30 January, 2020

Resepi Nasi Ayam Simple

Resepi Nasi Ayam Simple | Rasanya dah lama sangat nieyl tak buat entry masakan , rindu pula tapi biasalah kalau buat entry masakan ni makan masa sikit nak siapkan satu makanan tu, yela mana nak amek vidoe, mana nak snap gambar, mana nak masak hehehe...walaupun tak perfect macam mereka-mereka yang lebih hebat, tapi nieyl cuba lah sesekali up entry resepi itupun masa turn nieyl masak la dalam seminggu tu adalah 2 ke 3 kali je nieyl memasak selebihnya mak nieyl sebab ayah nieyl nak makan. 


Hari ini nieyl nak share resepi nasi ayam yang mudah. Sesuai untuk mereka yang baru - baru nak belajar memasak ni. Nieyl pun bukanlah pandai sangat tapi kalau yang mudah-mudah tu Insya'Allah.. Ok jom nieyl share resepi nasi ayam cara nieyl. 



Bahan-Bahan Untuk Buat Air Rebusan Ayam
  • Halia
  • Bawang putih
  • Bawang besar 
  • Kayu Manis
  • Bunga Lawang
  • Air 2 liter
Cara -caranya seperti dalam vidoe, supaya lebih faham 😊





  • Sebelum air dah mendidih tu, boleh masukkan ayam-ayam yang kita nak goreng nanti, tak perlu rebus lama tau, lebih kurang 15 minit sahaja, sebab tak nak ayam tu hancur bila goreng. 
  • Selepas tu, angkat ayam-ayam tadi, di toskan 

Bahan-bahan perapan ayam 
  • Sos tiram
  • Kicap Manis

  • Selepas di toskan ayam tadi, masukkan sos tiram dan juga kicap manis dan gaul bagi mesra dan rata. 

  • Ayam yang dah kita letak sos tiram dan kicap tadi, bolehlah kita perapkan sekejap dalam 30 min -1 jam. Ok, nieyl tak letak garam pun dalam perapan ni sebabnya sos tiram dan kicap dah cukup rasa dah..sedang elok orang kataa...


  • Pastikan minyak betul-betul dah panas, baru masukkan ayam yang diperap tu okay.

  • Goreng ayam tu pun tak perlu lama-lama sangat, agak-agak dah bertukar warna tu korang terbalik kan dan angkat. Sebab ayam ni kita dah rebus, dia dah masak pun, kalau lama sangat kita goreng nanti dia jadi keras tak sedap laa..
Bahan-bahan untuk buat Sup nasi ayam
  • Air rebusan ayam
  • Ubi kentang
  • Carrot
  • Batang saderi
  • Garam
  • Serbuk pati ayam



  • Air rebusan ayam tu, korang cuma tambahkan bahan-bahan yang nieyl tulis untuk bahan sup, tapi sebenarnya itu tak wajib tu, nieyl suka tambah sebab nieyl suka makan. Kalau korang tak nak tambah pun tak apa, yang penting tambah garam dan serbuk pati ayam tu okay.

Bahan-bahan untuk masak Nasi Ayam 
  • Air rebusan ayam 
  • Daun pandan
  • Halia
  • Bawang besar
  • Serbuk kunyit sedikit


  • Beras cuci seperti biasa, kemudian masukkan air rebusan ayam secukupnya. Ikutlah korang nak masak berapa pot, sukatan air sama macam kita masak nasi putih biasa je okay
  • Kemudian masukkan bahan-bahan tadi, dan serbuk kunyit sikit nak kasi nasi tu warna kuning cantik. 
  • Sebenarnya ada vidoe tapi tak tahu kenapa tak boleh nak upload dlm ni...tak apa, masak nasi takkan la tak tahu kan..hehehe

Cara - cara buat kuah kicap nasi ayam
  • Ambil air perapan ayam tadi dan campurkan sup sedikit, daa siap
  • Dan satu lagi, korang boleh buat sambal kicap, senang je cili api + bawang putih + gula + kicap dan cuka,lepas tu korang kisarkan semua..senang kan...

Bahan-bahan sos nasi ayam
  • Cili kering
  • Bawang putih
  • Sos cili 
  • Sos cili kimballs
  • Serbuk pati ayam
  • Cuka
  • Sup ayam sedikit
  • Gula
Cara-caranya 
  • Kisar bawang putih bersama cili kering, kemudian masak dalam periuk guna api sederhana
  • Masukan sos cili, sos cili kimballs, serbuk pati ayam, cuka, sup ayam sedikt dan gula
  • Kacau sehingga sebati.
  • P/s: Sos nasi ayam ni nieyl create sendiri, ikut rasa tekak nieyl..Alhamdulillah, mereka yang makan semua kata sedap..hehehe... kalau korang boleh ikut cara korang sendiri la, ataupun boleh google resepi sos nasi ayam yang lebih sedap...


Oklah korang, itu sahaja resepi nasi ayam nieyl yang simple dan sedap..cehhwahhh..puji diri sendiri pula ya...Cumanya apa yang nieyl share ini, cara nieyl..mungkin cara korang atau orang yang baca entry ni berbeza. So, janganlah bansing-bandingkan okay...selamat mencuba





8 comments:

  1. Alaaa dah kena beli nasi ayam tengahari ni. Lapaq terus. Hehe

    ReplyDelete
  2. Allah kenapa la akak tgok entry ni time ni..terus rasa nak makan nasi ayam..tapi nak ayam yang steam tu...

    ReplyDelete
  3. dap dap.
    lama x masak2 ni...sbb lum settle down lagi. masak umah Ibu je..

    ReplyDelete
  4. Sedapnya dan menyelerakan.. mudah pula tu..

    ReplyDelete
  5. wah sedapnya lama tak makan nasi ayam, boleh try resepi ni nanti :) ♕ Tiara Sapphire ♕

    ReplyDelete
  6. nak share dengan isteri ini....mana tahu dia boleh buat kan....terima kasih infonya..

    Salam kenalan dari saya, oohsenyum.com. Saya dah follow blog ini.

    Nak tanya awak ini, kalau awak berminat, sudi tak bertukar link blog dengan saya (bloglist) insy Allah akan bertambah trafik di blog awak. Kalau awak sudi beritahu ye. comment je kat mana-mana post blog saya

    https://www.oohsenyum.com/

    saya tunggu tau...

    ReplyDelete
  7. sedapppnya nasi ayam my fav ni.thank for sharing this recipe

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)