12 March, 2019

Antioxidant Serum Dari SANNY & JOLEEN Lifestyle

Antioxidant Serum Dari SANNY &JOLEEN Lifestyle | Masih lagi sempat untuk nieyl ucapkan Happy Women Day dekat semua wanita di dunia terutama mereka yang sentiasa beri support ke blog nieyl. Wanita dan kecantikan tidak pernah berpisah betul tak. Nieyl sendiri bila umur dah masuk 30-an ni penjagaan kulit wajah sentiasa menjadi keutamaan untuk kelihatan bersih, lembut dan tiada sebarang parut apabila tidak mengenakan sebarang make up

Setiap wanita pastinya mempunyai pembersih muka, toner dan moisturizer sebagai produk penjagaan kulit wajah kan tapi untuk lebih penjagaan yang rapi dan lengkap jangan lupa gunakan serum sebagai salah satu rutin wajib untuk disapukan pada kulit wajah kita untuk lebih sihat. 


Nieyl nak share Antioxidant Serum dari SANNY & JOLEEN Lifestyle yang mengandungi bahan-bahan semulajadi yang boleh membantu kulit wajah kita lebih bersih, muda dan cantik. Antioxidant serum SANNY & JOLEEN direka untuk membantu mengurangkan jerawat, parut dan boleh mengelakkan proses penuaan kulit dengan cepat.

Selain itu ia juga mengandungi Contains Tocotrienol (Vitamin E), Panthenol (Pro-vitamin B5), Niacinamide (Vitamin B3), Calendula &  Minyak Zaitun. 

Terdapat 2 size serum iaitu Big (30ml) dan Small (10ml)


Kelebihan Antioxidant Serum  SANNY &JOLEEN 

  • Memudarkan bintik – bintik gelap dan pigmentasi 
  • Membaiki kesan sunburn sinaran matahari 
  • Melembabkan dan dehidrasi pada kulit 
  • Membuat struktur kulit lebih anjal dan kenyal 
  • Melambatkan proses penuaan 
  • Melicin serta mencerahkan kulit Menutrisi kulit

Jangan Risau!
Antioxidant Serum  SANNY & JOLEEN  tidak mengandungi :

  • Natrium Lauryl Sulfate 
  • Natrium Laureth Sulfate 
  • Paraben 
  • Tiada Derivatif Haiwan
  • Tiada Minyak Mineral 
  • Tiada Alkohol 
  • Tiada Detergen Harsh 
  • Tiada Warna Buatan 
  • Tiada EDTA 
  • Tiada Propylene Glycol 
  • Tiada wangian sintetik


Antioxidant Serum ini boleh juga digunakan sebagai make up base untuk mereka yang sering mengenakan make up setiap hari. Pemakaian yang berterusan membantu melembapkan kulit wajah serta memudarkan kesan parut -parut terutama parut jerawat. Nieyl suka pakai serum ini sebab bila umur dah meningkat akan nampak kesan-kesan penuaan terutamanya dibahagian tepi mata tu so, ianya membantu untuk memudarkan dan menghilangkan kesan tu.

Dan yang terakhir sekali Antioxidant Serum  SANNY & JOLEEN ini tidak berminyak, mudah serap ke kulit dan sejuk. 


Untuk maklumat lanjut

Website : Sanny & Joleen  
Facebook : Sanny & Joleen 



4 comments:

  1. bestnya serum ni sebab tak de alcohol since kulit muka kita sensitif dengan ingredients alcohol ni.. love3 :D

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)