04 January, 2021

Review Lipstick Mamasab x Neelofa Set Diva

Lipstick Mamasab x Neelofa Set Diva | Sejak ada masalah bibir kering dan selalu terkopek-kopek, nieyl sangat berhati-hati dalam membeli lipstick di pasaran. Beli yang mahal pun sebenarnya belum tentu lagi sesuai dengan bibir kita. Setakat hari ini dah lebih 6 lipstick yang dah cuba. Bukan kata yang mahal sahaja, yang murah pun pernah juga tetapi masih lagi masalah bibir kering tidak pulih malah makin teruk pula merekahnya last-last kopek berdarah, ha..yang itu memang satu habit nieyl dari kecil lagi.


Beberapa bulan yang lepas, selalu nieyl tengok salah seorang kenalan nieyl share product lipstick mamasab x neelofa ni. Memula tengok-tengok je, lama-lama tu risik jugalah harga dia sekotak normal price RM130. Kebetulan 12.12 sale, harga sale RM99 sekotak terus grab set diva. Actually Lipstick Mamasab x Neelofa ni ada 2 set iaitu DIVA dan PRIMADONA.. Kalau ikutkan nafsu shopping memang nak je grab sekali 2 set tetapi nieyl beli satu untuk percubaan. Lagipun setiap kotak mempunyai 4 batang lipstick yang berlainan warna. See, cuba tengok kotak dia berkonsepkan floral sangat memikat hatiku.


Bila buka kotak yang cantik tu, ada beg yang sangat cantik warna dia dan ada tagging nama neelofa. Suka sangat sebab warna dia memang cantik. Beg ni korang boleh jadikan sebagai purse ataupun isi barang-barang penting untuk disimpan. Kalau nieyl, rasanya nak letak barang-barang make up yang mini ke pejabat.


Tadaaa...kombinasi warna kotak lipstick tu je dah buat rasa macam nak makan je lipstick ini tau. Cantik sangat. Patutlah jualan lipstick mamasab x neelofa ni bila sale sahaja mencapai jutaan belian. Selain tu juga, kalau nampak ada juga disertakan cermin mini untuk kita guna bila pakai lipstick ke bedak ke..Jadi, beg ni sangat sesuai untuk barang make up nieyl ni nanti.. 

Ok nieyl nak zoom untuk korang tengok dengan lebih dekat warna dan tekstur lipstick ini. Nama-nama yang diberikan memang sangat sesuai dengan warna lipstick tu.

Major Love

Secret Admirer

Sexy Lady

Sweet heart

Setelah sebulan menggunakan lipstick ni apa yang boleh dikatakan ianya sangat sesuai dengan nieyl kerana ia bukan sahaja untuk cantik malah ia membantu merawat masalah bibir nieyl yang selalu kering dan untuk pengetahuan semua pembaca, Lipstick ni ada kelulusan KKM tau jadi kita tidak perlu ragu-ragu nak menggunakan produk ini.

Sedikit info untuk dikongsikan, Produk ini mengandungi bahan bahan seperti 🥥 Coconut oil 🌼 Sher butter 🌻 Vitamin E 🌱 Olive oil Yang berfungsi sebagai 🌸 Melembapkan bibir 🌸 Merawat bibir daripada merekah 🌸 Membuatkan bibir kelihatan lembap secara natural 🌸 Membuang sel kulit mati 🌸 Bertindak sebagai antioksidan yang mencegah bibir rosak yang disebabkan oleh radikal bebas 🌸 Menghidrasikan bibir sepanjang masa.


Dekat mana nak beli?Korang boleh beli dekat shopee ramai yang menjualnya sekarang ni. Insya'Allah kalau ada rezeki, next month nak grab set primadona pula, buat koleksi..

 

 

9 comments:

  1. cutenyna pakaging dia!! nak try beli la nanti... now nak habiskan lipstick yg ada dulu

    ReplyDelete
    Replies
    1. ❤️ HARINI ORDER HARINI DAPAT 🥰
      WASAP JE AAINA 🥰
      wasap.my/60177693245/LipstikMamasabNeelofa

      Aaina agent sah Mamasab 🥰

      Delete
  2. jom join giveaway...
    https://mummyayu.blogspot.com/2021/01/wallet-giveaway-by-misya-2021.html

    ReplyDelete
  3. Wah cantik la warna dia. Cik TK pun selalu susah nak cari lipstik yang sesuai. Sebab memang sejak dulu lagi hobi bibir ni suka kering dan pecah. Jadi selalu tukar2 lipstik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama bibir cmni .. dapat set diva n Primadona tak cari lain dah

      Delete
  4. ❤️ AAINA JUAL .. ORDER HARINI, HARINI DAPAT
    WASAP JE 🥰
    wasap.my/60177693245/LipstikMamasabNeelofa

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)