24 June, 2020

Kedai Roti Presint 15, Putrajaya

Kedai Roti Presint 15, Putrajaya | Bread Time Bakery adalah sebuah kedai yang menjual pelbagai jenis roti yang sedap, murah dan yang paling penting sangat lembut. Selain dari menjual roti, kedai ini juga ada menjual pelbagai jenis kek, tart dan lain-lain lagi. Kebetulan semalam waktu lunch hour nieyl teman kawan di area itu jadi masuk juga kedai ini saja nak cuba roti-roti dia, nieyl beli donat dan juga cheese bread. 


Ya Allah donat dia sebesar piring cawan air panas dan ianya tersangatlah lembut korang, aduhai..memang lembut, rasa rugi betul tak beli lebih semalam. Harga sebiji donat tu RM2 tapi pada nieyl oklah besar, sedap pula tu kan. 


Untuk breakfast pagi tadi, nieyl cuba cheese bread dia. Yang ini pun sama juga sangat sedap, lembut dia macam kapas. Ini lagi rasa rugi beli 1 je,harga dia RM2.50 , Ada juga dia jual combo set so, lagi jimat.



Bread Time Bakery
43G, Jalan Diplomatik,
Presint Diplomatik, 62050 Putrajaya,
Wilayah Persekutuan Putrajaya

Waktu operasi
9 pagi- 10 malam



4 comments:

  1. bila ke Putrajaya pasti abam kie akan singgah di sini....

    ReplyDelete
  2. P15 ni yg dekat mydin kan? Lama dh x ke putrajaya.

    ReplyDelete
  3. tengok pun dah tau sedap ni hehe. salam kenal. done follow sini.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)