24 September, 2020

Resepi Ikan Bilis Petai Berlada

Resepi Ikan Bilis Petai Berlada | Ada yang tengah berfikir-fikir ke balik rumah nanti nak masak apa untuk keluarga makan malam. Hari ini nak share resepi ikan bilis petai yang mudah-mudah sahaja, tapi kalau tak suka makan petai tu, korang boleh gantikan dengan ubi kentang ke terung ke.

Bahan-bahan
  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Cili Api
  • Ikan Bilis
  • Petai 
  • Air asam jawa
  • Gula
  • Garam

Cara-caranya
  1. Terlebih dahulu gorengkan dahulu ikan bilis dan ketepikan
  2. Guna minyak goreng ikan bilis tadi, tumis bawang merah, bawang putih dan cili api sehingga masak
  3. Masukkan petai , air asam jawa, gula dan garam 
  4. Kacau sebati dan tutup api dan biarkan sambal sejuk dahulu
  5. Kemudian masukkan ikan bilis yang telah digoreng ke dalam sambal dan gaul sebati.

** kenapa kena sejukkan sambal tadi, sebab nieyl suka makan sambal ikan bilis yang rangup. Kalau korang masukkan masa sambal masih panas, ikan bilis jadi liat, tak syok makan..hehehe



 

9 comments:

  1. menu ni mengundang betol! haha
    ni kalo mkn nasi mmg bertambah..

    ReplyDelete
  2. whoa..ni kena ngan nasi panas2... tambah kicap, memang layan ni.

    ReplyDelete
  3. owh camtu ghupenya nak dapat ikan bilis yang ranggup dalam sambal ikan bilis :)

    ReplyDelete
  4. Kalau saya, memang cukuplah ini saja lauk makan dengan nasi. Sedap yakmat!

    ReplyDelete
  5. anything related to petaiii, sedap

    ReplyDelete
  6. Eh.. sedapnya anak akak suka ni... lagi sedap kalau dpt biji petai yg besar-besar.. fuh rasa nikmat makan.. hehehe

    ReplyDelete
  7. Perghhh menu simple dia memang penambah selera betula la

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)