29 January, 2020

Giveaway Bersama Nieyl

by on January 29, 2020



Syarat-syarat
  1. Like Page  SEINDAHCERITA  dan like post okay
  2. Follow Blog Nieyl okay
  3. Add Friend Facebook  NIEYL , Follow Instagram NIEYL
  4. Jangan lupa Subscribe YouTube NIEYL
  5. Buat satu entry bertajuk "Giveway bersama nieyl"
  6. Copy banner dan link kan semula ke entri ini.
  7. Publish dan tinggalkan komen anda di ruangan komen entri ini sahaja.
  8. Pemenang akan ditentukan melalui Random Picker wheel okay


24 January, 2020

Surprise dapat hadiah lagi

by on January 24, 2020
Surprise dapat hadiah lagi | Ya Allah sungguh panas cuaca hari ni, duduk dalam rumah pun berpeluh, rasa bahang dari luar. Kipas memang 24 jam ON, aircond ON kejap lagi time nak terlena sekejap. Dengan cuaca yang panas sekarang ni, digalakkan minum air kosong secukupnya okay. 

Beberapa hari selepas nieyl tinggalkan pejabat, nieyl datang semula sebabnya nak ambil beberapa kotak barang yang masih belum di ambil dan nak install photoshop di laptop untuk memudahkan nieyl buat kerja dekat rumah. Nieyl datang tu pun hari jumaat sebab jumaat masa rehatkan panjang jadi boleh la luangkan masa sikit dengan kawan-kawan, kakak-kakak dekat pejabat tu dan kebetulan pun hari tu ada buat majlis perpisahan nieyl peringkat cawangan. 


Kenangan di bilik nieyl..


Minta tolong kak aya installkan PS dalam laptop


Jumpa kak naz yang putih ni, dapat sembang sekejap...
lepas ni dah susah nak jumpa dah...


Ini team nieyl yang lama, actually ada 3 orang lagi
masing-masing dah bertukar keluar..So, dieorang ni kakak-kakak nieyl yang
sangat menyayangi nieyl.Tak terbalas kasih sayang dieorang pada nieyl..
kita dah berkawan since 2011 sampai sekarang Alhamdulillah


Sebelum balik tu, beria nak bersalam bagai..panggil nieyl rupanya dieorang nak kasi hadiah, Ya Allah , kenapa la nak susah-susah beli macam-macam untuk nieyl. Makin sebak pula time tu, apa-apa pun terima kasih kakak-kakak semua. Allah sahaja yang dapat membalas jasa baik korang.

kalau korang baca blog ni, nieyl nak ucapan terima kasih sebab menyayangi nieyl seperti adik korang sendiri. Selalu layan kerenah nieyl. Dan tq juga sebab selalu beri kerjasama dekat nieyl setiap kali nak buat reunion kita. Cumanya reunion akhir tahun je kita tak sempat lagi nak buat. Insya'Allah lepas ni kak naz ambik alih tugas nieyl okay..arrange reunion kita..

Kak aya, kak naz dan kak lin hadiah kan nieyl shawl ariani. Actually dieorang ni memang tahu taste nieyl tau, nieyl memang suka shawl.. koleksi ariani pun ada beberapa helai je dalam almari, so yang hadiah ni yang terbaru untuk nieyl. Belum ada masa yang sesuai dan baju yang sesuai lagi nak pakai shawl ni..nanti dah pakai nieyl share ya....tq so much...

XOXO

Carilah Salah Diri Sendiri

by on January 24, 2020

Assalamualaikum semua...
Lambat bersiaran hari ni , sibuk di pagi hari dengan urusan rumah..
Now, baru ada masa untuk diri sendiri..

Ayat di atas ini memberikan satu kesedaran pada sesiapa yang membaca..
termasuk diri nieyl sendiri. Tipulah kalau kita tak pernah cari salah orang lain, betul tak?
Sebenarnya kita sendiri yang kena sedar diri , nilai diri kita dan cari kesilapan dan kesalahan kita setiap hari, jika ada segera kita perbetulkan untuk tidak berulang hari esok...

Sebab di akhirat, Allah tidak akan tanya tentang orang lain..
Allah hanya akan tanya tentang diri kita sahaja..
Jadi, sama-sama la kita perbaiki diri kita dari hari ke hari mulai hari ini okay...
Salam Jumaat !

