25 February, 2020

Resepi Siput Sedut Masak Lemak Cili Api Yang Sedap

Siput Sedut Masak Lemak Cili Api Yang Sedap | Sejak tak bekerja ni setiap kali bangun tidur pagi mesti fikir nak masak apa hari ya..Walaupun tengah hari yang nak makannya nieyl sorang je, husband kerja dan mak nieyl pula ada di rumah kakak nieyl tapi itu la tetap juga nak memasak. Last week nieyl pergi pasar pagi, actually tak plan pun nak beli apa bila dah sampai sana terus nampak siput. Dalam hati pula berkata dah lama tak makan siput sedut masak lemak cili api, terus beli sebungkus RM12

Gigih i uolls potong hujung siput tu nasib baiklah sebungkus je beli, kalau beli lebih memang krem pinggang duduk bawah, kalau berdiri kaki yang krem la..hehehe..tapi bila makan sedap je kan..


Bahan- bahan 
  • Siput sedut 
  • Bawang putih
  • Bawang besar
  • Cili api
  • Serai
  • Asam keping
  • Daun kunyit
  • Serbuk kunyit
  • Santan
  • Garam dan secukup rasa
Cara-caranya
  1. Bawang putih, bawang besar, cili api dikisar
  2. Panaskan periuk /kuali dengan minyak sedikit
  3. Tumis bahan yang dikisar bersama serai (diketuk)
  4. Masukkan siput sedut, bersama santan dan sedikit air
  5. Kemudian masukkan daun kunyit, serbuk kunyit , garam dan asam keping
  6. Kacau-kacau sehingga masak dan boleh hidangkan,,makan dengan nasi panas sedapnya..



2 comments:

  1. perghhhh sedap ni. feeling sedut tu yg bestnya. haha

    ReplyDelete
  2. part potong punggung dia tu memang bercinta.. kikiki.. part makan laju je..

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)