30 May, 2020

Raya Aidilfitri Bersama Keluarga Besar Nieyl

by on May 30, 2020
Raya Aidilfitri Bersama Keluarga Besar Nieyl | Masih mood raya lagi ni kan jadi nieyl nak share gambar-gambar kenangan yang sempat nieyl rakamkan sebagai kenang-kenangan raya 2020. Siapa sangka raya tahun 2020 kita masih lagi dalam PKPB. Nak tak nak, kita kena patuhi SOP yang disarankan oleh kerajaan. Kepada mereka yang baru singgah ke blog nieyl ni, nak bagitahu yang keluarga nieyl sememangnya sangat besar dan melebihi dari 20 org. Akan tetapi rumah adik beradik nieyl semuanya dalam tapak rumah yang sama. Kami sememangnya hidup berjiran sesama adik beradik. Kawasan tapak rumah ada 7 buah rumah iaitu rumah kami 7 adik beradik. Kalau kami berkumpul pun hanya sesama kami sahaja tanpa orang luar. Kami bergambar sahaja kemudia bersurai ke rumah masing-masing. 


Tahun ni cantik gambar sebabnya setiap keluarga baju raya tak sama color..hahaha..itu selalu mainkan peranan yang penting dipagi raya. Ini gambar adik beradik nieyl bersama mak ayah.. miss adik nieyl tak dapat beraya bersama walaupun dia cuti raya sebab tak boleh merentas negeri. 


Ini pula semua abg ipar dan kak ipar nieyl. Dari pahang ada 3 orang, Perak seorang,selangor seorang, penang seorang dan melaka seorang. Adik ipar nieyl tak ada dalam gambar, dia dari kedah,


Ini semua anak-anak buah dan seorang cucu nieyl. Yang kecil ada, yang dah kahwin pun ada, yang meningkat remaja pun ada. Semua ni membesar depan mata nieyl. Ini sebenarnya sebahagian je..ada lagi 9 orang anak buah tak dapat bersama tahun ni..


Ini mak ayah nieyl, sedondon warna pink tahun ni. Semoga Allah berikan mak ayah kesihatan yang baik dan kita boleh sambut ramadhan dan meraikan syawal bersama-sama lagi tahun akan datang Insya'Allah. Ok see u next entry :)

29 May, 2020

Hadiah Raya Pandora Dari Adik Ipar

by on May 29, 2020
Hadiah Raya Pandora Dari Adik Ipar | Seronoknya bila dapat hadiah, siapa yang tak suka betul tak? Kali ini hadiah dari adik ipar nieyl merangkap kawan sekolah nieyl yang menetap di Utara. Walaupun tahun ini di uji tidak dapat pulang beraya bersama kami di sini, dia tetap ingat dekat kitaorang dekat sini. Setiap tahun ada sahaja hadiah untuk hari raya yang dia belikan untuk kitaorang. Tahun lepas setiap seorang dapat cincin, dan tahun ini dia bagi hadiah pandora untuk pakai hari raya. Setiap seorang dapat satu ikut design yang kitaorang suka. 


Semua hadiah diposkan sebab PKP kan, tak boleh pula nak merentas negeri.. Alhamdulillah sampai sebelum hari raya. Dapatlah kami melaram pagi raya masing-masing dengan gelang pandora ni..


Nieyl seperti biasa suka design yang simple dan wajib ada warna pink tu..hahaha..huruf N tu untuk nama nieyl. Warna silver supaya boleh match dengan semua baju nieyl. Cantik kan? Nieyl doakan semua adik-adik ipar nieyl sentiasa Allah murahkan rezeki mereka..Amin....

28 May, 2020

Pagi Syawal Bersama Keluarga Mertua

by on May 28, 2020
Pagi Syawal Beraya Bersama Keluarga Mertua | Assalamualaikum..belum terlambat untuk nieyl ucapkan selamat hari raya aidilfitri maaf zahir dan batin kepada semua followers blog ni. Hari merupakan hari raya yang ke-4, jika tahun sebelum - sebelum ini ketika ini kita masih lagi beraya mengunjungi rumah sahabat handai serta saudara mara, namun hakikatnya kini kita masing-masing habiskan masa raya bersama keluarga di rumah sahaja disebabkan kita nak putuskan rangkaian virus covid-19 ini. 


Untuk tahun 2020 ini nieyl memilih tema warna kuning gold seperti biasa warna yang belum pernah ada lagi dalam almari kami suami isteri. Kain baju kurung moden nieyl dari Jakel dan baju melayu husband juga dari Jakel. Persiapan untuk baju raya kami buat seawal bulan Jan yang lepas, masa tu belum ada lagi ura-ura virus covid 19 ni jadi excited lah sebab dapat buat persediaan awal. Tapi apakan daya hujung bulan 3, kita dah bermula PKP sehinggalah hari ini masih lagi PKPB walaubagaimanapun, raya tetap raya. Untuk tudung pula saja beli tudung bawal sarung sahaja, sebab kita tak beraya mana-mana pun, jadi simple sahaja kalau tidak nak juga cari shawl warna kuning tu tapi dah PKP masa tu kita beli Online sahaja. 


Pagi syawal selepas solat hari raya, nieyl dan husband ke rumah mertua nieyl untuk berkumpul bersama adik-adik ipar yang lain untuk beraya bersalaman. Tahun 2020 merupakan tahun ke-8 nieyl bergelar isteri, menantu dan kak ipar. Nieyl bersyukur sebab jodoh nieyl tak jauh dan setiap tahun nieyl dapat beraya bersama keluarga mertua dan keluarga nieyl sendiri. Mana yang tak tahu lagi, rumah mertua nieyl hanya 4 minit dari rumah nieyl. Gambar di atas tu nieyl bersama mak mertua nieyl yang sangat sporting. 


Ini pula gambar kenangan raya 2020 keluarga husband. Seorang adik ipar nieyl tak dapat balik raya sama sebab tidak boleh merentas negeri. Insya'Allah moga covid cepat pergi dari bumi Malaysia tahun depan kita boleh beraya lengkap. 


