30 January, 2018

Rendang Ayam Untuk Birthday Husband


Rendang Ayam Untuk Birthday Husband | Hari ahad 28 Januari merupakan ulangtahun kelahiran husband nieyl. Tahun ni nieyl memang dah niat nak buat pulut kuning dan rendang ayam untuk diberikan kepada adik beradik dan jiran-jiran MIL nieyl. Ramai yang tanya, nieyl ni pandai masak ke selalu post dekat Ig masak itu masak ini. 

Jujur cakap masa nieyl belum kahwin, nieyl tak rajin nak masak pun tapi bila dah kahwin, minat masak dan pandai masak tu datang dengan sendiri kot, sebab mak nieyl memang pandai masak sampai buka kedai makan. Kakak nieyl pun pandai masak juga,so mungkin ada darah tukang masak la kot cuma kena rajin belajar. 

Nieyl pun sentiasa belajar memasak,lagi-lagi bila first time masak menu yang nieyl tak pernah masak , mak nieyl lah sumber rujukan nieyl bila nak masak..so, untuk kali ni nieyl nak share resepi rendang ayam yang nieyl masak ahad yang lepas.

Bahan-Bahan

Ayam (digoreng setengah masak)
Serai (lebih banyak lebih sedap) Dikisar
lengkuas (dikisar)
Bawang Merah (dikisar)
Cili Api(dikisar)
Halia(dikisar)
Asam Jawa
Bawang putih(dikisar)
Santan
Kerisik
Air

Cara-Caranya
  • Tumis bahan-bahan yang di kisar sehingga masak (pecah minyak)
  • Masukkan Santan dan sedikit air
  • Jangan lupa masukkan garam,gula sedikit
  • Masak sehingga kering sedikit
  • Masukkan kerisik,gaul sehingga rata
  • Masukkan ayam yang telah digoreng separuh masak tadi
  • Gaul dan kacau sehingga masak.

*Ayam nieyl goreng setengah masak supaya tak nak nanti daging hancur.
*lain orang lain cara ya.. :)


Last Day







6 comments:

  1. Teringin nak belajar masak rendang.. heee ^^ thank you bagi resepi :)

    ReplyDelete
  2. ciktie kalau masak ikut mood hehe.. mood rajin boleh la masak tak rajin beli je hehe

    ReplyDelete
  3. Sedapnya nieyl.. makan pula dengan pulut kuning.. Pergh!!

    ReplyDelete
  4. sedapnya! tapi bila dah kawin semua bertukar jadi pandai..heheh

    ReplyDelete
  5. terliur kita jadinya...Happy belated birthday utk husband kak nieyl!

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)