28 February, 2020

Berhenti mengejar apa yang bukan milik kita

by on February 28, 2020

Assalamualaikum...salam jumaat..
eh...jumaat dah..eee..pantasnya masa ni Ya Allah...
Dalam hidup ni kalau minta kita listkan apa yang kita nak..
rasanya list tu sepanjang kereta api kot kan..
Tapi tak salah kalau kita ada impian, cita-cita, ada perancangan, 
cuma setiap perancangan kita tu hanyalah sekadar perancangan
sebab perancangan Allah itu lebih baik..

Kadang-kadang kita terkejar nakkan sesuatu..
tapi tak dapat sebab Allah ada perancangan yang lebih baik dari itu..
Contohnya, zuriat..
Setiap wanita yang berkahwin dan bergelar isteri pasti nak menjadi seorang ibu..
seusaha mana pun kita, sesubur mana pun kita suami ataupun isteri..
Jika Allah kata belum rezeki kita, maka ianya tidak akan menjadi milik kita..

Kepada yang baca entry nieyl ni..
Nieyl doakan kalian semua Allah permudahkan segala urusan
dan Allah makbulkan setiap hajat yang korang hajati...
yang penting sentiasa YAKIN dengan Perancangan Allah...


27 February, 2020

Haul Eco Shop by Nieyl #1

by on February 27, 2020
Haul Eco Shop by Nieyl #1 | Kedai Eco adalah kedai berhantu, kalau masuk jarang sekali tak bawa barang keluar. Betul tak?Kedai eco selalunya menjadi tempat terapi nieyl bila boring ataupun tengah sedih. Kebiasaannya kalau nak pergi kedai eco ni nieyl lebih suka pergi sorang-sorang,husband jarang ikut sebabnya nieyl boleh habiskan masa dalam kedai eco lebih 3 jam, lepas tu keluar berplastik-plastik uolls..


Entry haul ni nieyl buat just nak share dengan korang apa barang yang nieyl beli selama berjam-jam dalam kedai eco tu dan juga kegunaannya sekali. Manalah tahu boleh beri idea dekat korang juga nanti kan.


Kain bulu ni nieyl beli dua warna pink dan putih untuk nieyl gunakan sebagai base photoshoot product, size dia tak besar manapun dalam A3 size. Selain tu korang boleh gunakan untuk deco meja make up korang. 


Barang yang kedua nieyl beli adalah sikat flamingo, actually kan tak ada keperluan pun sebenarnya beli sikat ni, cumanya nieyl suka warna pink dan black flamingo tu je..hahaha..


Ketiga nieyl beli pasu bunga yang comel ni, beli sebab nieyl memang plan nak tanam pokok hijau untuk letak dalam bilik air, dapur dan luar tempat bersantai. Nanti bila nieyl dah buat, nieyl tunjukkan okay...


Ha..ini mesti korang tahu apa kan..magic sponge ni memang betul2 magic okay. Nieyl dah cuba bersihkan dinding bilik air, tak perlu sabun pun hanya basahkan sikit dan terus gosok dekat dinding tu..bersih seperti baru uolss. Terus nieyl listkan magic sponge ni item yang wajib nieyl beli setiap bulan. 


Kalau pergi kedai eco ni paling popular bakul-bakul dia yang cantik dan banyak pilihan warna dan bentuk. Salah satu yang nieyl beli bakul dalam gambar di atas ni, actually beli sebab nak letak barang-barang make up harian. Habit nieyl kalau nak make up , memang akan habiskan masa di ruang tamu, sebab di ruang tamu tu ada cermin yang panjang dan besar..jadi, bila barang make up dalam bakul tu, senang la dah  siap make up bawa bakul masuk dalam bilik. 


headband biasanya orang yang ada anak yang suka beli kan, tapi nieyl pun suka beli, kalau pergi kedai eco tu wajib beli 1 headband. Kali ni nieyl beli warna pink pula sebab tema shopping nieyl pink time tu hehehe..


Ok korang, rasanya sebelum ni pun nieyl pernah share item ni dan keberkesanan barang ni. Kalau nak tengok, boleh klik sini okay. 


flamingo lagi?ya lah sebab masa tu nieyl rasa yang cantik dan sesuai letak dekat depan bilik air yang ini saja, yang lain tu biasa-biasa je. So, nak nampak lebih cantik tu nieyl cari yang ada kehijauan sikit baru nampak ceria. 