Walaupun berjauhan, teknologi tetap bersama untuk menghubungkan kita bersama orang yang tersayang. Pagi raya tu sempat buat videocall dengan semua , yang jauh tetap dekat hati kita. Tapi nieyl sendiri rindu sangat dengan Ellsa dah lama tak jumpa dia, rindu celoteh dia sebab mommy dia selalu share gambar dengan video je.. Harapnya raya haji ini bolehlah merentas negeri kan.. Oklah, next entry nieyl share gambar raya di rumah nieyl pula okay..


21 May, 2020

Resepi Roti Jala Merah Hijau

by on May 21, 2020
Resepi Roti Jala Merah Hijau| Bila teringin nak makan roti jala selalu kita beli je dekat kedai tepi jalan yang kadang-kadang ada mak cik jual ataupun kita pergi ke pasar malam. Tapi sejak PKP ni mana lah nak cari kan. Jadinya, kenalah asah bakat menjala dikuali sendiri. Resepi rooti jala ini pun nieyl google juga sebab tak pernah buat pun sebelum ni. Cuma yang bezanya rupa dan warna roti jala nieyl tu lebih menyerlah warnanya hahaha.. Disebalik cerita sebenarnya nieyl nak buat roti jala carrot tapi jadi roti jala tembikai..


Bahan-bahan
  • 2 cawan tepung gandum
  • Air secukupnya
  • Telur 1 biji
  • Garam
  • Pewarna
Cara-caranya
  1. Masukkan air secukupnya ke dalam mangkuk tepung dan gaul sehingga sebati
  2. Masukkan garam dan telur, kacau sehingga sebati
  3. Kalau korang nak 1 warna sahaja, letak lah 1 sahaja, kalau lebih dari 1 warna, korang boleh bahagiankan adunan kepada 2 bahagian mengikut warna yang korang nak..
  4. Masukkan dalam botol dan lorekkan mengikut cita rasa korang
Selamat Mencuba




Ketupat Palas Frozen Utara Jadi Pilihan

by on May 21, 2020
Ketupat Palas Frozen Utara Jadi Pilihan | Setiap tahun sudah menjadi salah satu punca rezeki nieyl pada setiap kali bulan ramadhan. Tahun 2020 merupakan tahun ke-4 projek raya nieyl beroperasi. Syukur Alhamdulillah, bermula dengan kuantiti tempahan yang kecil kini telah mencapai lebih 500kg untuk tempahan pada tahun ini. 

Kebiasaanya nieyl akan buka order tempahan seawal 1 Ramadhan dan tempahan akan di tutup apabila tempahan penuh. Untuk tahun ini permintaan luar biasa, kami terpaksa tambah stok di saat akhir. Itupun sehari sahaja dah sold out..Alhamdulillah.

Ramai yang tanya, boleh pos ke ketupat palas ni?untuk nieyl , personally memang kami tak galakkan untuk membuat secara pos sebab ia makanan basah tak mudah rosak apabila tidak di simpan dengan betul. Dan yang keduanya, semua sedia maklum setiap kali bulan Ramadhan kurier-kurier akan menghadapi kesukaran dengan parcel yang terlampau banyak dan mungkin barang akan sampai lebih dari 2 hari. Jadi, kami amat menjaga kualiti ketupat palas itu.


Bermula dengan kereta untuk bawa ketupat palas dari utara ke selangor, kini Alhamdulillah kita guna perkhidmatan lori yang lebih besar untuk proses penghantaran dari Utara. 


Yang nieyl tunjukkan ni adalah first batch yang sampai, bila dah sampai kita akan asingkan siap-siap mengikut tempahan dari agen-agen ketupat palas kita. Ya..kita ada agen ketupat setakat ini di Melaka, Putrajaya, Nilai, Bangi, Kajang, Petaling Jaya, Penang. 


Nieyl akan cover agen Putrajaya, di atas ni semua first batch yang telah membuat tempatan dan Alhamdulillah nieyl dah pun buat delivery 2 hari lepas. Kebanyakkannya tahun ini ada customer yang baru, dan tidak kurang juga yang regular customer setiap tahun repeat tempahan. 

Ketupat palas frozen ini selalu akan dibuka pada bulan ramadhan setiap tahun dan pada raya haji. Selain dari itu, kami tak buka tempahan, korang doakan semoga projek raya ni setiap tahun mendapat rezeki yang lebih yaa....

15 May, 2020

Susu Pisang Kurma NILOFA

by on May 15, 2020
Susu Pisang Kurma NILOFA | Assalamualaikum..selalu tengok orang post dalam instagram dan facebook tentang susu berperisa pisang nilofa ini biasa dalam apa-apa produk pun pastinya pandang masing-masing sebagai pengguna. Jadi, untuk bulan ramadhan al mubarak ini mereka mengeluarkan susu berperisa kurma dan pisang tetapi ianya hanya dikeluarkan pada bulan ramadhan sahaja ya..

Nieyl memang setiap kali tiba bulan ramadhan persiapan nieyl wajib ada susu berperisa kurma seperti susu kurma keluaran dutch lady memang menjadi pilihan nieyl setiap tahun. Untuk tahun ini nieyl dapat rasa susu berperisa kurma dan pisang di gabungankan dalam satu botol. Menarik kan?



Reveiw: Sejujurnya bila nieyl rasa susu berperisa kurma pisang ni untuk kali pertama, bau esen pisang tu terlalu kuat sehingga nieyl tak dapat rasa kurma tu tapi basic susu dan manisan dalam susu tu nieyl suka sedap dan buat nieyl nak minum 2 ke 3 tiub hahaha..maybe kalau kita letak ais dalam gelas dan tuang susu ni lebih sedap dan nikmat rasanya. 

