05 February, 2020

Roti Wholemeal Vs Roti Canadian Purple Wheat

Roti Wholemeal Vs Roti Canadian Purple Wheat | Dua jenis roti ni selalu menjadikan nieyl keliru tentang khasiatnya . Terutama sekali bila nak berdiet. nieyl selalu nampak kak mona beli Canadian Purple Wheat tu. Dia kata roti jenis ni lebih baik makan ketika diet. Meh kita tengok sejauh mana kebenarannya. 


Roti Wholemeal

Roti Wholemeal ialah roti gandum yang tinggi dengan serat makanan. Roti ini mampu membuat seseorang berasa kenyang dengan cepat. Ha bagi mereka yang ingin diet tapi tak nak tinggalkan roti, jangan risau kini di pasaran terdapat dua jenis roti keluaran Gardenia yang boleh korang beli iaitu roti wholemeal with sunflower seeds biasanya paket berwarna hijau ataupun Roti Wholegrain with canadian purple Wheat paket berwarna ungu.

Tapi yang mana lebih baik?

Meh nak share, kalau ikut ranking sudah pastinya roti putih biasa berada di tangga yang terbawah sekali, diikuti dengan wholemeal with sunflower seeds dan tempat pertama adalah Wholegrain with canadian purple Wheat. 

Pesanan kepada yang nak diet

Untuk yang nak diet , korang perlu menjaga kalori pemakanan. Selain itu, makanan yang tinggi seratnya boleh membantu proses penghadaman dan mengelakkan sembelit dan baik untuk diet juga. Makanan yang baik untuk diet perlu tinggi dengan vitamin. Sebagai contoh, Canadian Purple Wheat mempunyai lebih tinggi seratnya serta kalori yang rendah. Jadi , ianya lebih sesuai untuk korang yang nak diet tu okay. 

Pernah nampak tak di bungkusan roti gardenia ada tulis G.I  Value? G.I Value itu adalah ukuran relatif bagaimana sesuatu jenis makanan yang mengandungi karbohidrat memberi kesan terhadap gula dalam darah. Lebih tinggi nilai G.I , bermakna ianya lebih pantas makanan diproses dalam badan menjadi kalori dan kandungan gula akan meningkat dengan cepat. 


Yang nak diet tu, moga info ni membantu korang untuk memilih roti dengan tepat dan betul. Semoga kita sentiasa menjalankan kehidupan yang sihat dan jangan lupa amalkan pemakanan yang sihat juga,



9 comments:

  1. Akak memang makan roti wholemeal yang kaler pepel tu...kadang bising mak abah akak sebab depa x suka kan..hehehehe

    ReplyDelete
  2. baru tahu khasiatnya.. selalu dok tengok kawan-kawan share je..

    ReplyDelete
  3. tahu makan je, tak tahu pula pasal gi value tu..hehe ♕Tiara Sapphire♕

    ReplyDelete
  4. true true. selalunya yang kite x suke tu la yg elok utk kite.

    ReplyDelete
  5. Ok faham dah beza 2 roti tu. Tq for sharing nieyl.

    ReplyDelete
  6. pernah try yg wholemeal tu..but yg purple tu x pernah lagi...emmmm...

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)