Dah lama nak beli glass Self adhesive foil ni, cuba beli satu dulu nak cantikkan peti sejuk dan rak cermin dalam bilik air la kononnya tapi tak start lagi nak buat. Nanti dah siap, nieyl tunjuk ya hasilnya..

Sementara belum start kerja ni, nieyl memang banyak habiskan duit dan habiskan masa dekat rumah.Jadinya entry nieyl sebulan ni korang akan baca pasal masakan dan rutin harian nieyl. hehehe Oklah nanti nieyl share lagi dalam entry lain okay...bye...

Allah tahu kita berhak dapat yang lebih baik

by on February 27, 2020


Assalamualaikum dan selamat pagi
Dah breakfast belum ni?Jangan pula breakfast ok..
Dalam hidup ini macam-macam perasaan yang kita akan lalui..
ada sedih, gembira, tertekan dan lain-lain..

Baru-baru ni nieyl sendiri melalui perasaan yang agak sedih, kecewa dan down..
perkara yang kita harapkan, yang kita rasa kita dah buat yang terbaik..
tapi last kita gagal juga..memang memberi tamparan yang hebat dalam hidup..
nieyl gagal dalam interview SPA hari tu..
10 tahun nieyl tunggu untuk dapat peluang tu..
nieyl gunakan pengalaman 10 tahun dalam perkhidmatan awam..
masih lagi gagal, itu tandanya belum tiba rezeki nieyl lagi..

Bila kita kecewa, sedih dan down...
untuk berfikiran positif semula, memang mengambil masa sedikit..
Tapi Alhamdulillah, Allah permudahkan proses pemulihan semangat nieyl tu..
Allah lebih tahu apa yang kita perlukan dan apa yang lebih baik untuk kita..
Sebab tu nieyl redha dan bangkit untuk berusaha lagi..



25 February, 2020

Resepi Siput Sedut Masak Lemak Cili Api Yang Sedap

by on February 25, 2020
Siput Sedut Masak Lemak Cili Api Yang Sedap | Sejak tak bekerja ni setiap kali bangun tidur pagi mesti fikir nak masak apa hari ya..Walaupun tengah hari yang nak makannya nieyl sorang je, husband kerja dan mak nieyl pula ada di rumah kakak nieyl tapi itu la tetap juga nak memasak. Last week nieyl pergi pasar pagi, actually tak plan pun nak beli apa bila dah sampai sana terus nampak siput. Dalam hati pula berkata dah lama tak makan siput sedut masak lemak cili api, terus beli sebungkus RM12

Gigih i uolls potong hujung siput tu nasib baiklah sebungkus je beli, kalau beli lebih memang krem pinggang duduk bawah, kalau berdiri kaki yang krem la..hehehe..tapi bila makan sedap je kan..


Bahan- bahan 
  • Siput sedut 
  • Bawang putih
  • Bawang besar
  • Cili api
  • Serai
  • Asam keping
  • Daun kunyit
  • Serbuk kunyit
  • Santan
  • Garam dan secukup rasa
Cara-caranya
  1. Bawang putih, bawang besar, cili api dikisar
  2. Panaskan periuk /kuali dengan minyak sedikit
  3. Tumis bahan yang dikisar bersama serai (diketuk)
  4. Masukkan siput sedut, bersama santan dan sedikit air
  5. Kemudian masukkan daun kunyit, serbuk kunyit , garam dan asam keping
  6. Kacau-kacau sehingga masak dan boleh hidangkan,,makan dengan nasi panas sedapnya..



Belajar untuk hargai orang lain

by on February 25, 2020

Assalamualaikum...Selamat pagi..
Dalam hidup ini kan, selain kita kena sayang diri kita sendiri..
Kita juga sebenarnya kena sayang orang yang berada di keliling kita..
Termasuklah family kita, kawan-kawan kita..

Kawan-kawan pun bukanlah sayang bermakna nak kena whatsapp everyday..
dan bukan juga kita cari waktu kita susah sahaja ok..