13 May, 2020

Resepi Ikan Kembung Masak Air Asam

by on May 13, 2020

Resepi Ikan Kembung Masak Air Asam | Menu yang sangat mudah dan menyelerakan serta cepat untuk masak iaitu ikan kembung masak air asam. Ini salah satu makanan kegemaran nieyl bila dah jemu masak masakan bersantan dan bergoreng. Ini kalau masak selalunya bertambah nasi bila makan. Sangat menyelerakan apabila makan bersama ulam-ulaman yang segar. Menu ini juga sangat sesuai untuk mereka yang nak berdiet tu sebab ikan hanya akan direbus dan bebas minyak. 



Bahan-Bahan:

  • ekor ikan kembung  
  • asam keping
  • tomato potong dadu 
  • bawang besar, potong dadu 
  • belacan, bakar sehingga wangi 
  • cili padi, hiris kecil 
  • limau kasturi 
  • air asam jawa 
  • garam dan gula secukup rasa
Cara-caranya
  1. Masukkan ikan dalam periuk ataupun kuali, tuangkan air sehingga ikan tenggelam
  2. Rebus ikan bersama asam keping dan sedikit garam selama 5 ke 10 minit dengan api yang perlahan. Bila sudah masak, angkat ikan tersebut
  3. Air rebusan ikan jangan dibuang, masukkan dalam bekas ,masukkan air asam jawa, belacan bakar, bawang dan tomato, kacau sehingga sebati
  4. Masukkan cili api ke dalam kuah asam tadi , dan tuang kuah asam ke atas ikan..sedia untuk dimakan bersama nasi panas...
Ok mudah sahaja, tapi amat menyelerakan dan masa hanya diperlukan 15.-20 minit sahaja.. selamat mencuba..

02 May, 2020

Segment Share Resepi Perintah Berkurung by Mamapipie & Cariblogger

by on May 02, 2020
Segment Share Resepi Perintah Berkurung by Mamapipie & Cariblogger | Sempena PKP yang panjang ni biasalah banyak masak dihabiskan di dapur bagi orang perempuan ni betul tak. Sebolehnya semua resepi yang lalu dekat facebook tu nak cuba buat. Nieyl pun banyak habiskan masa di dapur masa fasa 1-3 hari tu. Jadi, banyak juga la cuba memasak. Jadi hari ini nieyl sahut cabaran join segment ni..



Untuk segment ini nieyl mempertaruhkan resepi yang mendapat carian paling tinggi dalam blog nieyl dan mendapat tempat pertama dalam carian google..Alhamdulillah.. kalau nak cari resepi lain yang nieyl share boleh klik SINI

Resepi Ikan Kembung Masak Singgang


Pokok Ulam Raja Hijau Hidup Subur Di Rumah

by on May 02, 2020
Pokok Ulam Raja Hidup Subur Di Rumah | Ulam raja merupakan raja segala ulam yang dikatakan jika selalu makan ulam raja ini boleh sihat luar dan dalaman. Ulam raja juga dikatakan banyak khasiatnya antaranya baik untuk melancarkan perjalanan darah, menguatkan tulang dan menyikirkan segala toksik dalam badan. 

Dikawasan keliling rumah nieyl memang banyak kawasan tanah yang boleh digunakan untuk bercucuk tanam dan kawasan dia agak luas. Jadi, hari ini nieyl nak share beberapa pokok baru yang di tanam di kawasan rumah nieyl. Semua ni buka nieyl yang tanam tau, abang dan kakak nieyl yang tanam. Hasilnya kami makan sama-sama. Sebelum ni nieyl ada juga share tentang taman mini nieyl boleh baca SINI


Ini pokok ulam raja yang asalnya tanam sikit sahaja, tapi pokok ulam raja ni memang mudah membiak dan mudah hidup dengan subur. Selain untuk makan sendiri kadang-kadang nieyl share dekat IG, kawan-kawan yang mana dekat-dekat tu yang nak makan akan datang rumah ambil. 


Pokok daun kari ni bukan senang nak dapat yang gemuk-gemuk seperti ini tau, nieyl ada juga tanam atas tanah, dia hidup subur tapi halus-halus daunnya . 


Ini pula pokok terung masih dalam proses pembesaran. Ini abang nieyl tanam di belakang rumah adalah lebih kurang 4-6 pokok semuanya. Harapnya dapatlah merasa hasilnya nanti ya.


Yang ini pula yang paling baru nieyl tanam pokok tomato, sebelum ni nieyl semai dalam sebulan juga la bila dah tumbuh sebegini nieyl alihkan ke pasu yang lebih besar dan letak kayu supaya dia menjalar dekat kayu tu. Moga dia membesar dengan sihat. 

Semoga perkongsian nieyl ni boleh membakar semangat yang nak bercucuk tanam kecil-kecilan di rumah tu ya..





01 May, 2020

Resepi Cara Membuat Kuih Wadey Yang Mudah

by on May 01, 2020
Resepi Cara Membuat Kuih Wadey Yang Mudah | Kuih wadey merupakan kuih tradisi masyarakat India tetapi ianya menjadi kegemaran seluruh rakyat di Malaysia. Sebelum- sebelum ni kalau teringin nak makan kuih wadey ni selalu pergi pasar malam itupun beratur panjang nak dapatkan. Kuih wadey ni sedap dimakan ketika panas-panas sesuai kalau buat minum petang bersama keluarga tersayang.

Hari ini nieyl nak share cara nak buat kuih wadey yang mudah dan sedap. Bahan-bahan pun sangat mudah didapati di kedai dan ianya tak perlukan modal yang besar pun. Jadi, lepas nieyl share resepi dan cara nak buat dan masak dia, korang cuba lah..kalau menjadi jangan lupa share dengan nieyl okay. 


Bahan-bahan
  • Kacang dal (direndam 3-5 jam)
  • Daun kari (hiris halus)
  • Bawang merah (potong dadu halus)
  • Cili kering (potong halus)
  • Garam

Cara-caranya
  1. Kacang dal tu direndam dengan air selama 3-5 jam
  2. Selepas tu toskan kacang dal dengan tapis, biarkan ianya kering 
  3. Selepas tu kisar kering kacang dal ni, tanpa sebarang air
  4. Kisar jangan terlalu halus sangat, agak-agak kalau korang boleh bentukkan tu,oklah tu
  5. Bila semua kacang dah di kisar, masukkan garam secukupnya.
  6. Dan masukkan semua bahan yang lain, gaul sehingga rata
  7. Kemudian, korang boleh la bentukkan nak kecik ke nak besar ke terpulang..
  8. Goreng ketika minyak panas dengan api sederhana. 
Selamat mencuba..



