18 June, 2019

Raya Rumah Mertua

Raya Rumah Mertua | Mari kita sambung cerita hari raya 2019 nieyl. Lepas solat hari raya, nieyl akan pergi ke ruamh mertua nieyl untuk berkumpul adik beradik husband. Rumah mertua nieyl hanya 5 minit dari rumah nieyl je..dekat kan..kalau ikut trafik light dalam 10 minit.  Untuk tahun ni adik ipar nieyl dari Kedah turn raya selangor, biras nieyl pula turn cuti raya dia tahun ni, cuma adik ipar nieyl yang bongsu je tak ada pada hari pertama sebab dia raya belah husband dia.


Sebelum drama air mata dan drama perang anak-anak, mak-mak ambil mood anak-anak dulu sementara semuanya ready.


Yang ini memang tak plan mak mertua nieyl pun warna purple juga tahun ni, so bila duduk bertiga memang nampak sama je la, kena pula tu dengan langsir belakang tu..hahaha...tepuk dahi weh..


Ini keluarga adik ipar nieyl dengan bff nieyl, anak 2 orang adam ngan putri.. Sorrry la adam tu memang pemalu..buat peace tapi tutup mata tak nak pandang camera..


Yang ini keluarga adik ipar nieyl no.3, si kecil tu Ellsa..tahun ni dapat raya dengan Ellsa dulu tapi tahun depan Ellsa raya dekat Penang..


Cucu wan baru 3 tapi tengok la masing-masing punya drama. Putri sekarang dah pakai buat peace dah, Ellsa biasalah drama cari mommy dia..hehehe..Adam mood ambil gambar dah ada dah..


Geng perempuan tapi terselit si adam dekat situ sebab nak mummy dia. Ini gambar yg ke 4 baru menjadi, waduh..kalau tak, macam-macam gaya si putri tu..


Nieyl bersama biras aka bff nieyl dari tadika lagi. Sorry adam gambar awak tak nampak sebab awak rendah sangat hehehe..



Kenangan bersama team raya selangor 2019 tanpa adik bongsu..


ini gaya free style nampak tak betapa free style nya si putri tu hehehe


Kami bertiga kawan dari sekolah rendah sehingga menjadi satu keluarga


Geng lelaki, tak cukup sorang lagi menantu lelaki


Ini kenangan gambar raya kedua, gigih nak ambil gambar sebab adik ipar yang bongsu balik untuk raya selangor pulak..


Macam-macam gaya lah dieorang ni tengok wan relax je..adam lagi over excited hehehe..

Inilah keluarga mertua nieyl. Dari 4 adik beradik, kini menjadi 12 orang..Alhamdulillah.. semoga keluarga kecil kami ini sentiasa diberkati dan dilindungi Allah swt. Selalunya kalau apa-apa program kitaorang nak buat, selalunya geng perempuan yg uruskan, geng lelaki tolong drive je..hahaha..  Oklah next story keluarga besar nieyl pula ya...stay tuned okay..



4 comments:

  1. Meriah berkumpul ramai ramai nie..

    ReplyDelete
  2. meriah... selamat hari raya dan maaf zahir batin

    ReplyDelete
  3. meriah.
    best nyer nieyl, umah mertua dekat.
    aida kalau dekat, surely selalu gi ha ha ha ha...
    tak la boring :)

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)