Sejujurnya kan nieyl jenis yang ingat kawan ok..
Tapi selalunya kawan akan lupa nieyl..hehehe..
i dont know why...
Tapi tak kisahlah semua tu yang penting..
hargai sesiapa sahaja yang singgah dalam kehidupan kita..
walaupun seorang pengemis...igt tu okay 



21 February, 2020

Wanted : A New Blog List for March-July 2020

by on February 21, 2020
Klik Banner Untuk Join Sama

Cik anis kita ni minta share tentang makanan kegemaran..

Makanan kegemaran ni simple je oulls, nieyl suka makan ayam
tak kisah ayam masak apa pun, asalkan ada ayam..
kalau atas meja ada ikan, daging dan ayam..
Ayam akan menjadi pilihan pertama..hehehe


Shower Scrub Ginvera World SPA Wangian berpanjangan

by on February 21, 2020
Shower Scrub Ginvera World SPA Wangian berpanjangan | Ada sesetengah orang suka mandi guna sabun mandi yang jenis ketul tu, dulu-dulu masa kecil nieyl pun guna juga sabun mandi ketul tu, sebab itu je pun yang ada dalam rumah. Bila dah mula bekerja, nieyl guna pula jenis gel sampailah ke hari ini sebab suka mandi buih banyak macam lah dekat rumah tu ada jakuzi tub hahaha..

Baru-baru ni nieyl ada singgah dekat watsons nak beli beberapa barang personal, lepas tu husband nieyl tunjukkan shower scrub Ginvera ni, actually masa nieyl masih bekerja dulu kalau pergi watsons takkan miss survey bahagian mandian. Husband nieyl kata nak try shower scrub ni, nieyl pun ok jela kiteorang berdua lama gila kot dekat bahagian tu sebabnya buka satu persatu tutup shower scrub ni sebab nak pilih bauan yang sedap dan wangi. And last husband pilih Swiss Alpine Rose dan Japanese Volcanc Ash Bamboo Salt. Beli dua sebab masa tu ada sale belian kedua dapat harga lebih murah. 


Sebelum ni kita tahu yang scrub tak boleh hari-hari sebab akan menipiskan kulit tetapi shower scrub ginvera korang boleh gunakan setiap hari. Nieyl dah pun cuba guna Japanese tu bau dia sangat sedap walaupun dah keluar dari bilik mandi pun badan korang masih lagi bau wangi shower scrub tu.. Jadi, husband nieyl kata lepas ni kita buat stok shower srcub ni je dekat rumah. Sangat berbaloi sebotol tu berat dia 750g, boleh tahan lebih sebulan bergantung cara korang guna juga la. 

Ok itu je nieyl nak share barang baru yang nieyl juga..see next entry...bye..

19 February, 2020

Dinner Pagar Tepi Austin Steak House Bangi

by on February 19, 2020
Austin Steak House Bangi | Bila dah hujung bulan Januari biasanya nieyl akan fikir nak ajak husband dinner dekat mana. 28 Januari merupakan hari jadi husband nieyl , jadinya sehari sebelum tu memang dah ajak dia pergi Bangi, nak makan western la kononnya. Ada beberapa restoran yang nieyl dah aim nak pergi malam tu, gigih keluar awal dari rumah tapi sayangnya semua kedai western yang nieyl nak pergi tu, tutup ,kecewa betul.

Jadi, nak tak nak perut dah berbunyi nak makan jadi pusing la dekat seksyen 7 tu cari kedai western. Kebetulan nampak kedai Austin Steak House , terus cari parkir dan masuk terus order makanan..hehehe..

Kalau korang tengok gambar nieyl ni kelam je ni sebab effect lampu restoran ni memang suasana romantik , kalau makan tu rasa macam nak tertidur..hehehe.. Menu seperti biasalah Chicken Chop dan Lamb Chop..itu memang menu western yang cepat dan kenyang. 









Atas ni adalah gambar kek yang nieyl buat sendiri untuk husband nieyl. Tahun ni tak sebab nak prepare yang lebih meriah sebabnya bajet tak berapa nak ada, baru berhenti kerja kan..hehehe.. Nieyl buat kek span butter dan taburkan oreo atas dia..Kalau dekat gambar ni nampak macam cheeses cake kan..hehehehe... 

" happy birthday husband, semoga dipanjangkan umur,
dimurahkan rezeki, sentiasa diberikan kesihatan yang baik,
semoga tahun 2020 ini akan ada berita gembira utk kita berdua..
Amin..Insya'Allah...love u " 



07 February, 2020

Before Doing Anyting

by on February 07, 2020

Assalamualaikum...
Salam jumaat dari nieyl...
Ha..suka la tu dah hari jumaat ya...
esok lusa cuti yeay...

