Sun: 11am - 10pm


IOI Puchong
BVGF16, Jalan Kenari 5, Puchong Jaya, 47100 Puchong, Selangor 
Mon~Thurs: 10am - 10pm
Fri~Sun: 10am - 11pm

Shah Alam
B-LG-12, Vista Alam, Jalan Ikhtisas 14/1, Seksyen 14, 40000 Shah Alam, Selangor 
Mon~Thurs: 10am - 10pm
Fri~Sun: 10am - 11pm

Tun Ismail

A-125, Jalan Tun Ismail, Sri Dagangan, 25000 Kuantan, Pahang 
Sun~Thurs: 10am - 11pm
Fri~Sat: 10am - 12am