25 September, 2020

Doa Hari Jumaat Untuk Semua

by on September 25, 2020


Assalamualaikum dan salam jumaat
Minggu ni jumaat yang terakhir nieyl bercuti
Insya'Allah beberapa hari lagi nieyl akan kembali bekerja dan masuk pejabat..
Ya Allah rindu sangat dengan pejabat dan kawan-kawan...

Sempena hari jumaat yang mulia ini...
nieyl jemput semua datang ke blog nieyl..
Baca doa di atas...moga setiap sebutan doa-doa di atas Allah makbulkan...Amiin..


 

24 September, 2020

Resepi Ikan Bilis Petai Berlada

by on September 24, 2020

Resepi Ikan Bilis Petai Berlada | Ada yang tengah berfikir-fikir ke balik rumah nanti nak masak apa untuk keluarga makan malam. Hari ini nak share resepi ikan bilis petai yang mudah-mudah sahaja, tapi kalau tak suka makan petai tu, korang boleh gantikan dengan ubi kentang ke terung ke.

Bahan-bahan
  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Cili Api
  • Ikan Bilis
  • Petai 
  • Air asam jawa
  • Gula
  • Garam

Cara-caranya
  1. Terlebih dahulu gorengkan dahulu ikan bilis dan ketepikan
  2. Guna minyak goreng ikan bilis tadi, tumis bawang merah, bawang putih dan cili api sehingga masak
  3. Masukkan petai , air asam jawa, gula dan garam 
  4. Kacau sebati dan tutup api dan biarkan sambal sejuk dahulu
  5. Kemudian masukkan ikan bilis yang telah digoreng ke dalam sambal dan gaul sebati.

** kenapa kena sejukkan sambal tadi, sebab nieyl suka makan sambal ikan bilis yang rangup. Kalau korang masukkan masa sambal masih panas, ikan bilis jadi liat, tak syok makan..hehehe



 

Jadi Kaya Dan Mewah

by on September 24, 2020

 


Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Apa kita nak sembang hari ini ya..

Semua kita mesti ada ketikanya berangan nak jadi kaya dan hidup mewah 
yela..bila melihat orang lain kaya dan boleh memenuhi semua kehendak..
Betul kan..

Mereka yang kaya dan hidup mewah ada diantaranya mewarisi dari keluarga..
namun ada juga yang kaya dan hidup mewah dengan usaha kerja keras bekerja dan berniaga..
Pendek kata dalam dunia ni kalau nak kaya dan hidup mewah kena ada usaha..
bukan dengan cara menipu orang lain demi kesenangan diri sendiri.

Jika kita tidak menjadi kaya atau hidup mewah sekali pun...
cukuplah Allah beri kita rezeki tidak putus seperti air yang sentiasa mengalir..
Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba- Nya :)

23 September, 2020

Sayur kailan Yang Pahit Itu Adalah Khasiatnya

by on September 23, 2020

Sayur kailan Yang Pahit Itu Adalah Khasiatnya | Sayur kailan biasanya kita akan makan bila di kedai Tom Yam betul tak?Jarang-jarang masak di rumah sebab anak-anak tak suka kerana sayur kailan ini rasanya sedikit pahit. Nieyl sendiri pun jujur kata memang tak pernah lagi masak kailan dekat rumah selalunya akan order bila makan nasi dekat kedai TomYam je. 

Tahu tak sebenarnya sayur kailan yang kita kata pahit bila dimakan itu mempunyai khasiat yang baik untuk kesihatan badan kita. Antaranya kailan adalah sayuran yang mempunyai kadar nutrien yang tinggi kerana ia mengandungi banyak nutrien seperti beta karoten, vitamin k, vitamin c , lutein dan kalsium yang tinggi. Oleh yang demikian, kailan dapat berfungsi sebagai antioksidan semula jadi dan anti inflamasi untuk tubuh badan kita.