Kata-kata di atas ni cukup terkesan untuk diri ini...
semuanya yang di tulis tu, betul kan..
Apa-apa pun sebelum kita buat apa-apa..
kita kena fikir dulu...supaya selepas kita buat sesuatu kita tidak akan menyesal..

06 February, 2020

Dalil, Lafaz,Kelebihan Puasa Isnin Dan Khamis

by on February 06, 2020


Assalamualaikum...
Rasanya baru je nieyl post surat pada Monday..
hari ni dah thursday..begitu cepat masa berlalu kan..
Ada sesiapa yang puasa sunat khamis hari ni?
Selamat berpuasa dan selamat berbuka nanti..

Pagi ni nieyl share sedikik ilmu yang mungkin boleh kita amalkan..
Mungkin sebelum ini kita hanya tahu niat /lafaz puasa sunat isnin dan khamis
dan sedikit kelebihan asas puasa tersebut.

Pagi ni nieyl share 3 kelebihan puasa sunat isnin dan khamis yang mungkin kita dah tahu
atau kita belum tahu, tak apa..sama-sama kita ambil ilmu okay..


05 February, 2020

Lovingly signed hk | Personalised baby gift

by on February 05, 2020
Personalised baby gift by LOVINGLY SIGNED | Bila ada berita kelahiran sahaja mesti perkara pertama yang difikirkan adalah nak beri apa sebagai hadiah kan? Tidak kira rakan sekerja, kawan-kawan sekolah mahupun saudara mara. Kalau sebelum-sebelum ni , kita akan pilih untuk berikan hamper sebagai hadiah. Hampers di pasaran kalau kita tengok , lebih kurang sama sahaja. Dalam hampers mesti akan ada barang keperluan baby, mandian baby dan juga set baju baby mengikut jantina.

Mesti kita dah boring dengan hamper yang ada dipasaraya kan, meh nieyl nak share satu online shop yang paling best untuk beli hamper yang lain dari yang ada dipasaraya, ha...percaya ke tidak?kalau tak percaya jom klik-klik LOVINGLY SIGNED. Korang boleh dapatkan baby gift di Lovingly Signed Hong Kong.


Lovingly Signed?

Lovingly Signed mengeluarkan produk bayi yang paling cantik dari seluruh dunia, ianya boleh di-personalises barangan tersebut dengan nama pilihan anda, dibungkuskan dengan penuh kasih sayang dalam signature gift boxes dan delivery terus ke pintu anda. From Singapore with Loveee Lovingly Signed membawa bersama teknologi terkini, inovasi dan reka bentuk untuk mencipta hadiah yang paling indah hanya untuk anda, dengan perkhidmatan pelanggan yang luar biasa untuk dipadankan. Kini bukan sahaja di Singapore malah ia kini di jual di Hong Kong juga. 

Gift Hampers

Wow!bila klik je website https://lovinglysigned.hk/ ni rasa terus nak pengsan sebab semua barangan dan hampers dia sangat comel, geram nieyl tengok lagi-lagi warna pink tu. Rasa kalau kaya nak beli semua hampers dalam website tu. 


PERSONALISED BABY GIRL WELCOME GIFT SET


Set ini mengandungi 3 produk seperti berikut:-

  • Pink Gingham Robe Size: 0-6 months. Fabric: 100% Cotton Towelling. Machine washable at 40 degrees. 
  • Cotton Baby Grow Size: 0-3 months. 100% Cotton. Machine washable at 40 degrees. 
  • Cotton Pink Cellular Blanket Size: 70 x 90cm. Pink Fabric: 100% Cotton. Machine washable at 40 degrees. 
  • Pink JellyCat Bunny Suitable from birth upwards.

PERSONALISED MAGIC BUNNY GIFT SET


Set ini mengandungi 2 produk seperti berikut:-
  •  selimut tebal : 90 x90 cm
  • The Magic Bunny : 15 cm 


HOSPITAL TO HOME



Set ini mengandungi 3 produk seperti berikut:-
  • Soft Grey Cotton Cellular Blanket Size: 70 x 90cm. Fabric: 100% Cotton. 
  • Cream Bunny Comforter Suitable from birth onwards. 
  • Grey Bunny Suitable from birth onwards.