22 January, 2020

KDrama : Money Game

by on January 22, 2020
KDrama : Money Game | Sejak jadi suri rumahtangga ni, waktu malam nieyl memang banyak masa habiskan menonton movie bersama husband sebab siang hari dia kerja, so malam sahaja yang kita ada masa nak dating dekat rumah. Minggu lepas nieyl terbuka channel tvN, kalau siapa tak tahu channel ni tayangkan drama korea lama dan baru non stop. Kebetulan drama Money Game baru start episode 1 dan 2. Setaip khamis dn Jumaat hari tayangan dia.


Sinopsis

Sebuah bank, bahawa kerajaan Korea memegang ekuiti, adalah di hampir kebangkrutan. Negara ini bimbang bahawa mereka akan menghadapi krisis kewangan yang sama seperti apa yang terjadi pada tahun 1997. Orang dalam Suruhanjaya Perkhidmatan Kewangan berjuang untuk mencegah kejadian yang serupa.

Chae Yi-Hun (Ko Soo) adalah ketua dalam Biro Dasar Ekonomi di Suruhanjaya Perkhidmatan Kewangan. Dia melakukan yang terbaik sebagai birokrat ekonomi. Bapanya adalah ahli ekonomi terbaik di Korea Selatan, tetapi Chae Yi-Hun menyembunyikan identiti bapanya.

Heo Jae (Lee Sung-Min) adalah pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Kewangan. Dia seorang lelaki yang bercita-cita tinggi. Beliau mengalami Krisis Kewangan Korea pada tahun 1997. Pada masa itu, dia menjadi kecewa dengan infrastruktur kewangan Korea yang tidak berdaya. Objektifnya adalah untuk memperbaiki infrastruktur kewangan negara dengan apa-apa kos.

Lee Hye-Joon (Shim Eun-Kyung) mula bekerja di Biro Kewangan Antarabangsa Kementerian Ekonomi dan Kewangan. Semasa Krisis Kewangan Korea, dia hanya bayi dan keluarganya bergelut sepanjang masa. Dia bermimpi mempunyai bangunan.

Nieyl suka tengok drama korea berbentuk action ataupun penyiasatan. So, nieyl rasa drama ini salah satu drama yang akan nieyl tengok sampai episode yang terakhir, sebab setiap episode ada cerita yang membuatkan kita nak tahu, apa akan terjadi next dan next...

Ayda Jebat - Better Than You (Official Music Video) OST Cindai

by on January 22, 2020

Lelah hati ini
Terus terikat dengan hatimu
Yang selalu menyakitiku


Sampai tak terkira
Kau rejamkan bara
Yang menusuk hingga ke tulang batinku


Dan tak pernah terbayangkan
Ku bisa sembuhkan
Hingga dia hadir untukku


Kini telah aku temukan
Dia yang lebih baik
Dia yang memahami


Hidup ku pun semakin beerti
Hilang semua pilu
Cause I’m found someone better than you


Harus ku akhiri
Hubungan kita tak ke mana-mana
Tiada hala tuju

Butir kenangan
Manisnya menutup segala pahit yang
Kau sisakan padaku


Dan tak pernah terbayangkan
Ku bisa lupakan
Hingga dia hadir untukku


Kini telah aku temukan
Dia yang lebih baik
Dia yang memahami


Hidup ku pun semakin beerti
Hilang semua pilu
Cause I’m found someone better than you


Hoo…
Dia yang lebih baik
Dia yang memahami


Hidup ku pun kini beerti
Hilang semua pilu
Cause I’m found someone better than you


Cause I’m found someone better for me…

Bersedekahlah

by on January 22, 2020


Assalamualaikum...
Selamat Pagi...nieyl ada masa sikit pagi ni nak share tentang sedekah...
Pernah tak korang yang sedang baca ni mengalami situasi seperti di atas ni?
Nieyl sendiri pernah berada di situasi seperti di atas,
cumanya kadang-kadang terjadi tanpa kita sedari..
Contoh macam semalam, kakak ipar nieyl minta tolong bawa dia pergi kedai..
Masa nak balik dari kedai tu dia hulur RM10 untuk duit minyak katanya..
Mungkin sebab nieyl sekarang kan tak bekerja..hehehe...tapi sebenarnya tolong ikhlas..
Dia kasi juga, dan kebetulan juga tiba-tiba mentol ruang tamu nieyl terbakar...
jadi, dgn duit RM10 tadi tu dapatlah nieyl ganti mentol yang baru...
Alhamdulillah...tq Allah...

Kalau korang ada cerita tentang sedekah seperti di atas ni..
meh la share sama...