30 April, 2020

SABYAN - AISYAH ISTRI RASULULLAH | COVER

by on April 30, 2020


Mulia indah cantik berseri
Kulit putih bersih merah dipipimu
Dia Aisyah putri Abu Bakar
Istri Rasulullah

Sungguh sweet Nabi mencintamu
Hingga Nabi minum di bekas bibirmu
Bila marah, Nabi kan bermanja
Mencubit hidungnya


Aisyah…
Romantisnya cintamu dengan Nabi
Dengan baginda kau pernah main lari-lari
Selalu bersama hingga ujung nyawa
Kau disamping Rasulullah…


Aisyah…
Sungguh manis oh sirah kasih cintamu
Bukan persis novel mula benci jadi rindu
Kau istri tercinta Ya Aisyah Humairah…
Rasul sayang, kasih, Rasul cintamu


Mulia indah cantik berseri
Kulit putih bersih merah dipipimu
Dia Aisyah putri Abu Bakar
Istri Rasullallah


Sungguh sweet Nabi mencintamu
Bila lelah Nabi baring di jilbabmu
Seketika kau pula bermanja
Mengikat rambutnya


Aisyah…
Romantisnya cintamu dengan Nabi
Dengan baginda kau pernah main lari-lari
Selalu bersama hingga ujung nyawa
Kau disamping Rasulullah…


Aisyah…
Sungguh manis oh sirah kasih cintamu
Bukan persis novel mula benci jadi rindu
Kau istri tercinta Ya aisyah Humairah…
Rasul sayang, kasih, Rasul cintamu


29 April, 2020

SEGMEN : UCAPAN BUAT FONTLINERS COVID-19

by on April 29, 2020
Join Click Banner

Ucapan Buat Frontliners Covid 19

Terima kasih Frontliners!
Terlalu besar pengorbanan yang dikorbankan 
bagi memastikan rakyat malaysia bebas dr covid 19..
Semoga Allah sentiasa melindungi dan memelihara kesihatan mereka..

Kita duduk dirumah diam-diam





Cara Membayar Zakat Fitrah Secara Atas Talian

by on April 29, 2020
Cara Membayar Zakat Fitrah Secara Atas Talian | Menjelangnya bulan ramadhan almubarak kita seluruh umat islam akan menjalani ibadah berpuasa selama sebulan. Disamping kita berpuasa, kita juga wajib mengeluarkan zakat fitrah. 

Zakat fitrah ialah sedekah yang wajib dikeluarkan selepas berbuka untuk beraya dan selesainya Ramadhan. Zakat fitrah juga untuk memberi makanan kepada orang-orang miskin dan mencukupkan keperluan dan permintaannya pada Hari Raya 1 Syawal. 

Semua sedia maklum bahawa tahun ini agak berbeza untuk kita membayar zakat, jika tahun-tahun sebelum ini ketua keluarga kita akan membayar zakat secara langsung iaitu face to face bersama wakil amil yang dilantik, berbeza pada tahun ini dan ketika ini kita masih lagi dalam tempoh PKP iaitu Perinta Kawalan Pergerakan, umat islam digalakkan membuat pembayaran zakat fitrah sepanjang bulan ramadhan melalui atas talian.

sumber gambar dari kisah zakat malaysia

Untuk mengetahui platfom-platfom yang memudahkan umat islam seluruh malaysia membayar zakat fitrah secara atas talian serta kadar zakat fitrah mengikut negeri bagi tahun 2020, korang boleh klik SINI.


26 April, 2020

Teruskan Duduk Dirumah Sepanjang PKP ini

by on April 26, 2020
Teruskan Duduk Dirumah Sepanjang PKP ini | Mesti semua dah mula rasa agak kebosanankan sebab dah lebih dari 1 bulan kita dalam fasa PKP. Kita punya kebebasan untuk melakukan aktiviti diluar rumah semuanya terpaksa dihentikan seketika sementara memberi laluan kepada kerajaan dalam berusaha untuk memutuskan rantaian Covid 19 di Malaysia. 

Bila dah lama sangat duduk dekat rumah ni, nieyl terfikir untuk buat something yang boleh nieyl tunjukkan bahawa nieyl support PKP dan frontliners. Di media sosial pun dah ada yang buat terutamanya sekolah tadika dan mereka yang bekerja. Jadi, nieyl ambil cabaran untuk kumpulkan hasil-hasil lukisan anak-anak buah nieyl yang masih bersekolah rendah. 

Alhamdulillah, masing-masing memang sporting dan berusaha untuk jadikan lukisan mereka cantik. Sekurang-kurangnya mereka tahu apa itu covid 19 dan apa itu PKP yang sedang kita alami. Tak sangka semuanya bersungguh-sungguh siapkan lukisan. Walaupun berjauhan, tapi masih bersatu untuk lengkapkan ayat yang diberi.

Nieyl abadikan kenangan mereka dalam blog ni..


Ayam Masak Merah Sedap, Mudah Dan Menyelerakan

by on April 26, 2020
Ayam Masak Merah Sedap, Mudah Dan Menyelerakan | Ayam masak merah selalunya kalau kita google akan ada pelbagai jenis dan cara masakan yang berbeza. So, ada yang mudah tak perlukan bahan yang banyak dan ada yang mudah tapi bahan yang digunakan banyak. Jadi, nieyl lebih suka masak untuk apa yang nieyl rasa sedap sahaja ditekak nieyl. 