Yang nieyl share ini hanya sebahagian je tau, banyak lagi hamper - gamper yang cantik dan comel-comel di website lovingly signed tu, korang boleh pilih mengikut kesukaan korang.

Selain dari itu, kita boleh  personalized nama di setiap produk ( dalam 8 - 12 huruf mengikut spesifikasi produk) dan oleh pilih warna untuk nama yang di sulam di atas produk mengikut kesesuaian dan citarasa kita dan yang paling best  setiap produk di bungkus cantik di dalam Signature Lovingly Signed gift box. Best kan? so, sangat rugi tak beli dekat website tu. Nieyl pula rasa teringin nak beli untuk diri sendiri.

Cara Membuat Pembayaran dan Penghantaran

Penghantaran adalah Percuma dari Caj untuk semua tempahan yang akan dihantar di Hong Kong dan mengambil purata antara 2 hingga 3 hari bekerja.

Pembayaran Anda pada kad kredit atau resit PayPal akan muncul sebagai caj yang Dibawah Lovingly Signed. Lovingly Signed Limited menggunakan Braintree dan PayPal untuk mengambil pembayaran. Braintree adalah pintu masuk pembayaran yang dimiliki oleh PayPal. Braintree adalah platform pembayaran penuh yang membolehkan fleksibiliti menggunakan pembayaran melalui Visa / MasterCard dan PayPal .

Lovingly Signed menggunakan langkah-langkah keselamatan terkini untuk melindungi maklumat anda apabila anda berbelanja dengan kami. Semua pembayaran dikumpulkan dan diproses oleh pembekal Braintree dan PayPal kami yang selamat. Kami tidak melihat atau menyimpan nombor kad kredit anda sebelum ini.




FACEBOOK : Lovingly Signed 
INSTAGRAM : Lovingly Signed 

Roti Wholemeal Vs Roti Canadian Purple Wheat

by on February 05, 2020
Roti Wholemeal Vs Roti Canadian Purple Wheat | Dua jenis roti ni selalu menjadikan nieyl keliru tentang khasiatnya . Terutama sekali bila nak berdiet. nieyl selalu nampak kak mona beli Canadian Purple Wheat tu. Dia kata roti jenis ni lebih baik makan ketika diet. Meh kita tengok sejauh mana kebenarannya. 


Roti Wholemeal

Roti Wholemeal ialah roti gandum yang tinggi dengan serat makanan. Roti ini mampu membuat seseorang berasa kenyang dengan cepat. Ha bagi mereka yang ingin diet tapi tak nak tinggalkan roti, jangan risau kini di pasaran terdapat dua jenis roti keluaran Gardenia yang boleh korang beli iaitu roti wholemeal with sunflower seeds biasanya paket berwarna hijau ataupun Roti Wholegrain with canadian purple Wheat paket berwarna ungu.

Tapi yang mana lebih baik?

Meh nak share, kalau ikut ranking sudah pastinya roti putih biasa berada di tangga yang terbawah sekali, diikuti dengan wholemeal with sunflower seeds dan tempat pertama adalah Wholegrain with canadian purple Wheat. 

Pesanan kepada yang nak diet

Untuk yang nak diet , korang perlu menjaga kalori pemakanan. Selain itu, makanan yang tinggi seratnya boleh membantu proses penghadaman dan mengelakkan sembelit dan baik untuk diet juga. Makanan yang baik untuk diet perlu tinggi dengan vitamin. Sebagai contoh, Canadian Purple Wheat mempunyai lebih tinggi seratnya serta kalori yang rendah. Jadi , ianya lebih sesuai untuk korang yang nak diet tu okay. 

Pernah nampak tak di bungkusan roti gardenia ada tulis G.I  Value? G.I Value itu adalah ukuran relatif bagaimana sesuatu jenis makanan yang mengandungi karbohidrat memberi kesan terhadap gula dalam darah. Lebih tinggi nilai G.I , bermakna ianya lebih pantas makanan diproses dalam badan menjadi kalori dan kandungan gula akan meningkat dengan cepat. 