21 January, 2020

Giveaway Tahun Baru 2020 Mamapipiedotcom

by on January 21, 2020
Giveaway Tahun Baru 2020 Mamapipiedotcom. Dah lama mama tak buat giveaway memang teringin nak buat tapi tak berkesempatan pula. So, sempena hari lahir mama yang jatuh pada 1 January yakni Tahun Baru yakni Hari ni, maka mama nak lancarkan Giveaway Tahun Baru 2020 Mamapipiedotcom. Jemput sama-sama meriahkan. Sebelum tu mama nak ucapkan selamat tahun baru 2020 kepada semua. Sekejapan aje kita dah di era 2020. Tetiba teringat pula Wawasan 2020 yang dilancarkan masa sekolah dulu. Macam tak percaya kita dah sampai ke tahun itu..

Giveaway Tahun Baru 2020 Mamapipiedotcom

 http://www.mamapipie.com/2020/01/giveaway-tahun-baru-2020.html


Syarat-syarat Penyertaan Giveaway Tahun Baru 2020 Mamapipiedotcom


  1. Terbuka buat blogger yang menetap di Malaysia bagi memudahkan urusan pos. Sorry buat blogger negara jiran kalau mama buat segment bolehlah join nanti ye.
  2. Buat satu blog post bertajuk "Giveaway Tahun Baru 2020 Mamapipiedotcom". Tepek banner di atas beserta link ke post ini juga ye. Dalam post tu korang kena nyatakan hadiah nombor berapa yang menjadi pilihan korang. Mama akan randomly pick pemenang berdasarkan hadiah yang dipilih. Total ada 4 Hadiah.
  3. Wajib Follow blog mama: http://www.mamapipie.com
  4. Wajib Follow FB page: https://m.facebook.com/mamapipie/
  5. Wajib letak blog http://www.mamapipie.com dalam bloglist korang (ini mama akan check satu-satu).
  6. Wajib Subscribe YouTube: https://m.youtube.com/channel/UCeU4OMTRsXMlU3WNy-FJUUA
  7. Digalakkan Follow Media Social Mama (ni tak wajib) || FB | Twitter | Instagram |   
  8. Tinggalkan link pernyertaan korang di post ini.
  9. Pemilihan pemenang akan berpandukan En Random.org atau terpulang jika mama tetiba rajin nak pilih secara manual, mama akan pilih secara manual.

Tu je lah. Mudah saja kan. Bagi sesiapa yang ada masalah untuk nak buat perkara di atas dengan alasan munasabah mama tetap akan terima penyertaannya. Dun worry OK!


Hadiah Giveaway Tahun Baru Mamapipiedotcom 2020


Hadiah akan diberikan bagi 4 orang peserta bertuah. Setiap peserta akan di pilih berdasarkan hadiah yang menjadi pilihan korang.

Hadiah 1




Blouse design 1, warna kuning cair/cream. Free size Boleh refer size di bawah

Bahu 15
Dada 40
Ketiak 18
Labuh baju 30


Hadiah 2



Blouse design 2, warna peach. Free size Boleh refer size di bawah (sorry anak panah tu macam confusing sikit)

Bahu 15
Dada 40
Ketiak 18
Labuh baju 30


Hadiah 3



Set perfuma dan mandian Royale, Ada 3 barang dalam ni perfume, body mist Dan shower gel. Bau wangi u ol. Boleh jadikan hadiah buat yang tersayang juga ni


Hadiah 4


Wang tunai RM50 (akan terus bank in ke akaun korang)


Segment ini berakhir pada 31/01/2020 11.59 Malam.



Pilihan hadiah : Hadiah 4 😊

Wishlist 2020 nieyl

by on January 21, 2020
Wishlist 2020 nieyl | Setiap kali masuk tahun baru, setiap kita pastinya mempunyai azam yang baru yang hendak di capai pada tahun ini. Specialnya pada tahun kali ini adalah tahun 2020 yang ketika kita masih kecil lagi di ingatkan tentang wawasan 2020 betul tak...sungguh tak sangka hari ini kita berada di tahun 2020 itu. 

Belum terlambat rasanya nieyl nak share azam dan wishlist yang nieyl nak capai pada tahun 2020 ini. Cuma apa yang kita harapkan hanyalah perancangan, yang menentukan adalah Allah swt. Nak tahu tak apa wishlist untuk 2020 ni? meh nak share...scroll bawah..


