01 October, 2018

Demi bangsa, agama dan negara..ku redha

Sebelum ini adik bongsu nieyl ada maklumkan nama dia tersenarai anggota yang akan ke Lubnan untuk misi PBB tahun depan iaitu 2019. Tetapi akhir bulan lepas dia maklumkan, dia kena ganti pegawai last minit sebab faktor kesihatan. Serius memang terkejut lah, semua perasaan ada tapi demi ikrar nya untuk taat pada agama dan negara. Kami sekeluarga akur.


20 September 2018 merupakan hari pelepasan adik nieyl ke sana. Nieyl rapat dengan dia jadi sebagai kakak, nieyl taknak lepaskan peluang untuk menghantar dia ke Subang. Oh ya, lupa dia pergi selama 1 Tahun. Hari khamis tu ahli keluarga boleh berjumpa dari pukul11.00 sehingga 2.00 petang. 


Nieyl ada 2 orang abg yang pernah berkhidmat sebagai tentera juga tapi baru pencen masing-masing. Adik nieyl masuk tentera seawal umur 21 tahun, Alhamdulillah dah 7 tahun dalam perkhidmatan. Ayah memang suka anak-anak lelaki dia berkhidmat untuk negara. Bila dapat tahu, adik dapat peluang misi PBB ni, ayah cukup bangga ada juga anak dia terpilih walaupun sebenarnya hati masing-masing sedih memikirkan tahap keselamatan di sana. 


Ayah dan mak memang habiskan masa dengan bersembang, bercerita, bergurau senda dengan dia. Wajah ini 1 tahun kami tak jumpa. Hanya doa selalu dikirimkan supaya dia pergi dan kembali dengan selamat. 


Ciuman dan salaman terakhir adik sebelum pergi, sedih tengok gambar ni sebab selalu nieyl tengok gambar orang lain tapi bila ahli keluarga sendiri yang pergi berjuang, Ya Allah..begini rupanya perasaan mereka yang mengalaminya. 


Inilah dia adik yang nieyl suka bergaduh, suka buli. Kalau nak kata bergaduh tu memang selalu sampaikan mak kata kitaorang ni tak boleh berjumpa macam anjing dengan kucing asyik nak berkelahi je.. Tapi bila dah besar, dia lah kawan, dia lah musuh, dia lah kaki paw kakak dia. Bila ada masalah terutamanya duit, orang lain dia tak cari.. ni kakak dia yang ini dia cari. Padahal ada je lagi 2 orang kakak. 


Adik nieyl ni baru kahwin tahun ni, pengorbanan dia dan isteri untuk berpisah seketika merupakan pengorbanan yang besar sebab dia kena berjauhan dengan isteri dia yang sedang hamil anak pertama. Hanya video call dapat mengubat kerinduan mereka termasuklah  nieyl. Dah seminggu dia dekat sana, hari pertama sampai dia ada buat video call maklumkan dia dah sampai dan sihat. 


Dalam masa setahun tu, ada nanti masa dia boleh balik sekejap itupun dia pilih untuk balik time isterinya nak bersalin. Semoga Allah sentiasa permudahkan urusan dia.. Nieyl akan amek tugas untuk sentiasa tanya khabar isteri adik di Melaka. Kalau free time nanti, akan ke sana untuk tengok-tengok keadaan dia dekat sana. 


Gambar ni sepatutnya menjadi moment sedih tapi tengok muka dia gelak, sebabnya beza umur kita orang ni hanya 4 tahun je, tapi sebab dah macam kawan..setiap kali suruh dia salam cium tangan, dia mesti akan ketawa gelak..hahaha..nasib kau la sebab lahir lambat..hahaha.. sebenarnya nieyl memang suka sakat dia,apa-apa pun dia adik yang baik walaupun degil ya amat..hahaha...

Kepada semua kawan² yang baca entry ni, doakan semoga adik nieyl selamat pergi dan selamat kembali ke tanah air tahun depan. Sentiasa diberikan kesihatan yang baik dan sentiasa dilindungi Allah swt..Amin...



7 comments:

  1. semoga adik nieyl selamat pergi dan selamat kembali.. mesti family bangga dengan keberanian dia kan..

    ReplyDelete
  2. alahai..sthn lama gak tu..huhu

    ReplyDelete
  3. sedih & sayu plak baca. he he..apa pun, kami doakan semuanya selamat. selamat pergi & selamat kembali nanti. in sya Allah..

    ReplyDelete
  4. Allah,sedihnya bila isteri tgh mengandung kene pergi pula..kesian isteri time mengandung la perlukan husband lebih...nieyl pon moga tabah yea sekeluarga

    ReplyDelete
  5. besar tanggungjawab dia demi agama, bangsa dan negara.. memang tabik sangat pada askar2 Malaysia.. semoga dia dirahmati Allah..

    ReplyDelete
  6. wah. moment indah ni.
    sure bangga ada adik perwira negara.
    aduhai. besar hati kita kan.
    abah aida askar.
    tapi takde anak2 yg ikut jejak langkah...
    moga adik nieyl kembali dgn selamat nanti ye.
    balik kendong anak sulung.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)