Yang nak diet tu, moga info ni membantu korang untuk memilih roti dengan tepat dan betul. Semoga kita sentiasa menjalankan kehidupan yang sihat dan jangan lupa amalkan pemakanan yang sihat juga,



Dato' Sri Siti Nurhaliza - Terang (Official Music Video)

by on February 05, 2020

Jika muram duka
Yang datang melanda
Mendung bukanlah pengakhir
Segala-galanya
Senyumlah sayangku
Besarkan hatimu
Jangan biarkan secalit
Lara mengganggumu
Bangkit serta percaya
Keindahan menunggu
Bintangkan bersinar
Walau gelap datang
Ditepat pada waktunya
Matahari ada tetap
Terang dan ceria
Jadi janganlah kau
Diam saja wahai oh sayang
Intan payungku percayalah
Hari esok pasti indah
Selingan yang indah
Di balik gelisah
Jadi penawar nan resah
Di hati yang gundah
Bangkit serta percaya
Keindahan menunggu
Bintangkan bersinar
Walau gelap datang
Ditepat pada waktunya
Matahari ada tetap
Terang dan ceria
Jadi janganlah kau
Diam saja wahai oh sayang
Intan payungku percayalah
Hari esok pasti indah
Andai badai datang singgah
Dekaplah

04 February, 2020

Kanafeh Pencuci Mulut Dari Negara Timur Tengah

by on February 04, 2020
Kanafeh Pencuci Mulut Dari Negara Timur Tengah | Kanafeh ataupun lebih dikenali di Malaysia ni dengan nama kunafa merupakan hidangan penutup tradisional Timur Tengah yang dibuat dengan pastri seperti mi nipis, atau adunan semolina halus, manis, gula berasaskan gula, dan biasanya berlapis dengan keju, atau dengan bahan-bahan lain seperti krim atau kacang. Ia popular di dunia Arab, terutamanya Levant dan Mesir,terutamanya di kalangan rakyat Palestin. Di samping itu, variasi ditemui di Turki, Greece serta di Kaukasus Selatan.


First time nieyl nampak makanan ni di IG story kawan nieyl dan nieyl tanya dia apa benda tu, dia kata tu Kunafa makanan dari timur tengah. Jadi kita pun google sebab nak tahu apa itu kunafa. Sebenarnya dah viral pun tengah kunafa ni , siap di sharekan lagi resepinya masalahnya siapa yang rajin tu boleh la cuba buat, nieyl belum berkesempatan lagi nak membuatnya..

Ok nieyl share resepi kanafeh yang viral tu di bawah ok..selamat mencuba..

Bahan-bahan yang digunakan:-

  • 500gm doh kanafeh segera (blh beli di kedai bakery atau shopee
  • Keju cheddar secukupnya
  • 200gm keju mozzarella
  • 250gm krim keju
  • 1/2 tin susu pekat
  • 50gm gula aising
  • 1 sudu kecil vanila
  • 70gm mentega
  • 1 biji kuning telur
  • Adunan krim keju
Cara-caranya 

  1. Campurkan krim keju, susu, gula, mentega dan pukul halus
  2. Masukkan kuning telur serta vanila dan pukul lagi
  3. Sapukan sedikit mentega pada loyang dan doh kanafeh
  4. Taburkan separuh doh kanafeh pada loyang dan kemudian masukkan adunan krim yang telah dipukul tadi dan taburkan keju cheddar dan mozzarella.
  5. Tutup krim keju dengan sisa doh kanafeh tadi dan bakar selama 15-20 mini sehingga kekuningan
  6. Bila adunan dah masak, jangan biarkan terlalu sejuk diluar. Seeloknya dihidang dan dimakan panas-panas serta rangup kerana keju yang ada di dalam akan meleleh dan cair didalam mulut.
Dan korang boleh je google resepi dan vidoe ni di youtube okay....!


kredit : Group Facebook Masak Apa Hari Ini( owner Maslena Alwi )

DIY Frame Hadiah Untuk Teman Sekerja

by on February 04, 2020
DIY Frame Hadiah Untuk Teman Sekerja | Bukan mudah untuk mencari seorang sahabat dan rakan baik , tetapi nak mencari musuh sekelip mata sahaja. Persahabatan yang terjalin atas dasar kepercayaan dan bertolak ansur. Kalau dua perkara ini tak ada, lupakan tentang persahabatan. Nieyl bersyukur sangat , Allah sentiasa kurniakan nieyl sahabat-sahabat yang baik-baik dan sentiasa ada ketika nieyl memerlukan. 