Kebaikan sayur kailan pada tubuh badan kita
  • Kurangkan risiko kanser
  • Kurangkan kolestrol
  • Sangat baik untuk wanita yang hamil
  • Membantu menjaga kesihatan kulit
  • Membantu mengurangkan berat badan
  • Membantu menjaga otak
  • Membantu mengurangkan risiko diabetes
  • Membantu merawat tulang dan gigi
  • Membantu mengelak sembelit
  • Elakkan Anemia
  • Membantu mengelakkan pembekuan darah
  • Membantu menjaga kesihatan mata

Banyakkan khasiat yang terkandung dalam sayur kailan ni, rugi kalau kita tak makan selalu sebab walaupun pahit ianya mampu mencegah penyakit-penyakit yang merbahaya. Jadi, lepas ini bolehlah kita pergi cari dekat pasar sayur kaitan ya, boleh masak kailan ikan masin..hehehe

Muka Atau Perangai Yang Perlu Diubah

by on September 23, 2020


Assalamualaikum dan salam sejahtera..
First of all nieyl nak say thank you kepada meraka yang rajin singgah membaca
dan tinggalkan komen..Insya'Allah nieyl akan cuba sedaya upaya membalas kunjungan kalian..

Hari ini nieyl tertarik nak share dengan korang tentang Muka atau Perangai yang perlu diubah..
Sebenarnya kita tidak perlu pun nak ubah muka yang buruk menjadi cantik ataupun kacak tetapi 
apa yang kita perlu ubah adalah sikap dan perangai kita sendiri.

Jika kita rasa kita ada sikap yang buruk, perangai yang buruk..berubahlah..
jika perangai itu baik , teruskan dan berikan contoh yang baik pada orang lain..

Bak kata pepatah
Biar buruk rupa, jangan buruk perangai...

#peringatan pada diri sendiri juga

22 September, 2020

Ada Apa Dalam Latok Yang Viral

by on September 22, 2020

Ada Apa Dalam Latok Yang Viral | Barang baik pastinya akan menjadi viral. Kali ini nieyl tertarik nak kongsi tentang Latok ataupun anggur laut yang boleh didapati di negeri Sabah. Namun, kini boleh didapati dimana-mana sahaja. Secara jujurnya nieyl teringin juga nak rasa sekali latok ini tapi belum ada masa yang sesuai lagi nak mencuba tetapi kawan-kawan ada yang telah mencuba mengatakan ianya sedap dan ada rasa masin-masin sikit. Ia di makan bersama sos yang disediakan.


 Kebaikan latok atau anggur laut
  • Menguatkan tulang dan sendi
  • Membantu menguatkan penglihatan dan jantung
  • Membantu mencegah hipertensi dan Diabetes
  • Membantu mencegah sembelit
  • Membantu mencegah goiter
  • Mencantikan kulit dan rambut
  • membantu mencegah Obesiti
  • Kuasa Fucoidan
Walaupun tiada sebarang kesan sampingan memakan latok atau anggur laut ini namun begitu , sama seperti makanan-makanan yang lain, pengambilannya perlu dalam kuantiti yang sederhana bagi memudaratkan di kemudian hari. Ingat tu tau!


Jangan Pernah Takut Untuk Gagal

by on September 22, 2020


Assalamulaikum dan salam sejahtera..
Mulakan setiap hari dengan semangat yang positif okay..

Setiap kita yang membaca ini, pastinya pernah merasai kegagalan..
tidak kira kegagalan dalam kerjaya, pelajaran, kehidupan mahupun dalam percintaan..
Mungkin kita tidak sedar bahawa kegagalan kita yang dahulu telah menjadikan kita yang sekarang..
Jadi, jangan sesekali berputus asa apabila hadapi kegagalan sebab dari kegagalan itu 
akan bawa kejayaan dengan USAHA.

