06 March, 2019

Santan Restaurant Bangi

Santan Restaurant Bangi | Asalnya sembang-sembang biasa je dengan kakak abang ipar, petang tu rasa nak makan cendol durian tapi nak durian yang seulas-seulas tu. wah!nampak demand kan.. Punya lah abang ipar nieyl search google cari, last-last jumpa satu kedai yang belum pernah terjah lagi. 

Sampai-sampai je kita order candol durian dulu sebab cuaca memang panas sangatkan kebelakangan ni so, kena basahkan tekak dulu..Jom layan makanan yang nieyl order. Nieyl order makanan yang minum petang saja, sebab tengah hari dah makan nasi berlauk dekat rumah.


Cucur Udang ini special, sebab dalam pinggan tu bukan semata-mata cucur udang ia ada tauhu bakar/goreng, nugget, timun dan ada isi ketam stick..


Ini pula cendol durian. Dekat sini kalau korang boleh order pelbagai jenis cendol, dan kalau order cendol durian dia ada size durian juga, harga mengikut size durian tau. Hari tu nieyl amek yang small je itu pun ada 2 ulas, memang sedap dan puas hati makan..musim panas-panas ni..


Ini antara harga cendol pelbagai jenis, so..yang mana tak suka makan durian tu boleh order cendol yang lain yang tiada durian.





Antara menu yang nieyl order dekat atas tu adalah cendawan goreng , baby crab dan sotong goreng. Apa yang nieyl suka dengan kedai ni adalah suasana tempat makan yang sangat selesa,bersih, harga makanan tidak terlalu murah dan tidak terlalu mahal. 

Untuk pengetahuan korang, santan restaurant bangi ini dalam satu kedai dia banyak station. Jadi, memang sesuai sangat untuk mereka-mereka yang mempunyai selera makan yang berbeza. Antaranya ;-

Station Gorengan : Crispy Baby Crab, Sotong Goreng Tepung, Korean Chicken Wings, Cendawan Goreng Tepung & Udang Goreng Tepung 

Station Nasi Lemak Special: Crispy Baby Crab, Sotong Goreng Tepung, Korean Chicken Wings, Udang Goreng Tepung, Chicken Chop & Chicken Grill. 

Station Set Menu Pagi: Cucur Udang, Mee Kari, Laksa “Santan”, keropok Lekor.

Station Dessert : Cendol Bakar Auntie Sue, Milo Ais Kepal, Fudgy Brownies Ice Cream, Float (A&W, Coke, Strawberry), Waffle Ice Cream (Salted Caramel, Chocolate, Strawberry) & Ice Cream Sundae 

Dapur PanasđŸ†•️ : Indomie Claypot Special (Baby , Crispy Chicken, Korean Chicken, Grill Chicken, Crispy Baby Crab, Sotong Goreng, Crabstick & Sausage, Basic & Udang Goreng tepung), Nasi Ayam (Crispy Chicken & Grill Chicken)


Time ni mak 2 3 hari keluar hospital, saja bawa mak keluar jalan-jalan makan angin supaya dia lupakan masalah penyakit dia..Doakan semoga mak nieyl sentiasa tabah dan redha dan di berikan kesihatan yang baik ya...


Jadi, kalau korang berada di sekitarnya boleh la cuba makan dekat sini, dengar kata kalau waktu malam kedai ini penuh dengan pelanggan. Jadi, selamat menjamu selera.


Santan Restaurant Bangi
2191-19, Jalan Bahagia Teras Jernang Bangi
019-6428684

Open 11 pagi - 12.30 tgh malam

Facebook Page : Santan restaurant Bangi 


3 comments:

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)