19 June, 2019

Raya Bersama Keluarga Besar

Raya Bersama Keluarga Besar | Kali ini nieyl nak share gambar raya nieyl bersama keluarga belah nieyl pula, semalam sebelah husband. Tahun ini hanya 4 keluarga sahaja yang beraya team selangor. Yang lagi 5 team raya rumah mertua masing-masing. Tapi tak apa berapa keluarga pun, setiap tahun 13 buah rumah wajib kami sekeluarga pergi ziarah pada hari raya pertama, selalunya sampai ke rumah memang malam la.. Sebab tu raya pertama tak masak beria sangat sebab tak akan ada di rumah.

Bersama anak buah nieyl, Nabila sama tinggi dah dengan makcik dia


Pun anak buah nieyl, Nabil


Tahun ni kakak nieyl anak beranak tumpang kereta nieyl pergi raya sebab pagi raya husband dia demam tak boleh nak pergi raya kekekeke..


Ini rumah nenek nieyl dekat bukit changgang..Rumah pertama yang wajib pergi


Ini pula rumah kedua, abg kepada mak nieyl..


Baru rumah kedua, masing-masing dah kepenatan


Cantikkan pokok hijau belakang tu, hobi pakcik nieyl ngan mak nieyl sama je,
suka tanam pokok..  Disebabkan kawasan rumah nieyl tu tak besar, xboleh la tanam pokok besar mcm nie..


keluarga kakak nieyl yang paling besar ini pun tak cukup korum lagi..


Keluarga abg nieyl yang paling ramai anak..kekeke..


Alamak...solo pula nieyl sebab husband nieyl dah tunggu dekat kereta hehehe


Anak buah nieyl paling tua dah kahwin,ada sorang anak..


3 adik beradik perempuan yang tinggal..



Bersama anak-anak buah nieyl yang semakin hari semakin dewasa


Ini la cucu sulung nieyl, dah 3 tahun dah..

Gambar ayah tak ada, gambar mak pun tak ada sebab ayah nieyl kerja time hari raya ni, mak nieyl pula tak nak ikut pergi raya sebab dia kata dia tak larat dan baru sebulan lebih operation jantung, so dia nak duduk rumah je... InsyaÁllah tahun depan, kembali meriah raya nieyl..tak sabar nak share dgn korang nanti..

Oklah habis dah story family raya nieyl, lepas ni kita tulis story lain pula ya...bye²

6 comments:

  1. Wah...Nieyl pun dah ada cucu erk...akak pun baru ada sorang...

    ReplyDelete
  2. seronok nyer lihat gambar.
    keluarga besar, kemeriahannya pasti besar jugak ekk, nieyl :)

    ReplyDelete
  3. meriah warna warni aidilfitri

    ReplyDelete
  4. wah..meriah tu bila dpt berkumpul ramai2 mcm ni.. seronoks!!!

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)