 

21 September, 2020

Resepi Ayam Masak Sambal Serai

by on September 21, 2020


Resepi Ayam Masak Sambal Serai | Masakan berasaskan ayam adalah antara yang paling digemari penduduk di Malaysia dan salah seorangnya adalah tuan punya blog inilah. Boleh dikatakan seminggu sekali pastinya menu makanan akan ada masakan berasaskan ayam. Tapi sesekali itu rasa boring juga asyik masak masakan yang berulang kali. Korang pun sama kan? So, hari ini nieyl nak share dengan korang satu resepi di mana korang boleh gunakan untuk masak ayam ataupun ikan. Sebenarnya kalau masak ikan sungai lagi sedap tau.

Bahan-bahannya
  • Ayam  (digoreng terlebih dahulu)
  • Bawang merah (dikisar)
  • Bawang putih (dikisar)
  • Serai (dikisar)
  • Cili api (dikisar)
  • Cili Merah Besar (dikisar)
  • Air Asam Jawa
  • Gula
  • Garam

Cara-caranya
  1. Terlebih dahulu, gorengkan ayam separuh masak dan ketepikan
  2. Tumiskan semua bahan-bahan yang di kisar sehingga masak
  3. Masukkan gula, air asam jawa dan garam secukupnya.
  4. Dan last sekali, gaulkan bersama ayam yang telah digoreng tadi
  5. Sedaia untuk dimakan bersama nasi panas dan ulam.
** Kepada yang tidak makan pedas, boleh kurangkan cili api dan lebihkan cili merah besar


Selamat Mencuba!


 

Pujian dan Cacian

by on September 21, 2020


Assalamualaikum dan salam sejahtera
Semoga kita mulakan hari ini dengan senyuman dan semangat aura positif okay..

Siapa yang tidak suka dengan pujian, dan siapa pula yang suka dengan cacian..
betul tak? tetapi jangan sesekali kita terleka dengan pujian dan jangan kita down dengan cacian..
Yang dipuji jika tidak sedarkan diri akan hanyut dengan pujian..
Manakala yang dicaci jika diperbaiki Insya'Allah akan lebih berdiri teguh dan berjaya..







 

19 September, 2020

Kek Korea Viral

by on September 19, 2020

Kek Korea Viral | Apa yang menariknya kek ini sampai menjadi viral dikalangan rakyat Malaysia? korang mesti pernah nampak kek yang kecil molek ni lalu dekat timeline korang, rupanya kek ini menjadi popular di Korea Selatan kerana bersize kecil, comel dan menggunakan warna-warna pastel. 

Istimewanya berkaitan kek ini adalah hiasannya yang hanya menggunakan whipped cream berwarna kemudian disapu di atas kek dan beberapa lapisan sehingga menjadi corak yang cantik. Sekali pandang pun dah boleh jatuh cinta. Lepas ni bolehla korang buat special request bila nak tempah kek hehehe.





15 September, 2020

Mari Mengenali 5 Kata-Kata Yang Dekat Dengan Kehidupan Sehari Kita

by on September 15, 2020



Assalamualaikum
Setiap pagi kalau kita melihat dan membaca perkara yang baik...
Insya'Allah aura positif dapat diserapkan dalam diri kita..
Untuk hari ini, nieyl nak share 5 kata ataupun perkataan yang senonim dengan kehidupan kita..
pastinya semuanya perkataan di atas ini kita hadapi setiap hari..
Jadikan lah 5 perkataan di atas ini sebagai semangat untuk menjadikan diri kita lebih baik..


 

14 September, 2020

Resepi Nasi Hujan Panas Guna Beras Biasa

by on September 14, 2020

Resepi Nasi Hujan Panas Guna Beras Biasa | Ada yang cari resepi nasi hujan panas ke?Sekarang ini cuaca pun tidak menentu, selalu hujan tengah hari. Ha..sesuai sangatlah dengan resepi yang nieyl nak share hari ini dengan korang. Rata-rata yang membaca enrty ini hebat-hebat masak berbanding nieyl. Tapi tak apalah, hobi suka share apa yang nieyl suka masak dan yang penting mudah ataupun orang putih kata SIMPLE..


