30 October, 2020

Hati dan Lisan Tidak Sejalan

by on October 30, 2020


Assalamualaikum..
Salam hari Jumaat..

Selalu kita dengar ayat ni
" mulut kata lain, hati kata lain"
ha..betul tak selalu kan kita dengar..

Realitinya kita manusia memang kebanyakkannya begitu..
Tak yah tipu.. Nieyl sendiri pun begitu juga...
tetapi bagaimana caranya untuk kita beri lisan dan hati kita sejalan?
Dengan ilmu, bila ada ilmu, praktikkan dalam kehidupan..
dekatkan diri dengan Allah, insya'Allah ia akan seiring dan sejalan..

Peringatan untuk diri nieyl dan pembaca juga...

 

29 October, 2020

Sembunyikan Kebaikanmu

by on October 29, 2020


Assalamualaikum
Salam Maulidur Rasul..

Malam yang indah ini marilah kita bersama-sama merenungkan
dan berfikir ayat di atas ini..
Manusia sekarang lebih murah menunjukkan segala kebaikan..
terutama sekali di media sosial daripada sembunyikan kebaikan yang dilakukan..

Tidak kira kebaikan yang bagaimana, 
jika niat di hati itu mendidik yang lain, teruskan..
jika kebaikan itu hanya sekadar menunjukkan dan meminta pujian..
hentikanlah..


 

28 October, 2020

Random Food Photo

by on October 28, 2020

Random Food Photo | Dah lama tak share random food photo dalam blog padahal dalam memori handphone ni penuh dengan gambar makanan. Mana tidaknya setiap kali nak makan wajib snap gambar dulu sebelum makan lepas tu terperam je dalam phone tu. Tapi kadang-kadang ada bagusnya juga tau, bila kita tengah kekeringan idea nak menulis dalam entry, dengan sekeping gambar tu kita boleh buat jadi satu entry yang panjang. 

Oklah sebelum entry ni menjadi panjang, moh ler nieyl share food photo kali ini. 

First time makan di restoran oiso yang menyediakan tradisional food korean,
disebabkan kali pertama kita order makanan yang selamat yang boleh ditelan ya..hehehe..
Nama set ni tak ingat sangat chicken spicy la..

Nasi goreng bersama ayam goreng air tangan mak nieyl untuk bekalan hari terakhir nieyl
bekerja di tempat lama hari tu..

Support kawan yang menjual vietnam roll dan yang paling sedap adalah sos dia homemade tau
specialnya, kawan nieyl tu lelaki okay...terbaik

Kimbap ni hasil air tangan anak buah nieyl, satu keluarga suka makanan korea..

Sup petola bersama pucuk kering yang sungguh sedap dan yang penting jangan 
lupa letak bawang goreng dari  makcik bawang.

ini kek sempena birthday mak nieyl pada 5.10 hari tu 
manggo cake dan brownies..

Roti Canai cicah sambal sardin petai uolls..
yang ni nieyl makan di kedai mak nieyl.

Ok, itu sahaja food photo yang nieyl nak share, nanti ada lagi nieyl share dalam blog ok. Yela share ni bukan nak menunjuk tau, mana la tahu bila kita share ni boleh beri idea dekat korang nak makan apa hari ni ke kan..moga dapatlah membantu.

 

27 October, 2020

Jangan Menghitung Dosa Orang Lain

by on October 27, 2020


Assalamualaikum..
PKPB di selangor, putrajaya dan KL dilanjutkan...
disebabkan peningkatan kes semakin hari semakin naik...
Jadi sama-sama kita jaga diri, keluarga...
jika tiada keperluan keluar, duduk sahaja dirumah okay..

Pagi ini nieyl tertarik nak share quotes yang positif..
bagus disharekan untuk kita bersama-sama dijentik hati pagi ini bersama...
Kita didunia ini ibarat pen yang setiap hari, setiap saat mencatit kisah hidup kita dalam buku diari..
Jadi, tulislah dengan baik, tulis keburukan kita bukan keburukan orang lain..
kerana dairi itu diari kita, buka diari orang lain...

#kitajagakita

 

25 October, 2020

Cosmoderm Tea Tree Oil Rangkaian Produk Skincare Terbaik

by on October 25, 2020

Cosmoderm Tea Tree Oil Rangkaian Produk Skincare Terbaik | Bila umur semakin meningkat ini nieyl sentiasa mencari rangkaian produk skincare yang boleh membantu nieyl dalam menjaga kulit wajah dan badan. Masalah yang sering dihadapi oleh nieyl dan sesetengah wanita diluar sana adalah jerawat. Betul tak? Kalau tumbuh sebiji jerawat tu murungnya tak boleh bawa berbincang. Oleh yang demikian, nieyl dah jumpa penyelesaian kepada masalah jerawat yang kadang-kadang mengganggu emosi kita apabila ia tumbuh tanpa diundangkan.


