07 November, 2018

Souvenir dari Egypt dan Bukit Tinggi

Souvenir dari Egypt dan Bukit Tinggi . Seperti biasalah bukan kita yang pergi melancong boss yang pergi melancong. Bulan lepas boss nieyl pergi ke Mesir untuk ke Konvo anak dia sambil tu boss pergi bercuti panjang dekat sana. Lepas 3 hari balik dari Mesir, boss pergi pula bukit tinggi Indonesia ikut rombongan keknil  . wah..seronoknya berjimbara kan..Tak apalah PA dok diam-diam dekat pejabat..hahaha


Untuk trip ke Egypt, boss kasi nieyl ole-ole keychain wajib ada okay, ada small beg yang memang nieyl suka boleh letak handphone, duit ,kad dan sebagainya, lepas tu ada FM juga dan coklat dari sana. 


Tambah lagi koleksi keychain nieyl dekat pejabat ni. Ramai boss-boss yang datang bilik nieyl cakap cantik nieyl susun keychain macam ni dekat dinding.. (hahaha...kalau audit EKSA habisss)



Ole-ole dari Bukit Tinggi Indonesia, boss nieyl hadiahkan telekung warna pink Alhamdulillah, fav color,cuma dalam gambar ni dia warna suram sikit kan...tak ada lighting..hehehe.. Hadiah telekung ini merupakan telekung yang kedua nieyl dapat. Boss nieyl yang lama sebelum ini pun pernah bagi telekung dekat nieyl.Alhamdullah..syukur...♥


Ini pun hadiah dari Bukit Tinggi juga tapi dari jiran sebelah bilik nieyl ni..dia pun join rombongan ke sana. Semua orang tahu nieyl suka keychain,jadi dapat 2 keychain dari sana..Alhamdulillah..terima kasih banyak²...♥







5 comments:

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)