  • Memiliki domain blog dengan menggunakan nama sendiri.
    ⇨Syukur Alhamdulillah semua sedia maklum, wishlist nieyl yang ini telah berjaya dan Allah dah permudahkan. www.nieylanadia.com 
  • Mendapat kerja tetap
    ⇨Untuk awal tahun 2020 ini, nieyl masih lagi berehat dari bekerja. Dan masih lagi mencari kerja. Sebolehnya nieyl nak dapat kerja yang tetap supaya ianya lebih menjamin masa depan nieyl dan keluarga. Semoga Allah sentiasa mudahkan urusan nieyl dan murakan rezeki..Amin
  • Menjadi manusia yang lebih baik dari segi rohani dan jasmani
    ⇨Kita bukanlah manusia yang sempurna tetapi tidak salah kalau kita sentiasa nak jadi yang terbaik dan yang lebih baik. Allah suka..Semoga Allah sentiasa lindungi dan luaskan pembukaan hati dan jiwa nieyl untuk mudahkan perjalanan nieyl Amin.
  • Menjadi seorang ibu
    ⇨Ini wishlist yang nieyl bawa dari tahun 2012, semoga tahun 2020 ini Allah beri rezeki zuriat pada nieyl dan husband..korang amin kan yaaa...

  • Melancong ke Kundasang dan Hatyai
    ⇨tu diaa..memang dalam perancangan nieyl nak ke kundasang pada bulan nov ni harapnya semuanya berjalan dengan lancar dan dipermudahkan.. Hatyai tu dah lama sangat nak pergi, kena kerja dulu baru dapat kumpul duit pergi melancong.
  • Memiliki second house
    ⇨Ini memang menjadi target sekiranya nieyl berjaya lulus dalam Interview hari tu. Walaupun nieyl dah ada rumah tapi sebolehnya nieyl nak hasil dari kerja nieyl sendiri bukan dari pemberian mak ayah nieyl. Doakan juga untuk nieyl okay

  • Proton X70
    ⇨Sejak proton memperkenalkan proton X70 ini memang menjadi idaman nieyl untuk memilikinya. Tapi itu kalau dah stabil kewangan nieyl la..so tak salah kita letak ianya salah satu wishlist kita, manaah tahu kalau Allah beri lebih rezeki pada nieyl kan..hehehe..Amin

Ok nieyl rasa cukuplah setakat itu sahaja, tak perlu nak banyak-banyak sebab nanti tak tercapai pun. Kita listkan apa yang kita rasa kita mampu nak tunaikan. Apa sahaja azam atau wishlist korang, nieyl doakan semoga pada tahun 2020 ini akan menjadikan kenangan manis dalam hidup kita semua. Amin


20 January, 2020

Short Vacation Last Minute : Genting Highlands 2019

by on January 20, 2020
Short Vacation Last Minute : Genting Highlands 2019 | Tak pernah lagi dalam hidup nieyl pergi short vacation last minit seperti ini. Actually, pada asalnya memang nieyl dan husband tak dapat nak join pun adik beradik husband bercuti di Genting sebab pada tarikh tu adik beradik nieyl nak buat sambutan ulangtahun kelahiran ayah nieyl yang ke 71 tahun. 

Jadi, adik beradik husband tengah hari dah naik ke Genting. Nieyl ke majlis birthday ayah walau bagaimanapun, adik beradik husband asyik pujuk-pujuk dalam group ajak naik Genting. Mula-mula tu kuatkan semangat supaya tak terpengaruh , tapi lama-lama adoi jiwa kacau weh...selesai je majlis ayah nieyl masa tu around 7 malam. Masa on the way balik ke rumah tu, cakap dengan husband macam mana?nak naik genting tak?dieorg asyik ajak je dalam group tu. Lepas tu husband kata ok lepas isyak kita gerak naik Genting.. Serius ar...malam kot..tawakal je weh..

Kitaorang sampai puncak dalam pukul11 malam, terus pergi cari family members yang lain. Lepas dah jumpa tu, jalan -jalan dekat luar sekejap lepas tu pergi makan dan balik ke Hotel. Oh ye la pula  nak bagitahu , kitaorang stay dekat Gloria Residences Ion Delemen Genting Highlands


Disebalik short vacation rupanya ada surprise party untuk adik husband yang no.2 merangkap adik ipar nieyl dan kawan sekolah nieyl. Kiteorang panggil dia Mommy Ema. Antara 3 sekawan ni dia paling tua ikut bulan kelahiran. Siap ada kek princess pink color lagi, surprise ke idak?? Alhamdulillah walaupun adik beradik husband 4 orang sahaja, perangai berbeza bila masuk bab keluarga Alhamdulillah mereka bersatu. Itu yang bagusnya dalam keluarga..