Terlebih dahulu, sebelum nieyl share bahan-bahan dan cara -cara nak memasak nasi hujan panas ni. Diingatkan bahawanya nieyl tak guna beras basmathi ya. Kalau korang memang dah ada di rumah beras basmathi tu bolehlah gunakan cuma nieyl tak ada, nieyl guna beras biasa sahaja.. boleh jadi ke?Insya'Allah awak pakai beras apa pun ianya tetap menjadi. Dan nieyl juga tak guna minyak sapi just guna butter sahaja.

Bahan-Bahan
  • Beras di basuh dan di toskan
  • Butter 
  • Bunga lawang
  • Bunga cengkih
  • Kayu manis
  • Buah pelaga
  • Bawang putih (ditumbuk)
  • Halia (dihiris)
  • Daun pandan
  • Bawang merah ( dihiris)
  • Air
  • Kuib ayam (serbuk pati ayam pun boleh)
  • Susu cair
  • garam
Cara-caranya
  1. Panaskan butter @ minyak sapi dalam kuali
  2. Tumis Bunga lawang, kayu manis, bunga cengkih, buah pelaga, bawang putih, halia , bawang merah, daun pandan sehingga naik bau
  3. Masukkan air dan kiub ayam , kacau rata dan masukkan beras yang di toskan di dalan kuali bersama bahan-bahan yang ditumis tadi, gaul biar rata
  4. Kemudian, pindahkan beras ke dalam periuk nasi dan masukkan air mengikut sukatan air seperti korang masak nasi dan jangan lupa secawan susu cair ke dalam beras tadi dan masak nasi seperti biasa.
  5. Setelah nasi kering, buat 6 lubang di atas permukaan nasi, dan setiap lubang masukkan pewarna MERAH, HIJAU ,KUNING dan tutup semula nasi biarkan ia masak sepenuhnya.
  6. Selepas nasi dah masak sepenuhnya, barulah korang gaulkan, gembur-gemburkan nasi tu biar warna-warna sekata. Ok dah siap!
Begitulah cara nieyl masak nasi hujan panas yang simple, walaupun guna beras biasa sahaja. Biasanya nasi hujan panas ini boleh dimakan bersama ayam masak merah, arca timun ataupun rendang daging dan lain-lain ikut kerajinan korang la...

Ok selamat mencuba!

 

12 September, 2020

Bawang Merah Menjadi Bahan Penting Dalam Masakan

by on September 12, 2020

Bawang Merah Menjadi Bahan Penting Dalam Masakan | Bawang merah semestinya menjadi salah satu bahan masakan yang wajib ada di dapur setiap rumah betul tak? ke ada yang tak ada bawang merah dekat dapur dia..Kalau orang yang rajin memasak semestinya bawang merah bahan yang wajib ada tapi kalau yang jarang-jarang masak pun setidak-tidaknya pasti ada selabu bawang merah dekat dapur tu. Kalau tak ada tu, mungkin rumah orang bujang-bujang kot kan.


Rumah nieyl terutamanya memang banyak menggunkan bawang merah terutamanya dalam masakan. Ha..kalau beli bawang merah tu dah serupa macam mat bangla beli bawang weh..hahaha.. Mak nieyl selalu pesan kalau kita nak memasak jangan kedekut bawang merah sebab bawang merah ini lah penyedap rasa masakan kita tu. 

Bawang merah sebelum inikan harga agak mahal jugalah sebenarnya kan. So, bulan lepas kalau tak silap nieyl kebetulan ke Aeon Big, tengok harga bawang merah RM1/kg weh,.. apa lagi terus beli 3 plastik untuk 1 month punya, rasanya total 3 plastik tu baru rm5 so, oklah boleh la jimat sikit perbelanjaan tu. 

Kalau tak ada sale pun, kebiasaannya memang nieyl akan beli 1 bundle bawang merah. Disebabkan nieyl dan mak nieyl memang rajin memasak dirumah jadi, mak nieyl akan kupas buang kulit bawang biasanya separuhlah dan nieyl akan kisar siap-siap untuk 2 minggu ataupun lebih. Begitu juga dengan bawang putih nieyl akan kisar siap-siap senang bila nak masak nanti tak perlu nak kupas, potong , kisar bagai. 


