02 June, 2020

Hari Pertama Lapor Diri Setelah 5 bulan Menggangur

Hari Pertama Lapor Diri Setelah 5 bulan Menggangur | Assalamualaikum semua, hari ini nieyl baru sempat nak share dengan korang. Kepada yang wish di IG dan Fb tu terima kasih banyak-banyak walaupun ianya hanya sementara tapi ianya banyak membantu nieyl dan menggembirakan hati ini. Pada hujung tahun lepas nieyl dah tinggalkan tempat kerja nieyl yang banyak menabur bakti dan berbakti pada nieyl selama 10 tahun. Awal tahun 2020 merupakan lembaran baru untuk nieyl bergelar penggangur terhormat hahaha.. Dan rezeki Allah itu kita tak tahu kan, Alhamdulillah malam hari raya bekas boss nieyl call dan bagitahu yang pejabat lama nieyl dah dapat kelulusan untuk pengambilan PSH selama 3 bulan. 

Walaupun 3 bulan ianya sangat-sangat menggembirakan hati ini sebabnya setelah 10 tahun bekerja, tetiba berhenti dan sekarang masuk kerja semula walaupun sekejap. Kebetulan sangat semalam merupakan hari pertama lapor diri iaitu  tarikh yang sama 10 tahun yang lepas nieyl lapor diri juga semasa bekerja di jabatan xxx. Itulah dia namanya rezeki Allah yang sukar di duga..terima kasih Ya Allah..

16 comments:

  1. Selamat kembali bertugas... Semoga dpt jawatan tetap. Tahniah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih abam kie..InsyaÁllah sentiasa menunggu rezeki tu..

      Delete
  2. Alhamdulillah, semoga lepas ni dapat sandang jawatan tetap ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaÁllah terima kasih, setiap kata-kata itu satu doa..

      Delete
  3. SELAMAT HARI RAYA!!! Best entry ini :) done follow, follow me back.. thanks P6
    http://acuyuhan.blogspot.com/

    ReplyDelete
  4. alhamdulillah, selamat bekerja di tempat baru kak nieyl. ^^

    ReplyDelete
  5. alhamdulillah..tahniah nieyl..:)

    ReplyDelete
  6. alhamdulillah.. tahniah.. =)
    semoga dipermudahkan segala urusan..

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)