13 March, 2019

Ellsa Birthday Turn 2

Ellsa Birthday Turn 2 | Birthday Ellsa jatuh pada bulan Feb tapi sebab mommy tak ada class bulan Februari jadi, celebrate bulan Mac minggu mommy ada class (sambung Degree). 1 Mac 2019 hari jumaat, dua minggu sebelum majlis, nieyl, mommy ellsa, adik ipar dengan biras nieyl dalam group masing-masing amek tugasan untuk realisasikan Birthday Party untuk Ellsa. 

Backdrop Banner yang cantik tu design by biras nieyl aka mummy adam termasuk design untuk T-Shirt (graphic design job) , so apa-apa berkaitan dengan design memang akan diserahkan kepada dia.  Manakala untuk bahagian tempahan kek , makanan adik ipar nieyl berdua ni yang akan uruskan. Bahagian nieyl biasa part deco dan benda-benda yang memerlukan tenaga kerja tangan. Cuma untuk majlis Ellsa ni buat hari kerja , nieyl kerja so tak banyak dapat bantu dieorang buat persediaan. Lupa nak share printing banner last minit tu print dekat kedai printing suami kepada adik ipar bongsu nieyl. 


Birthday party Ellsa untuk tahun ini bertemakan UNICORN. Background banner pun ada unicorn, belon-belon semua guna warna pastel , ada juga cookies rainbow dan cupcake warna pastel. Untuk majlis ini ada 3 kek kena potong..banyakkan?


Ini kek Unicorn birthday Ellsa yang di taja oleh acue (adik ipar bongsu). Bab-bab kek ni memang serah je dekat dia.Cantikkan..


Ini pula biskut coklat untuk celebrate birthday baby Feb, termasuk jiran-jiran rapat rumah mak mertua nieyl yang kiteorang dah anggap macam keluarga. 


Yang ini memang surprise, sebab nieyl tak tahu pun ada nya kek burger ni time keluarkan nak letak atas meja baru dieorang cakap nak celebrate juga birthday nieyl (yg jatuh pd esok harinya) dan 2 orang lagi yang sambut birthday bulan MAC. Terharuuuuu...


Pulut kuning ini pula untuk mak mertua nieyl yang sambut birthday pada bulan Feb yang lepas. 







Alhamdulillah, majlis berjalan dengan lancar..birthday girl happy, ramai kawan-kawan yang hadir meraikan bersama. Walaupun keluarga mertua nieyl ni kecik tapi Alhamdulillah..semua sepakat dalam apa jua keadaan. I love this family forever n ever...♥


4 comments:

  1. alhamdullilah
    selamat hari lahir

    ReplyDelete
  2. comel.. hepy blated bday elissa.. semoga jadi anak solehah.. :)

    ReplyDelete
  3. Happy Birthday Ellsa.. Cantik betul kek birthday tu..

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)