27 September, 2019

Aduhai..Apasal Busuk Sangat Kau Kentut Ni

Aduhai..Apasal Busuk Sangat Kau Kentut Ni | Kalau pergi pasaraya ke ada saja orang yang suka melepaskan kentut sesuka hati tau, yang sesak nafasnya orang dekat belakang dia tu macam nak muntah bau dia. Korang pernah kena tak? Ala..kadang-kadang orang sekeliling kita pun suka kentut merata-rata kan. Kentut adalah sebatian gas dalam saluran pencernaan yang merupakan hasil sampingan proses pencernaan dan dibebaskan melalui dubur kita . 

Selalunya kentut ni dibebaskan dengan tekanan yang kuat ataupun pelahan, berbunyi ataupun tidak berbunyi dimana otot sfinker dubur secara sengaja atau tidak sengaja. Ia akan membebaskan gas dari rektum bahagian bawah. Ya Allah kalau kena duduk dalam lif tiba-tiba orang melepaskan gas beracun tu rasa nak pengsan, nak muntah menahan bau kentut orang..

Pernah dengar tak bunyi kentut yang pelahan tidak berbau?

Sebenarnya bau kentut ini tidak langsung berkaitan dengan bunyi kuat ke pelahan ke ya. bau tu bergantung kepada jenis makanan yang kita makan. jelasnya.. Apabila kita mengambil makanan yang mengandungi protien yang tinggi seperti daging, bau kentut tu lebih kuat berbanding dengan pengambilan sayur-sayuran. Sebab apa?sebab dalam daging ada protien yang mengandungi sulfur dan dia akan mengeluarkan gas berbau apabila diuraikan.Sebab tu juga la kentut haiwan karnivor ni lebih busuh berbanding dgan haiwan herbivor.

Kekerapan manusia kentut sehari berapa?
Puratanya manusia ni kentut sebanyak 4 kali sehari. Kentut bukan perkara yang memalukan, sebaliknya orang yang tidak kentut lebih daripada 10 kali sehari adalah orang yang pelik. 






6 comments:

  1. Ahahah alamakkk. AIn jenis kentut berselerak jugak ni. Ikut suka hati je bila nak buang kikiki. Tapi make sure tak bunyi la haha bau tu ntah la. cabuutttt

    ReplyDelete
  2. hi hi hi hi...
    makan telur byk, kentut bau telur :) ha ha ha
    ni pernah terjadi kat aida. Allahu Akbar!
    member diet dgn makan telur jer. kan ada style diet tu kan, nieyl.
    ha ha ha ha ha tak boleh diingat balik :)

    ReplyDelete
  3. Aduhaiii..kalau bau kentut kat tempat awam dan tempat tu tertutup rasa nak pitam kot

    ReplyDelete
  4. kalau perut tengah meragam jangan kentut merata2..silap2 bneda lain yg kluar. hahahha

    ReplyDelete
  5. haha kalau kentut dalam bilik aircond pehh 😂😂😂 menangis

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)