Setakat ini nieyl selalu share dalam blog menu masakan nieyl yang mudah, bahan pun tak banyak kira kalau ada orang nak cuba masak pun nieyl rasa mudah. Sebab nieyl tak pernah letakkan berapa kuantiti bawang, cili..sebab bahan-bahan tu sebenarnya kalau kita masak, kita akan tahu berapa banyak yang kita nak letak, sedapnya pun kita yang akan tentukan. Lebih kurang macam korang buat resepi korang sendiri lah..itu cara nieyl masak..


Bahan-Bahan
  • Ayam
  • Bawang besar (boleh kisar, boleh hiris) terpulang pada korang
  • Bawang putih (boleh kisar, boleh hiris) terpulang pada korang
  • Halia (ketuk) klu banyak ayam, lebihkan halia
  • 2 sekawan ( bunga lawang, kayu manis)
  • Serai 2 batang (ketuk )
  • Cili kisar
  • Asam keping
  • Sos Cili Kimball
  • Gula
  • Garam
  • Serbuk Pati ayam
  • Sedikit air
  • Secukup rasa (option)

Cara-caranya
  1. Ayam digoreng separuh masak (jgn terlalu masak, nanti dia keras, tak sedap)
  2. Tumis bawang merah, serai, halia, bawang putih, 2 sekawan sehingga naik bau
  3. Masukkan cili kisar, terpulang kalau nak pedas lebihkan, tak nak pedas, kurangkan
  4. Masak cili kisar sehingga masak, kemudian masukkan sos cili kimball agak-agak 3 sudu
  5. Masukkan sedikit air untuk sambal tadi berkuah
  6. Masukkan garam, gula , pati ayam dan asam keping
  7. Kemudian, masukkan ayam yang telah digoreng , dan bawang merah hiris
  8. Kacau sehingga sebati dan boleh di hidangkan
p/s: Ayam masak merah korang ni akan rasa manis, pedas dan masam sikit..

Selamat Mencuba :)


25 April, 2020

Menu Sahur dan Berbuka 1 Ramadhan

by on April 25, 2020
Menu Sahur dan Berbuka 1 Ramadhan | Assalamualaikum semua. Salam ramadhan, Alhamdulillah semalam kita seluruh umat islam didunia menyambut bulan ramadhan walaupun bersederhana kita tetap wajib melaksanakan kewajiban kita. 

Wow!sejak PKP ni ramai yang menunjukkan bakat memasak di laman sosial, bersambung pula bulan ramadhan ,rata-rata share menu sahur dan berbuka. Pada nieyl bagus lah , boleh bagi kita idea nak masak apa bila tiba hari buntu. 


Menu bersahur nieyl untuk 1st ramadhan simple je , sama seperti tahun lepas menu sahur nieyl tanpa nasi.


Untuk berbuka puasa pada hari pertama, kami adik beradik akan berkumpul ramai-ramai dan berbuka bersama-sama mak dan ayah. Cuma tahun ni, tak lengkap kakak dan adik nieyl tak dapat pulang ke kampung disebabkan PKP. Walaubagaimana pun yang ada ini kita teruskan seperti biasa.


Konsep sama juga seperti biasa ada 7 buah rumah di sekeliling rumah nieyl, jadi setiap rumah sekurang-kurangnya bawa 1 jenis lauk. Jadi, bila dah dikumpulkan makanannya jadi banyak Alhamdulillah. 


Nieyl bersyukur kepada Allah sebab nieyl  bertuah kerana adik beradik rumah sebelah-sebelah rumah sahaja dan mak ayah tinggal bersama nieyl. Musim PKP , ramadhan dan Insy'Allah hari raya nieyl masih boleh meraikannya bersama adik beradik dan mak ayah berbanding mereka  yang mengalami kesukaran untuk bergerak ke kg dan ke mana-mana selagi PKP ini tidak habis. 

Semoga dengan kehadiran bulan ramadhan yang mulia ini, kita berdoa sama-sama semoga covid 19 ini terus hilang dari dunia terutamanya bumi malaysia dan kita boleh jalani kehidupan normal kita semula..Insya'Allah...

Selamat berpuasa semua..

23 April, 2020

Ramadhan Yang Dinanti

by on April 23, 2020
Ramadhan Yang Dinanti | Assalamualaikum semua. Nieyl nak ucapkan selamat menyambut bulan ramadhan kepada semua follower dan pembaca blog nieyl. Walaupun dunia masih lagi diserang virus covid-19 kita sebagai umat islam sentiasa menanti bulan ramadhan seperti biasa. Semua sedia maklum yang kita tak dapat nak laksanakan tarawih di masjid ataupun surau itu bukan alasan untuk kita tidak lakukannya di rumah bersama-sama ahli keluarga.

Akhir sekali, nieyl nak mohon maaf sekiranya sepanjang menulis entry dan share perkongsian dalam blog ada menguris ataupun terasa hati, nieyl minta maaf ya.. Segala yang terkandung dalam blog ini semuanya nieyl tulis dengan ikhlas sebagai hobi. Selamat Berpuasa semua


18 April, 2020

Resepi Ayam Goreng Kunyit

by on April 18, 2020
Resepi Ayam Goreng Kunyit | Bila pergi pasar beli barang basah pastinya ayam tidak akan terkecuali dari senaraikan. Sama juga dengan nieyl, memang dalam freeze tak pernah tak ada ayam. Ayam ni kita boleh masak dia beraneka masakan kadang-kadang kalau rasa tak tahu nak masak apa tu goreng je pun sedap makan dengan nasi panas bersama kicap.

Hari ni nieyl nak share resepi ayam goreng kunyit cara nieyl. Nieyl tak suka kalau ayam goreng kunyit tu sekadar ayam je, nieyl suka letak sayur dan bahan-bahan lain bagi warna cantik dan sedap. eh..sedap ke..hehehe..kalau korang masak sendiri pun mesti sedap juga kan.