Contoh dalam gambar diatas ini, nieyl dah siap kisar bawang merah. Kalau korang tengok bawang merah tu nampak macam kasar-kasar sikitkan. Ok selepas nieyl kisar bawang merah selalulunya nieyl akan toskan dulu bawang kisar tu termasuklah bawang putih supaya air bawang tu tak banyak sangat bila kita masukkan dalam bekas, sebab kita tak nak bawang kita cepat rosak. So far, 2 bekas di atas biasanya untuk kegunaan 2-3 minggu. 

Siapa yang rajin kisar macam nieyl ni, kita geng..jimat masa untuk kita para isteri yang bekerjaya ni..

 

11 September, 2020

Halau Lalat Sehingga Rumah Terbakar

by on September 11, 2020

Halau Lalat Sehingga Rumah Terbakar | Terkejut bila baca tajuk artikel tu bila baca sepenuh artikel rupa-rupanya tuan rumah tidak menyedari bahawa ada kebocoran gas di dapur. Yalah kita ini kalau dah nak makan ataupun dirumah tiba-tiba lalat datang memang mengundang kemarahan. Mesti korang tertanya tuan rumah guna apa sampai rumah dia terbakar kan, dia guna alat pemukul lalat tu yang elektrik tu. Kang bila kita guna akan ada percikan api, so disebabkan percikan itulah plus dengan gas itu adalah punca rumah itu terbakar. Alhuakbar.. Nasib baik tuan rumah sempat melarikan diri walaupun ada sedekit luka. Kejadian ini berlaku di luar negara iaitu PERANCIS.

Walaupun ianya berlaku di luar negera, kita kena jadikan kejadian ini sebagai pengajaran untuk kita lebih berhati-hati ketika menggunakan alat pemukul lalat yang elektrik tu okay. Mungkin kita boleh menggunakan cara yang lebih selamat untuk menghalau lalat seperti perangkat lalat yang biasanya digunakan di kedai-kedai makan ataupun pelekat lalat yang tidak membahayakan.

Selain dari itu juga, korang boleh search petua-petua untuk menghalau lalat di google. Banyak blog-blog yang ada share. Mungkin boleh digunakan untuk menghalau lalat yang singgah di rumah korang nanti..


10 September, 2020

Allah Membenci Orang Ini

by on September 10, 2020

 


Assalamualaikum..

Sedikit perkongsian dikongsikan untuk peringatan pada diri sendiri dan kita yang membaca.
Setiap manusia dimuka bumi ini pastinya nak jadi yang terbaik dalam kehidupan dunia dan akhirat.
Mari kita selidik ciri-ciri orang yang Allah benci ini ada pada kita ataupun tidak.

#Orang jadzari iaitu orang yang sombong
#Jawaadz iaitu rakus lagi pelit
#suka tertiak di pasar (bertengkar berebut hak)
#bangkai di malam hari (tidur sampai pagi)
#keledai disiang hari ( kerana yang difikirkan hanya makan)
#pintar masalah dunia namun bodoh masalah akhirat

Sekiranya ada 1 or 2 ciri-ciri itu, marilah kita bersama-sama berubah ke arah yang lebih baik..
Tidak rugi menjadi yang lebih baik setiap hari.. 
kerana setiap hari adalah hari baru untuk kita.
Masih belum terlambat untuk kita berubah menjadi lebih baik.
Ayuh!


09 September, 2020

Resepi Ikan Siakap Masak Ala Thai

by on September 09, 2020

Resepi Ikan Siakap Masak Ala Thai | Hai-hai korang.. Assalamaulaikum..Apa khabar ? moga kalian yang membaca entry ni semuanya sihat selalu ok. Rasa lama tak update entry masakan. Disebabkan nieyl sekarang ni masih belum terima apa-apa berita dari pejabat untuk kembali bekerja seperti biasa. Jadi banyaklah masa untuk ke dapur dan buat beberapa aktiviti yang bermanfaat.