Rasanya korang pun mesti pernah dengar produk rangkaian cosmoderm sebelum-sebelum ni kan? Ok, nieyl pun nak share juga dengan korang yang nieyl sendiri pun menggunakan produk cosmoderm untuk mendapatkan kulit wajah yang bebas minyak dan juga jerawat. Ha..ramai kawan-kawan yang kata kulit nieyl ni tak ada masalah, sebab sentiasa flawless gitu, tetapi hakikat sebenarnya kulit nieyl masih lagi ada jerawat yang halus, kalau pandang dengan mata kasar tu kena tenung betul-betul baru nampak.

Rangkaian Cosmoderm Tea Tree Oil Range ini diformulasi untuk mengimbangkan proses penyembuhan dan ia mengandungi Vitamin E. Dimana ia berkesan untuk membantu masalah kulit berjerawat dan memberi pelindungan kulit dari kesan sinaran matahari. Ha, bestkan?

Dalam 3 hari kulit bebas jerawat


Untuk langkah pertama dengan menggunakan Cosmoderm Tea Tree Oil Facial Cleanser sebagai pencuci wajah harian. Ia boleh menghilangkan minyak dan membersihkan liang pori dan mengawal kegatalan kulit sebagai merawat masalah jerawat.


Langkah yang kedua adalah gunakan Cosmoderm Tea Tree Oil Purifying Mask. Selepas kita dah cuci muka dan sapukan Cosmoderm Tea Tree Oil Purifying Mask ke seluruh muka dan biarkan selama 15-20 minit. Ia membanti menyerap lebihan minyak dan mengeringkan jerawat dan liang pori. Mask ni sangat best tau korang dia rasa berangin gituuu..



Seterusnya Tea Tree Oil Anti-Blemish Gel. Dengan berasaskan ekstrak tubuhan yang boleh membantu mengurangkan jerawat , bintik hitam dan whitehead. Untuk makluman, terdapat 2 jenis gel anti-cela iaiti Tea Tree Anti Blemish Gentle untuk mereka yang mempunyai masalah kulit sensitif dan tea tree blemish x-press yang ini tidak disarankan untuk mereka yang mempunyai kulit yang sensitif. Ha..ingat tu okay.

Antara lain produk rangkaian Cosmoderm Tea Tree Oil :-


Cosmoderm Tea Tree Oil Clarifying Toning Lotion - Ia membantu merawat jerawat , menghilangkan bakteria dan minyak yang berlebihan. 


Cosmoderm Tea Tree Oil, Oil Control Serum - Serum berasaskan gel bersama ekstrak buah untuk mengawal lebihan minyak dan jua membanti menghaluskan pori-pori untuk mengurangkan jerawat, blackheads dan whiteheads.


Cosmoderm Tea Tree Oil Day & Night Moisturiser - 2 in 1 primer pelembap untuk kulit berminyak dan kombinasi. Pelembap berasaskan air membantu melindungi kulit daripada sinar UVA & UVB yang boleh merosakkan sel kulit.


Cosmoderm Tea Tree Oil Shower Gel - Ia memberikan kesegaran yang luar biasa untuk bau badan dan jerawat badan. Ia memberikan pembersihan lembut pada kulit menjadikan kulit segar licin tanpa rasa melekit dan anti bakteria yang sesuai untuk semua orang.

Semua rangkaian produk Cosmoderm Tea Tree Oil ini boleh korang dapatkan di mana-mana farmasi seperti waksons, Guardian , Aeon Wellness berhampiran kediaman korang okay ataupun korang boleh je buat pembelian secara atas talian di laman we b rasmi Cosmoderm seperti di bawah:-

 www.cosmoderm.com.my 

atau  Shopee Cosmoderm Offical Store 

https://shopee.com.my/cosmoderm

 

#Cosmoderm #HealthySkinBeautySkin #Skincare #TeaTreeOil



24 October, 2020

Siapa Tak Mahu - Dato’ Sri Siti Nurhaliza (Official Music Video)

by on October 24, 2020

Kata orang
 Kalau dah sayang
Jangan kau mudah
Nak naik berang

Dalam cinta
Kena berjaga
Jangan kau mudah
Ingin buruk sangka

Tanya sama hati, apalah yang dicari
Nanti jawab hati, hanya cinta abadi

Chorus
Siapa yang tak mahu
Sayang disulam rindu
Cinta bagaikan bulan madu di setiap waktu