Bahan - bahan
  • Ayam dipotong kecil (digoreng)
  • Ubi kentang (dipotong dan digoreng)
  • Kacang panjang (digoreng setengah masak)
  • Karot (dipotong nipis)
  • Halia
  • Bawang putih
  • Bawang besar
  • Cili api (dihiris)
  • Serbuk kunyit
  • Garam
  • Serbuk pati ayam
Cara-caranya
  1. Tumis bawang merah, bawang putih dan halia
  2. Masukkan ayam, ubi kentang , karot, kacang panjang dan cili api
  3. Gaul dan masukkan garam secukup rasa
  4. Dan option boleh letak serbuk pati ayam sikit 
  5. Gaul rata dan hidangkan..

Selamat mencuba


17 April, 2020

LAZADA Shopping sempena PKP

by on April 17, 2020
Lazada Shopping sempena PKP | Tempoh PKP ni banyak dihabiskan dirumah sebab tak boleh nak keluar pergi mana-mana. Dah lama rasanya nieyl tak shopping online kan, ambil kesempatan di saat malaysia tengah PKP ni. Untuk parcel yang first sampai semalam dari LAZADA. WOW! terkejut bila sampai kotak dia punya lah besar, nak tahu nieyl beli apa?


Kotak besar betul, macam la banyak sangat nieyl beli



Tadaa..nieyl beli 2 item ni je dekat LAZADA. First tu maggi kari dan juga maggi asam laksa. Kenapa beli maggi dekat LAZADA sebab time tu nieyl check harga dia jauh lebih murah dari harga di speedmart dan juga pasaraya. 


Pencuci pakaian nieyl akan gunakan yang jenis cecair, tak berapa suka pakai yang serbuk sebab kadang-kadang dia meletak dekat baju dengan seluar ataupun mungkin nieyl yang tak pandai nak guna sabun yang jenis serbuk kot. Sebelum nieyl beli breeze ni , nieyl akan bandingkan harga biasa yang nieyl beli dan yang ditawarkan di LAZADA, selalunya harga breeze ni RM10.95 kalau sale pun masih lagi dalam RM10. Kebetulan, nieyl check di lazada harga sale RM9.99 terus nieyl grab 3 untuk stok nieyl dekat rumah. 


Nieyl share dekat IG story ramai yang DM tanya beli dekat kedai mana di LAZADA tu. So, nieyl share juga dekat sini kalau korang nak juga tengok. Tapi nasihat nieyl bandingkan harga dulu sebelum beli tau, pastikan beli biar berbaloi tau..selamat bershopping..



15 April, 2020

Happy Anniversary Ke 8

by on April 15, 2020
Happy Anniversary Ke 8 | Assalamualaikum.. Kalau 8 tahun yang lalu, hari ini majlis persandingan nieyl bersama husband dan semalam merupakan hari pernikahan kami. Alhamdulillah pejam celik dah tahun ke 8 kami menjadi pasangan suami isteri dan doakan semoga rezeki melihat zuriat sendiri dimakbulkan ya..Tahun nie plan nak celebrate anniversary terpaksa dibatalkan sebab virus covid 19 masih lagi berleluasa di luar. Korang semua take care okay

14 April, 2020

Resepi Kari Ikan Sardin Bersama Kacang Panjang

by on April 14, 2020
Resepi Kari Ikan Sardin Bersama Kacang Panjang | Assalamualaikum.. Ada yang WFH ke hari ini?kalau ada, selamat bekerja. Nieyl seperti biasa menjalankan rutin sebagai suri rumah sepenuh masa. Boring? entahlah mula-mula tu memang lah ada rasa boring tu tapi bila dah berbulan-bulan ni jadi seronok. Dan kebetulan nieyl memang suka memasak, jadi setiap hari nieyl cuma masak makanan yang berlainan menu untuk suami dan mak ayah nieyl.

Hari ini nieyl nak share resepi kari sardin. Masak kari sardin untuk lunch dan kalau kuah dia tak habis tu, korang jangan buang tau, boleh buat cekodok tepung cicah dengan kuah kari tu..sodapppp


Ini hasilnya..




Bahan-bahan 
  • Sardin tin (asingkan sardin dan kuah) - di goreng dahulu
  • Bawang merah (hiris) 
  • Bawang putih (hiris)
  • Daun kari
  • Halba campur
  • Santan
  • Cili kisar
  • Kacang panjang
  • Asam keping @ air asam jawa
  • Garam
  • Air
P/s : bawang merah dan bawang putih tu kalau nak kisar pun boleh, dia akan memekatkan lagi kuah kari korang.

Cara-cara
  1. Tumis bawang merah, bawang putih, halba campur dan daun kari sehingga naik bau
  2. Masukkan cili kisar sedikit (ini pilihan, boleh juga letak cili api kisar) 
  3. Kemudian, masukkan santan dan sedikit air (ikut kepekatan kuah yg korang suka)
  4. Masukkan air asam atau asam keping, garam
  5. Last sekali boleh masukkan kacang dan juga sardin yang telah digoreng tu
  6. Kacau, dah biarkan mendidih dan tutup api..boleh hidangkan..



Short Vacation 2020 Cancel

by on April 14, 2020
Short Vacation 2020 Cancel | Kundasang oo kundasang kita tiada jodoh lagi nak ke temu nampaknya. Kalau ikutkan plan bulan 11 ni nieyl akan ke Sabah untuk vacation bersama keluarga mertua selama 6 hari. Tiket pergi dah pun diberi pada akhir tahun 2019 hari tu, tiket return nak beli bulan ni tetapi disebabkan virus covid 19 ini baru sahaja menyerang negara kita dan mustahil untuk clean dalam masa beberapa bulan ni dan juga nieyl tak berapa yakin untuk teruskan percutian ini sebab ia melibatkan keselamatan dan kesihatan. 

Jadinya, kami sepakat untuk cancelkan percutian tahun ini sehingga covid 19 ini benar-benar bersih dari bumi malaysia. Kesihatan lebih penting sekarang ini dari keseronokan itu betul tak. Lagipun KKM sendiri pun dah maklumkan tempoh pemulihan mengambil masa yang agak lama mungkin setahun jadi, jangan sesekali kita ingkar ya.. 