" happy birthday babe, selamat hari tua hehehe..setiap tahun ko tua dulu dari kitreoang berdua..
walaupun tua dulu, ko tetap nampak muda okay, semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki,
terima kasih sebab menjadi adik dan adik ipar yg baik, selalu ingat dekat kteorang.. Apa yang penting setiap ujian dan dugaan yang Allah berikan, pastinya kita mampu harunginya" 



Perkara pertama bila celik mata , buka sliding door dan jerit Wow!sangat cantik dan teruja dapat melihat salah satu ciptaan Allah bila berada di puncak..Sangat cantik korang awan pagi. Nieyl tak lepaskan peluang untuk capture moment kita berdiri selaras dengan awam. Korang tengoklah, cantikkan..Dan gambar yang atas ni nieyl share tanpa sebarang editing ya...ini natural punya gambar dari handphone nieyl. Kalau tak silap nieyl, waktu jam 6.50-7.00 pagi sahaja korang akan dapat gambaran yang sebegini, lepas tu penuh dengan kabus..


Selepas breakfast, pergi pool and than naik bilik bersiap-siap untuk check out tapi sebelum turun tu kitaorang habiskan masa di kawasan hotel, bergambar sebagai kenang-kenangan . Nampak tak kabus belakang tu, sememangnya sejuk tau lagi time tu hujang rintik-rintik.

with husband


Ini berapa lapis baju pakai dah ni,sejuk benor...macam mana nak pergi korea musim sejuk ni mahu 10 lapis pakai ni sebabnya nieyl seorang yang tak tahan sejuk. Baju sejuk pun dah macam pergi obesi dah padahal genting je hehehe...fefeeling la sikit sebelum ke kundasang nanti hahaha...


Yang ini pun sama juga, fefeeling obesi


Last gambar sebelum ke kereta nak pulang ke rumah. Ini kawasan luar hotel untuk kita lepak-lepak dan bergambar, anak-anak pun boleh main bubble dekat situ. Oklah korang Insya'Allah kita jumpa di next entry okay...xoxo.. oh ya, sebelum tu, bawah ni nieyl ada share hotel yang nieyl stay tu..dipuncak dan korang tengoklah jalan dia..seram....












19 January, 2020

Langkah-Langkah Pencegahan Influenza

by on January 19, 2020
Langkah-Langkah Pencegahan Influenza | Assalamualaikum..Beberapa minggu ini kita dikejutkan  kes penyakit Influenza yang kini sedang merebak di Malaysia. Paling menyedihkan telah mengorbankan nyawa kanak-kanak. " Ya Allah Engkau Lindungi Lah kami dan anak-anak kami dari di jangkin virus ini Ya Allah" . Jika kita menonton berita setiap hari akan ada sahaja peningkatan kes Influenza ini. 

Berikut adalah langkah-langkah pencegahan yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan Malaysia untuk kita ikuti dan di amalkan bagi mencegah penyakit berjangkit itu.


Semua sedia maklum bahawa virus Influenza ini merebak melalui pernafasan. Ia boleh menyebabkan gejala jangkitan ringan ataupun serius. Namun dalam keadaan tertentu, ianya mungkin akan mengorbankan nyawa. 

Antara gejala Influenza 
  • Demam
  • Selsema
  • Sakit tekak
  • Batuk 
  • Sakit kepala
  • Sakit badan
  • Sukar bernafas
  • Sakit perut dan cirit birit (khususnya kanak-kanak)
Cara Penularan

Influenza merebak dari seorang individu yang dijangkiti kepada seorang individu yang lain melalui titisan salur pernafasan (respiratory droplets) apabila bercakap, batuk atau bersin. Titisan ini boleh mencemari permukaan dan menyebabkan jangkitan kepada individu yang menyentuh permukaan tersebut.

Mereka yang berisiko tinggi untuk dijangkiti


  • Kanak-kanak berumur kurang dari 5 tahun
  • Wanita hamil
  • Warga emas berumur 65 tahun dan ke atas
  • Individu dengan penyakit kronik (kencing manis, darah tinggi, asma dll)
  • Individu obes
  • Individu yang mempunyai daya ketahanan badan yang rendah (spt. pesakit kanser, penghidap HIV, pesakit yang menjalani rawatan kemoterapi dll)
Jika anak-anak terdapat simptom-simptom di atas, please bertindak dengan cepat bawa mereka ke hospital untuk pemeriksaan rapi jangan tunggu dah teruk baru nak bawa ke hospital. Ibu bapa perlu lebih peka terhadap kesihatan anak-anak setiap hari. Semoga anak-anak kita di jauhi dari penyakit berjangkit ini..Amin...