Yang mana rapat dengan nieyl, mungkin tahu nieyl memang suka buat benda-benda yang DIY ni. Masa nieyl berhenti kerja baru ni, ramai yang berikan hadiah pada nieyl terutama mereka berdua ni yang rapat dengan nieyl masa bekerja di jabatan lama. Jadi, nieyl nak hadiahkan sesuatu yang lain dari yang lain dan hasil semua dari DIY nieyl. Tanda keikhlasan nieyl pada mereka berdua. 


Gambar di atas ini yang dah siap 


Antara bahan-bahan yang nieyl gunakan semuanya korang boleh dapatkan di kedai-kedai berhantu hehehe..mana lagi kalau bukan kedai Eco, kedai Mr. Diy dan Daiso. 


Klip kertas ni nieyl beli di Mr. Diy masa tu nieyl pergi cari buku catatan. Asalnya nak guna klip ni untuk DIY diari nieyl , tapi bila dah sampai rumah, klip tu nieyl jadikan salah satu deco untuk frame hadiah nieyk tu. Nieyl beli pun sebab dia terlalu comel gambar kucing.


Butterfly ataupun rama-rama memang sinonim dengan nieyl.Tengok header blog dan watermark blog pun mesti ada butterfly. Yang ni nieyl beli dekat Kedai Eco harga dia RM2.10 , ada 4 butterfly size besar dan 6 butterfly size kecil. Comelkan..geram sangat.


Untuk photo polaroid ni korang boleh je buat sendiri tapi nieyl malas nak buat sebab nak kena beli kertas gambar. Kebetulan weekend aritu nieyl pergi Alamanda, so..nieyl gunakan khidmat mesin photo pica untuk print gambar-gambar ni.  Harga dia 2 keping RM10 . 1 keping boleh letak 2 keping gambar seperti nieyl ni. 


Gam Uhu dan frame gambar ni nieyl beli dekat kedai Eco. Biasalah dekat kedai eco ni apa je yang tak ada kan. Untuk frame sebenarnya banyak je lagi pilihan, nieyl pilih yang ini sebab nieyl boleh deco keliling frame tu sebab dia rata. 


Sticker-sticker macam ni sebenarnya korang boleh beli dekat banyak kedai cuma masa ni nieyl pergi IOI city mall jadi, terus singgah dekat Daiso. Banyak pilihan dekat Daiso tu, rambang mata nieyl nak pilih. Last-last pilih yang ini sebabnya dalam satu page ni huruf dia ada lebih dari satu. Jadi, lebih sesuai dengan apa yang nieyl nak buat. Harga nieyl lupaaa...sorry..


Masking tape ini nieyl beli dekat Daiso juga. Banyak corak dan warna tapi biasalah nieyl suka yang comel-comel jadi pilih love dan warna pink la..hehehe..betul korang, cantik sangat..rasa macam nak buat collection je masking tape ni...tapi membazir pulak sebab nanti tak pakai 


Comel tak?benda yang comel-comel ni korang boleh dapatkan di kedai S&J. Dekat situ banyak sangat pilihan yang korang boleh pilih, ada makanan, ada love, ada haiwan dan macam -macam lagi.


Ok nieyl zoom sikit frame yang dah siap di deco..


Simple tapi ianya sangat berharga sebab DIY sendiri dan ikhlas dari hati


Sekarang ni 2 frame ni dah pun selamat sampai ke tangan mereka berdua. Nieyl hantar pun guna orang tengah, surprise la orang kata. Alhamdulillah, dieorang bagi feedback yang bagus dan cakap cantik dan comel..hahahaha..tengoklah tuan dia hahahaha... semoga persahabatan kita kekal sampai bila-bila...Amin...

03 February, 2020

Surat Untuk Monday

by on February 03, 2020

Assalamualaikum...
Hari ini dah isnin, dah masuk bulan feb..
Lagi 2 bulan setengah kita nak sambut kedatangan bulan ramadhan kan..
wah..masa kini pantas berlalu..Tapi kenapa ISNIN selalu lambat nak berlalu ke Jumaat?
hehehe..Happy working semua...
Semoga hari isnin ni menjadi permulaan hari yang baik...

