23 March, 2020

Hillside Cottage Hotel di Cameron Highland tanah rata

Hillside Cottage  di Cameron Highland tanah rata | Termenung sekejap alangkah bestnya kalau musim panas ni dapat lepak di Cameron Highland sambil menghirup udara yang segar serta pemandangan menghijau. Kalau korang ada plan nak bercuti di cameron highland meh nak share satu penginapan yang best dekat korang. Nieyl teringin nak menginap di Hillside Cottage ni sebab keadaan sekeliling dia yang hijau, nyaman serta macam berada di kampung-kampung gituu..

Selalu kalau pergi Cameron Highland kita biasa cari hotel-hotel untuk menginap kan, apa kata kali ni korang cuba menginap di Hillside Cottage. Hillside Cottage Cameron Highland merupakan hotel di Tanah Rata milik muslim. Lokasinya sangat strategik. Nak ke mana-mana boleh hanya dengan berjalan kaki.


Terdapat beberapa jenis bilik yang ditawarkan iaitu bilik Rafflesia, bilik Tulip (bilik keluarga) dan bilik studio pada harga yang sangat berpatutan. Kemudahan wifi turut telah di naik taraf untuk kepuasan para tetamu.


Apa yang menarik tentang Hillside Cottage ni ialah reka bentuk biliknya yang berasaskan kayu seperti rumah di kampung-kampung. Memang sangat instagrammable!!

Nak nak lagi kawasan cottage dikelilingi dengan keindahan alam semulajadi yang mendamaikan. Memang sengat sesuai bagi korang yang ingin mencari ketenangan dari kesibukan kerja di bandar.


Nak sambut anniversary ke birthday ke atapun suprise arrangement pun pihak cottage boleh buatkan. Malam tu kalau korang nak BBQ pun boleh cuma ada caj yang dikenakan tapi murah-murah sahaja. 


Hillside Cottage Resort
Tanah Rata, 39000 Tanah Rata, Pahang

Harga : RM110- RM200 semalam

7 comments:

  1. cantiknya Nieyl, kak ana suka kalau bercuti ke CH ni stay di tempat yang tak sesak macam ni.

    ReplyDelete
  2. serious cantik gila tmpt dye

    ReplyDelete
  3. lamanya tak g cameron..rindu plk rasa..:)

    ReplyDelete
  4. nice view tu dr beranda cottage tu

    ReplyDelete
  5. Menariknya. Dah lama juga tak ke CH, malas nak layan jem sana sini.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)