Apa yang kerajaan lakukan ini, semua untuk rakyat, untuk kesejahteraan rakyat bukan suka-suka ya.. Kalau ambil mudah tentang arahan kerajaan, jadilah seperti negara luar tu..hampir setengah juta rakyat dia mati begitu sahaja. So, kita tak nak jadi seperti mereka okay..

Stay safe semua...


13 April, 2020

Resepi Taugeh Tumis Bersama Daun Kucai

by on April 13, 2020
Resepi Taugeh Tumis Bersama Daun Kucai | Sepanjang tempoh PKP ni rata-rata kalau buka laman media sosial terutamanya facebook ramai rakan-rakan yang hampir setiap hari post gambar menu masakan. Semua orang tunjukkan skill ke dapur, yela yang mana sebelum ni sibuk bekerja di pejabat tu balik dari pejabat terus masak tak ada masa nak snap-snap dan post gambar masakan dalam media sosial. Waktu PKP inilah waktunya nak tunjukkan skill memasak tu. 

Nieyl memang suka kalau ada yang rajin post menu masakan yang dieorang masak di media sosial, sebab kadang-kadang bila tiba waktu kebuntuan nak masak apa, terpandang post menu masakan dieorang tu, memberi idea untuk menu masakan di rumah. So, nieyl pula share resepi cara nieyl dalam blog..


Bahan-Bahan
  • Taugeh
  • Daun kucai
  • Cili besar (dihiris)
  • Bawang putih (dihiris)
  • Bawang merah (dihiris)
  • Ikan bilis
  • Sos tiram
  • Garam
  • Sedikit air
Cara-caranya
  1. Panaskan kuali dan letak sedikit minyak untuk menumis
  2. Masukkan bawang merah, bawang putih dan ikan bilis
  3. Tumis sehingga naik bau
  4. Masukkan taugeh dan daun kucai, kacau
  5. Masukkan sos tiram dan garam secukup rasa
  6. Masukkan sedikit air dan last sekali masukkan cili besar
  7. kacau sekejap dan angkat untuk dihidang
Ok selamat mencuba 


Bosan Sepanjang PKP

by on April 13, 2020
Bosan Sepanjang PKP | Assalamualaikum..sebelum tu nieyl nak ucapkan terima kasih kepada korang yang masih lagi aktif singgah blog nieyl walaupun tempoh PKP ni. Maaf ya ada yang nieyl tak sempat lagi membuat kunjung balas lagi, jangan kecil hati ya, insya'Allah nieyl akan curi masa untuk datang ke blog korang nanti.

Sepanjang PKP ni nieyl adalah terbaca dalam facebook, ada juga yang merungut kebosanan duduk di rumah, tak boleh keluar seperti biasa. Mestilah siapa yang tak bosan kalau hanya duduk dirumah tanpa buat apa-apa kan. Faham, tapi kalau kita fikirkan secara positif kita tak akan rasa bosan pun sebenarnya. Nak tahu kenapa?


  1. Cuba kita fikirkan kali terakhir kita solat awal selepas azan?
  2. Berapa jam kita luangkan masa bersama ibu, ayah, suami, isteri, anak, adik beradik dalam sehari sebelum PKP?
  3. Al - quran berapa jam kita dapat baca dalam sehari sebelum PKP?mungkin 1 jam, mungkin kurang ataupun jarang..
Tiga perkara di atas ni selalu yang bermain di fikiran nieyl. Pada nieyl, kita manusia di muka bumi Allah ini patut bersyukur kerana Allah berikan banyak masa untuk kita bertaubat, memperbaiki setiap kelemahan yang selama ini kita rasa kita kekurangan termasuklah masa bersama keluarga tercinta. Terlalu banyak sebenarnya perkara yang berfaedah yang boleh kita lakukan bersama. 

Yang mana bujang tu dan tak dapat pulang ke kampung , itu juga mungkin salah satu dugaan yang Allah nak berikan pada kita. Allah akan lihat bagaimana kita hargai setiap masa yang diberikan pada kita. Adakah kita akan berterusan lalai ataupun lebih dekat dengan-NYA. Lakukanlah apa sahaja aktiviti yang lebih baik dari tidur sepanjang hari dan merungut BOSAN..BOSAN..BOSAN okay..

Ini hanya pendapat peribadi sahaja, mungkin korang apa pendapat korang sendiri yang mungkin orang boleh share juga..komen dekat bawah okay..


11 April, 2020

Beli telur berpapan-papan sebab panic buying

by on April 11, 2020
Beli telur berpapan-papan sebab panic buying | Sehari sebelum PM umumkan Perintah Kawalan Pergerakan, rakyat malaysia kebanyakkannya terus berasak-asak menuju ke pasaraya-pasaraya untuk membeli barangan panic buying. Antara barangnya adalah telur, beras, sardin tin, minyak dan lain-lain lagi. Pada hari pertama PKP nieyl masih sempat pergi ke pasaraya untuk beli sedikit barang dapur kebetulan memang habis. Apa yang mengejutkan nieyl, semua rak senarai barang panic buying KOSONG. Adoi.. keluar pasaraya dengan muka sedikit hampa lah tapi nak buat macam manakan, kena pergi kedai lain la.


Salah satu barang panic buying adalah telur. Ya,rasanya sepanjang tempoh PKP ni setiap rumah pastinya akan ada stok telur kan. Rumah nieyl sendiri pun memang akan beli telur 2 minggu sekali sejak azali lagi sebab sepapan memang untuk makan 2 minggu. Dan telur jangan disimpan lama-lama sebab dia mudah rosak, sebolehnya habiskan dalam masa 3 minggu okay. 

Ok apa yang sering perhatikan, ada segelintir kita suka beli telur berpapan-papan sejak PKP ni. Ya faham kalau korang panik tapi rasanya beli untuk 2 minggu pun dah cukup, dah habis keluar beli lagi. PKP ini bukan kata kita tak boleh keluar langsung. Nampak kejam sangat tu kan. Korang boleh keluar untuk membeli barang keperluan rumah apabila perlu. Dan kerajaan juga telah memberi jaminan barang-barang makanan insya'Allah tak akan putus, ianya mencukupi..So dont worry okay. Berbelanjalah dengan berhemah tanpa pembaziran. 



