14 December, 2021

Menara Kuala Lumpur 2021

Menara Kuala Lumpur 2021 | Setiap tahun nieyl dan juga adik beradik belah husband akan plan untuk bercuti bersama-sama, selalunya kita akan pergi tempat yang dekat-dekat je. Sebelum PKP dulu pernah juga pergi bermalam di KL. Kemudian 2 tahun PKP, kita stop tak pergi ke mana-mana dan selepas dibenarkan untuk merentas negeri dan daerah, kami terus booking hotel di KL. Nanti ada masa nieyl share hotel mana yang nieyl menginap.

Bila terpandang Menara Kuala Lumpuh yang gah ni, selalu berkata dalam hati, dah lama tak jejakkan kaki sebab seingat nieyl last jejakkan kaki ke Menara KL ni masa zaman sekolah menengah itupun sebabnya rombongan sambil belajar ke KL. Ish..lama dah sebab umur sekarang pun dah 33, baru kembali menjejakkan kaki ke sini semula. Itupun tak naik ke atas sebabnya Menara KL tiada dalam senarai tempat yang nak pergi pun. Kebetulan singgah sementara tunggu adik ipar nieyl dari Kedah sampai ke KL. 

Masa tu nieyl letak dekat taman luar menara je, masa sampai tu tak ramai lagi orang jadi bolehlah nak bergambar  kenangan. Gigih nak ambil gambar dengan menara KL yang tinggi tu..

Husband dan adam

Adam dan putri 

Tak lama pun nieyl dekat menara KL tu, sebab nak pergi KL Forest Eco Park tu nak bergambar dkt jambatan gantung tu tadi tutup pulak, so..lepas bergambar tu nieyl pergi check in hotel dulu hantar barang dulu dan keluar semula..

Kadang-kadang bila difikirkan semula, banyak sebenarnya tempat-tempat yang best di negeri kita sendiri yang tak habis lagi kita pergi, betul tak.. sebab masa nieyl nak buat jadual melawat tempat-tempat best, rupanya banyak sangat, ada yang berbayar dan ada juga yang PERCUMA. So, korang kalau nak pergi shortvacay ke plan betul-betul supaya tak buang masa dan banyak tempat kita boleh pergi walaupun sehari je..

Oklah, nanti free-free nieyl share lagi tempat yang nieyl pergi dekat area KL okay..

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)