01 February, 2020

Boxy.my Menjadi Pilihan T-Shirt Rakyat Malaysia

by on February 01, 2020
Boxy Menjadi Pilihan Di Malaysia | Sejujurnya nieyl memang susah nak cari T-shirt yang plus size dan selesa untuk dipakai ketika sukan dan bersantai. Kalau tengok dalam almari atau rak baju nieyl tu boleh di bilang dengan jari berapa helai saja yang ada terutamanya T- Shirt lengan panjang. Setiap kali nak pergi kursus je mesti bingung nak fikir kena beli T-shirt sebab sekarang ni susah nak dapat baju T-Shirt yang ada plus size dan kualiti yang bagus. 




Zaman sekarang ni kalau tak google memang tak sahlah. Dari tempat makan yang best sehinggalah nak beli barang dapur pun kadang-kadang kita nak beli yang online betul tak?jangan nak tipu la. So, nieyl nak share satu website yang menjual T-shirt untuk lelaki dan wanita dari size XS hingga XXXL. Menarik kan? jadi cepat- cepat klik Boxy.my 

Boxy adalah sebuah kedai online yang menjual T-Shirt yang berkualiti dengan harga yang berpatutan dan mampu milik. Boxy telah ditubuhkan pada tahun 2009 dan sejak itu kedai online ini sering menjadi pilihan pelanggan kerana kualiti T-Shirt serta harga yang ditawarkan sangat menarik minat pelanggan yang mengunjungi website mereka.  Selain dari itu juga, semua T-Shirt yang Boxy jual tidak akan korang jumpa di luar pasaran kerana ianya hanya di jual secara dalam talian. 

Jenis  T-Shirt yang dijual di Kedai Boxy Online seperti :-

  • Microfiber T-Shirt
  • Cotton T-Shirt
  • Polo T-Shirt 
Microfiber T-Shirt merupakan salah satu koleksi yang sering menjadi pilihan dan popular dikalangan pelanggan-pelanggan Boxy kerana ianya diperbuat dari fabrik microfiber yang berkualiti tinggi dan ia juga sesuai dipakai secara santai dan sesuai digunakan untuk bersukan. Microfiber T-shirt ni korang boleh pilih sama ada nak lengan pendek,, lengan panjang,  round neck ataupun polo style . 


Premium Cotton Casual Tee

T-Shirt dibuat menggunakan 100% premium kapas , selesa, lembut , kualiti baik , sesuai dipakai ketika sukan dan santai. Ianya adalah unisex mempunyai size dari xs sehingga 3xl. 


Polo Shirt 

Polo Shirt terbahagi kepada 2 jenis iaitu :-
  • Microfiber Polo Shirt
  • Cotton Polo Shirt
Microfiber Polo Shirt boleh  dipakai untuk kerja, acara kasual dan sebarang aktiviti sukan. Lebih penting lagi, siapa yang pakai akan  kelihatan lebih pintar dengan Microfiber Polo shirt. Selain itu  sesuai untuk percetakan skrin sutera, sulaman dan percetakan. 




Pilihan Warna T-Shirt Boxy yang disediakan seperti berikut, korang boleh pilih warna dia semuanya cantik-cantik .

  • White
  • Black
  • Navy Blue
  • Royal Blue
  • Red
  • Maroon
  • Yellow
  • Sea Blue
  • Turquoise
  • Apple Green
  • Purple
  • Neon Yellow
  • Dark Grey
  • Khaki
  • Orange
  • Irish Green
  • Forest Green
  • Island Paradise
  • Light Grey
  • Cool Mint
  • Pink
  • Brown
  • Army Green
  • Dark Violet
Cara-cara membeli di Boxy.com









My Review :- Nieyl pilih microfiber long Sleeve untuk review ini. Jujur cakap nieyl memang suka sangat T-shirt dari Boxy, yang pertamanya sebab fabrik yang digunakan adalah yang berkualiti sangat berbeza dengan T-shirt microfiber yang nieyl pernah beli dekat pasaran luar. Yang keduanya, ianya tidak panas sesuai sangat kalau nak berjoging ataupun bersukan. Dan yang terakhir sekali, harganya sangat berpatutan. Korang boleh cuba sendiri. Mana nak dapat T-shirt yang berkualiti tinggi dengan harga murah dan mampu milik..




Jangan Lupa, Shopping Now!
Ada promosi potongan harga!
serius korang, murah sesangat!

https://www.boxy.my/

https://www.boxy.my/