09 December, 2019

Makanan yang menaikkan selera makan kita

Makanan yang menaikkan selera makan kita | Assalamualaikum semua..Ya Allah lamanya tak update blog ni. Rindu kita tak?sorry ya korang nieyl 2 week sibuk dengan short vacation, kemudian dengan interview . Banyak sangat yang nak di story, InsyaÁllah nanti nieyl akan update okay. 

Untuk hilangkan rindu korang, pagi ni nieyl mulakan update entry tentang makanan yang pastinya akan membuatkan korang meleleh air liur masa buat kerja tu..hehehe. Jangan marah ya... 



Ini makanan masa majlis perpisahan pegawai cawangan nieyl. Main menu tempah katering dan yang dessert kebanyakkan potluck. Nanas masak kari/ lemak memang menjadi kegemaran so, nieyl memang makan banyak nanas tu.. Dessert yang nieyl makan tu agar-agar cermin, brownies dan oreo puding.


Boleh dikatakan kerap juga lah cawangan nieyl ni buat makan-makan terutamanya hari jumaat. Murah rezeki orang yang bersedekah ini..Amin, yang bubur daging tu boss sebelah bilik nieyl bagi, kebetulan cawangan dia pun buat makan-makan juga...Jadi,korang faham la ya kenapa nieyl tak kurus-kurus..


Dekat pejabat nieyl, cekodok pisang desa pinggiran putra memang popular sangat sebab cekodok pisang dia memang sedap. Kalau boss balik rumah masa lunch dia selalu akan singgah belikan ataupun nieyl selalu kirim minta dia belikan. Kalau tak silap 7 biji RM1, cekodok pisang dia rangup-rangup tapi tak keras. kalau makan sambil buat kerja tu memang tak sedap, dah habis 1 plastik hehehe


Ha..cuba korang teka harga nasi lemak dalam tupperware ni berapa RM? RM2.50 je abg cafe ni kalau boleh nasi tu dia nak isi penuh-penuh ikut bekas kita tu..hehehe.. Kalau kecil bekas kita tu, sikit jela nasi ko..hahaha..


Sesekali tu nak juga la breakfast ala western konon tapi sambal tetap sambal paru weh..hahaha..kalau makan apa-apa pun pagi mesti nak benda yang pedas baru terbuka selera makan kita tu..ish..tekak orang melayu macam ni la, nasib baik chicken chop tak makan dengan sambal petai nieyl weh hahaha


Nieyl selalu reward kan diri dengan makanan.Last week lepas selesai interview SPA hari tu, lunch tu terus nak pergi makan ayam goreng Mcd. Malas nak drive kita order grab je, pergi la 3 orang. Bila dah sampai mcd mulalah tukar-tukar menu, kejap nak makan ayam kejap nak makan prosperity la..last-last makan ayam goreng je ya nieyl 3 ketul ko sorang hadap..hahaha...

Oklah korang, dah banyak nieyl membebel pagi ni..nanti kita jumpa next entry ya..banyak entry yang masih pending ni...adoi lah..selamat menjamu selera semua yela..dah pukul11.30 dah tu..sikit je lagi nak lunch dah kan...



7 comments:

  1. good luck nieyl untuk interview SPA tu . Yesza , sama macam saya .
    Always reward diri sendiri dengan makanan je , tak beli benda lain pun takpa .
    Asal dapat makan apa yang kita nak . PUAS DAN HAPPY !

    ReplyDelete
  2. Wak pun tengah kuat makan sekarang.
    Nampak makanan apa pun sedap.

    ReplyDelete
  3. mcm nampak bubur :)
    sedap nyer.
    mcD tu pun hu hu hu hu... best nyer!

    ReplyDelete
  4. kat sini hujan.
    bila tgk gambar food perut bunyi2.

    ReplyDelete
  5. Wah.. murah rezeki orang yang jual nasi lemak tu.. banyak tu dengan harga RM2.50..

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)