09 April, 2020

Resepi Dalgona Coffee Viral

by on April 09, 2020
Resepi Dalgona Coffee Viral | Dah hampir nak tamat PKP kedua, tak pasti lagi selepas 14 April ini akan tamat atau akan disambung, sama-sama kita menanti dengan penuh kesabaran. Jangan mula stress dengan PKP ini, pandang ia pada sudut yang positif barulah kita dapat pandangan yang positif tentang apa yang dilaksanakan oleh kerajaan. Dah-dah daripada korang heboh sangat boring, bosan duduk rumah tu nak keluar pun tak boleh. Apa kata korang cuba resepi dalgona coffee yang viral tu, lagi bagus, boleh hidangkan untuk minum petang..yummmy


Resepi Dalgona Coffee
  • 2 Sudu kecil serbuk nescafe
  • 2 Sudu kecil  gula
  • 4 sudu kecil air panas
  • Susu segar
  • Ais
Cara-caranya
  1. Campurkan nescafe, gula, air panas dalam 1 bekas, putar guna mixer hingga pekat dan kilat
  2. Ambil gelas, masukkan air dan susu segar 
  3. Masukkan bahan yang di mixer tu ke dalam gelas yang berisi air dan susu
  4. Kalau nak minum tu, kacau lah dulu baru sedappp

p/s: korang boleh gantikan nescafe dengan kopi ataupun milo

Selamat mencuba...


05 April, 2020

Blog Pun Kena PKP Ke?

by on April 05, 2020
Blog Pun Kena PKP Ke? | Sejak bermulanya PKP pada fasa 1 blog nieyl pun ikut berkurung tanpa sebarang update. Padahal banyak aje masa nak update cumanya penyakit M tu yang tak boleh nak di lawan. Tipulah kalau kata tak ada rasa nak update ke, ada uolss cumanya bila nak on laptop, dah pegang handphone serius memang kau akan lupa laptop dah, mesti sibuk tengok IG , FB and main game. hahaha



Rutin sejak PKP ni pun agak membosankan juga sebenarnya. Kalau tak ada PKP ni kita boleh la pergi makan dekat kedai ke, window shopping ke kan so banyaklah aktiviti di luar. Tapi sejak PKP ni masak, kemas , tengok tv, makan, tidur hahaha...itu jelah kerja nieyl hari -hari okay. Sangat tidak sihat, jangan ikut..

Malam ni baru ada sedikit kesedaran untuk gunakan masa PKP fasa 2 ini lebih baik. Harapnya semua yang dirancangkan ini akan menjadi la, yela nak mengubah kebiasaan tu menjadi luar biasa bukan mudah tau. So, nieyl akan mulakan dengan update blog sehari sekerap yang mungkin. Harapnya adalah yang sudi singgah , baca dan boleh beri sedikit ilmu pada orang lain. 

Okay guys..jumpa next entry ya..bye-bye..

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Fasa 2 bermula pada 1 hingga 14 April 2020.

by on April 05, 2020
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Fasa 2 bermula pada 1 hingga 14 April 2020 | Untuk fasa pertama Alhamdulillah berjaya nieyl mengurungkan diri di rumah, kini berada di fasa kedua, moga tiada fasa ke 3. Apa yang dilakukan oleh kerajaan adalah langkah yang terbaik untuk menjamin tahap kesihatan setiap rakyat malaysia. Mereka bukan suka-suka nak keluarkan arahan seperti ini sekiranya keadaan tidak memaksa. Jadi, kita sebagai rakyat Malaysia please jangan selfish sebab ia melibatkan nyawa keluarga serta orang lain. 

Stay at home, keluar bila perlu sahaja itupun perlu dipastikan kita mengikut setiap langkah-langkah keselamatan dan kebersihan yang disarankan oleh KKM.


#stayathome
#kitajagkita
#staysafe

26 March, 2020

Pelan rumah banglo 1 tingkat 5 bedroom 4 bathroom (5221 kps) menjadi pilihan

by on March 26, 2020

Pelan rumah banglo 1 tingkat 5 bedroom 4 bathroom (5221 kps) menjadi pilihan | Setiap orang mempunyai angan-angan memiliki rumah impian kan, nieyl pun sama juga walaupun dah ada rumah sendiri sekarang pemberian ayah tapi bila kita dah berkahwin pastinya kita dan juga pasang impikan rumah idaman. Nieyl suka pelan rumah banglo ni sebab ianya sesuai dengan citarasa nieyl nak ruang rumah yang besar serta ada kawasan dalam rumah tanpa bumbung untuk dijadikan tempat bersandai suami isteri dan anak-anak.

Rekaan rumah banglo setingkat ini berkonsepkan alam semula jadi di dalam rumah.


  1. Rekaan rumah ini adalah setiap ruang di dalam rumah disambungkan antara satu sama lain dan bertumpukan pada elemen alam semula jadi di dalam rumah ini iaitu open courtyard. 
  2. Rekaan open courtyard ini adalah terbuka dan hanya boleh dinikmati oleh pengguna di dalam rumah itu sahaja. Rekaan landskap courtyard itu terletak kepada cita rasa pengguna. 
  3. Kemasan luaran rekaan ini bertemakan minimalis dengan minimalkan pengunaan corak dan coping. 
  4. Disertakan juga rekaan 'light shelf' pada tingkap untuk melantunkan cahaya semula jadi luar masuk ke dalam ruang tertentu di dalam rumah ini. 
  5. Dengan keluasan 5221 kaki²,rekaan banglo setingkat ini mempunyai 5 bilik tidur dan 4 bilik air. Rekaan ini sesuai di mana-mana sahaja lokasi tanah yang berbentuk segi empat sama tidak kira di bandar mahupun di desa.









Fauzan Mahmod


Berkelulusan Sarjana Muda Senibina, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Beliau merupakan staff di Nas Nuri Construction Sdn Bhd yang bertanggungjawab dalam skop rekabentuk arkitektur banglo.