Untuk mereka yang baru sahaja terjumpa blog ini, masakan adalah salah satu content blog ni tetapi bukanlah masak masakan yang hebat-hebat. Nieyl suka share resepi yang simple-simple sahaja yang mana bahan-bahan dia memang sedia ada didalam rumah kita. Cuma diingatkan cara masakan kita dengan orang lain mungkin berbeza. So, resepi nieyl ni sesuai untuk mereka yang baru nak belajar memasak ataupun first time nak masak masakan pilihan korang.


Untuk kali ini nieyl nak share resepi ikan siakap masak ala thai gituu.. Sebenarnya masak ala thai ini lebih kurang sama sahaja dengan masakan 3 rasa cumanya kali ini nieyl gunakan sos ikan. Kalau korang nak tahu, sos ikan ini memberi satu rasa yang biasa kita makan di kedai seafood. Dan kalau ikutkan sos cili pun kita guna sos cili thau tetapi dekat rumah hanya ada sos cili sahaja, tak ada masalah, boleh juga di gunakan okay. Kita yang buat dia, jadi kita tak perlu nak membazir duit beli barang yang kita jarang-jarang guna. Ok let's do it


Bahan-Bahan
  • Ikan siakap
  • Halia (**)
  • Bawang Merah  (**)
  • Cili Api  (**)
  • Cili besar  (**)
  • Bawang putih  (**)
  • Sos tomato
  • Sos Cili Thai
  • Sos ikan
  • Air
  • Gula
(**)- dihiris

Cara-caranya
  1. Ikan siakap dilumur dengan kunyit dan tepung jagung dan goreng
  2. Tumiskan bahan dihiris sehingga naik bau
  3. Masukkan sos tomato, sos cili thai dan sos ikan
  4. Masukkan gula dan sedikit air untuk berkuah
  5. Kacau sehingga sedikit pekat dan kemudian tutup api dan boleh tuangkan kuah ke atas ikan siakap yang dah digoreng
  6. Korang juga boleh tambah daun ketumbah untuk lebih bau dan rasa Thai tu okay.

Selamat Mencuba!



04 September, 2020

Penceroboh telah dikenal pasti

by on September 04, 2020

Penceroboh telah dikenal pasti | Semalaman berfikir siapalah yang nakal sangat petik semua daun-daun pokok di taman nieyl. Kata mak nieyl pagi masa siram pokok elok sahaja ada daun bila petang tengok segala daun dekat pokok botak. Puas jugalah cari serpihan-serpihan daun yalah kalau budak - budak yang petik, mesti akan tinggal dekat bawah-bawah lantai tapi ini sangat clean cuma ada biji-biji hitam je.


Pokok ini asalnya banyak daun dia warna pink dan hijau daun keladi. Nama spesifik pokok ni nieyl tak tahu sangat. Cuba korang tengok apa dah jadi dengan daun-daun tu.


Biji-biji warna hitam tu cuba korang tengok dalam gambar atas. Lepas tu setiap tangkai kosong daun nya semua ditogelkan. aduhai.. Sakit betul hati ini, yela dah tanam elok-elok dalam pasu tiba-tiba jadi macam ni..aduh..

Pagi-pagi sebelum nieyl nak pergi kerja, mak nieyl panggil-pangil suruh datang tengok dekat luar. Dia kata dia dah dapat tangkap dah penceroboh yang rosakkan pokok.. Korang nak tahu tak siapa??


Inilah dia penceroboh yang pandai menyorokkan diri. Kerana dia inilah 2 pasu pokok habis ditogelkan hanya tinggal tangkai je. Actually, bukan seekor ya kawan-kawan dia bawa geng 3 ekor..Aduhai.. Patutlah tak dapat jumpa dia, dia menyorokkan diri di bawah daun, dah lah warnanya sama dengan daun mana lah nak nampak..bijak betul!