Siapa yang tak mahu
Dicintai selalu
Seperti purnama jatuh ke ribaku
Teman sekalbu
Siapa tak mahu

Kata orang
Kalau nak senang
Jangan berkira
Dengan pasangan

Salah faham
Jangan diundang
Luahkan kata
Jujurlah caranya

Tanya sama hati, apalah yang dicari
Nanti jawab hati, hanya cinta abadi

Ulang Chorus

Bulat air kerana pembentung
Bulat sayang kerana disanjung
Baik acuan, cantik kuihnya
Baik budi begitulah kasihnya


Senarai Peserta Giveaway Makcik Bawang By www.nieylanadia.com

by on October 24, 2020

Senarai Peserta Giveaway Makcik Bawang By www.nieylanadia.com | Untuk makluman semua giveaway masih lagi berlangsung okay, kepada yang telah join terima kasih dan yang mana belum lagi join tu, cepat-cepat join okay. 


Giveaway masih lagi berlangsung sehingga 30 Oktober 2020

KLIK SINI untuk JOIN

SENARAI PESERTA

1. https://norminieza.blogspot.com/2020/10/giveway-makcik-bawang-by.html
2. https://sheilaarshad.blogspot.com/2020/10/giveway-makcik-bawang-by.html
3. https://ctcheery87.blogspot.com/2020/10/giveway-makcik-bawang-by.html?m=1
4. https://www.anajingga.com/2020/10/giveaway-makcik-bawang-by.html
5. https://www.tiarasaphire.com/2020/10/giveaway-makcik-bawang-by.html
6. https://www.mialiana.com/2020/10/giveaway-makcik-bawang-by.html
7. https://www.fizahabdulhalim.com/2020/10/giveaway-makcik-bawang-by.html
8. https://www.farhanajafri.com/2020/10/giveaway-makcik-bawang-by.html
9. https://www.shikinrazali.com/2020/10/giveaway-makcik-bawang-by.html
10. https://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/2020/10/giveaway-makcik-bawang-by.html
11. https://tetikusmerah.blogspot.com/2020/10/giveaway-makcik-bawang-by.html
12. http://www.mamapipie.com/2020/10/giveway-makcik-bawang-by.html
13. http://www.aimisyahirah.com/2020/10/giveaway-makcik-bawang-by.html
14. https://www.ibudokter.com/2020/10/giveaway-makcik-bawang-by.html
15. https://belogsjm.blogspot.com/2020/10/giveaway-makcik-bawang-by.html?m=1
16. https://akulahrabiatul.blogspot.com/2020/10/giveaway-makcik-bawang-by.html
17. https://www.rubiahkadir.com/2020/10/giveaway-makcik-bawang-by.html
18. https://adna2029.blogspot.com/2020/10/giveaway-makcik-bawang-by.html
19. https://kasihkuamani.blogspot.com/2020/10/giveaway-makcik-bawang-by.html
20. https://mummyayu.blogspot.com/2020/10/giveaway-makcik-bawang-by.html
21. https://www.ciktie.com/2020/10/giveaway-makcik-bawang-by.html?m=1
22. https://ingintahu31.blogspot.com/2020/10/giveaway-makcik-bawang-by.html
23. https://cikcappuccinolatte.blogspot.com/2020/10/giveaway-makcik-bawang-by.html
24. https://zieyaweasley.blogspot.com/2020/10/giveaway-makcik-bawang-by.html
25. http://www.ombakbergigi.com/2020/10/giveaway-makcik-bawang-by.html
26. https://www.faizzahamir.com/2020/10/giveaway-makcik-bawang-by.html
27. Anda

23 October, 2020

SEGMEN 10 BLOGGER TERPANTAS BY MISYA

by on October 23, 2020

 


Jom Join Click Banner 

Tarikh Tutup Segmen 

31 Oktober 2020

Apa kaitan nombor 10 dengan nieyl?

1. Pada 19.10.2020 tarikh nieyl lapor diri ditempat kerja yang baru 
2. Tarikh 5.10.1952 adalah tarikh  lahir mak nieyl
3. Tarikh 10.10.1958 adalah tarikh lahir mak tiri nieyl
4. No .10 sinonim dengan nieyl, sebab nieyl ada 10 orang adik beradik