20 September, 2018

BBQ bersama Keluarga

Bila ada cuti yang panjang, nieyl selalu ambil kesempatan untuk adakan aktiviti kekeluargaan bersama keluarga besar nieyl. Baru-baru ni kan ada cuti direct 4 hari, nieyl plan untuk buat BBQ ni pun last minit masa tengah boring-boring duduk dekat rumah. Nieyl whatsapp dalam group family petang ahad, bagi detail dan collection duit untuk beli bahan-bahan buat BBQ. Pagi ahad tu nieyl collect duit 1 family RM30 ,  ada 6 family total RM180


Buat simple-simple sahaja untuk berkumpul adik beradik,ipar duai dan anak-anak buah. Itupun ada yang tak balik sebab masih belajar di Poli masing-masing. Menu yang nieyl buat , Ayam , Ikan cencaru , Hotdog, Potato, Mushed Potato, Salad. Lepas tu ada potluck nasi goreng dan sate.. Alhamdulillah...dari sikit terus jadi banyak menu nya..

Ayam dan ikan cencaru tu nieyl beli dekat pasar borong selangor, rata-rata ayam sekarang ni harga dia RM7.50/kg , nieyl dapat RM6.50/kg jadi beli dalam 5 ekor dan potong 24. Kalau buat BBQ ni tak payah nak potong besar-besar nanti budak-budak makan tak habis, kalau kecil-kecil ni boleh makan berulang kali. Itupun Alhamdulillah..Ayam habis..next time mungkin kena lebihkan sikit ayam sebab keluarga besar. Manakala ikan cencaru pula RM6.50/kg . Nieyl dapat RM5.00/kg so, beli dalam 3kg je size sederhana. Kalau yang size besar harga dia ada yang RM8.00/kg


Belakang rumah nieyl, husband dengan abg-abg ni ada buat pondok untuk dieorang lepak-lepak bila berkumpul, lengkap berlampu, kipas. Kerusi dengan meja dieorang tukang sendiri. Selain itu husband nieyl dia buat tempat BBQ siap berpayung lagi dan dia buat juga sinki untuk kita basuh-basuh pinggan dekat luar,tak payah basuh dalam rumah.  Bulan lepas jiran nieyl bagi freezer, katanya rosak . Nieyl dengan mak ambil, pastu minta biras nieyl repair kena RM30 je terus boleh pakai, dan kitaorang letak bawah tangga untuk kegunaan bersama. So, lepas ni kalau beli ais batu ke untuk kenduri ke..dah ada freezer dekat luar. Alhamdulillah..rezeki...TQ jiran♥


Semoga aktiviti seperti ini akan selalu di buat untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan. Selain dari aktiviti BBQ petang ke malam.. Tidak di lupa juga membaca doa akhir tahun dan lepas maghrib baca doa awal tahun. Lepas insyaÁllah sambung sembang adik beradik dekat pondok bersama ayah mak. Seronok...InsyaÁllah akan datang kita buat lagi...

12 comments:

  1. suka tengok aktiviti keluarga cemni. quality time. tapi fam CT kecil so kalo buat BBQ macam ni kepenatan tu lebih dari kepuasan hehe. so kita makan kat luar la =D

    ReplyDelete
  2. time cuti panjang nie lah nak berkumpul dengan family..seronok sekali sekala jumpa kan

    ReplyDelete
  3. wah seronoknya aktiviti mcm ni sekali sekala kan. lama tak bbq.

    ReplyDelete
  4. seronok nyer nieyl.
    aida kalu nak buat, adik beradik jejauh.

    ReplyDelete
  5. Aduhh seronoknya BBQ time with family.. Murah dah tu total kutipan RM180 banyak boleh beli bahan basah

    ReplyDelete
  6. bestnya aktiviti macamni, kena ada yang mencetus idea nanti yang lain pun follow sekali.

    ReplyDelete
  7. seronok bila berkumpul ramai2 mcm ni. meriah!!

    ReplyDelete
  8. Lamanya tak buat BBQ...rasa macam nak buat plak nanti

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)