31 May, 2018

Ikan Masak Taucu

by on May 31, 2018
Hari-hari fikir nak masak apa waktu berbuka nanti, korang yang fikir tu samalah macam nieyl fikir setiap hari. Seboleh-bolehnya tak nak masak lauk berulang dalam minggu yang sama. Bulan puasa ni lah baru sibuk nak masak masakan yang tak pernah masak. Kononnya nak ubah selera makan asyik yang sama aje kan..

Kali ini nieyl try resepi ikan masak taucu. Jujur cakap nieyl pernah cuba masak masakan ini 6 tahun yang lepas, masa mula-mula kahwin dulu tapi sayang masin ya amat. Ha-ha-ha..lawak bila fikir sebab masa tu tak berapa mahir sangat nak masak ni.

So, ini kali kedua la kiranya nieyl masak masakan taucu ni..Baru lah nieyl taucu sebenarnya tak perlu letak banyak taucu tu rupanya sebab dia dah masin dan tak perlu letak garam bagai. Kalau letak memang nak kena darah tinggi lah makan nanti..

Meh nak share resepi tapi ini resepi biasa-biasa je tau..Bukan nak riak kata kita ni pandai masak ke apa..share untuk yang baru-baru nak belajar masak taucu ni..

Bahan-Bahan
  • Ikan digoreng
  • halia,bawang besar,bawang putih (dihiris halus)
  • Cili api dibelah (ikut nak letak banyak mana)lagi banyak, lagi pedas la
  • Taucu 2- 3 sudu besar
  • Bawang besar potong 4 (tak letak pun tak apa)
  • Gula sedikit
  • Secukup rasa (kalau ada,kalau tak ada pun tak apa)
  • Air secukupnya
Cara-cara
  • Tumis bahan-bahan yang dihiris
  • Kemudian masukkan Taucu,kacau
  • Masukkan air secukupnya, kemudian cili api
  • Dah menggelegak kuah tu boleh masukkan ikan
  • Masukkan gula dan secukup rasa
  • Last sekali masukkan bawang merah yang di potong 4 td
  • Kacau dan dah siapppp...


Korang boleh tengok video di bawah nie, nieyl ada tunjukkan step-step nya,semoga dapat membantu korang yang first time masak taucu nie.. Selamat Mencuba..



30 May, 2018

Surprise!hadiah untuk officemate

by on May 30, 2018
Bila bab beli hadiah ni memang fail tau, sebab kalau boleh nak bagi hadiah yang orang suka dan orang pakai. Dua officemate nieyl dapat bertukar keluar dari jabatan nieyl kerja dieorang pergi ke kementerian untuk belajar benda baru. Lagipun dieorang ni dah kira otai dekat sini sebab dah melebihi 10 tahun dah pun dekat jabatan ni. 


Dieorang ni suka tupperware rupanya. So kitaorang share dalam 10 orang untuk belikan dieorang hadiah yang dieorang suka tapi surprise dieorang tak tahu pun.. Sebabnya kitaorang beli atas nama dieorang , bila barang sampai..dieorang macam terpinga-pinga sedangkan dieorang tak ada pun beli barang. Nampak tak excited muka dieorang buka hadiah..


Senyum lebar bila buka-buka tupperware yang memang dia nak beli, sama juga dengan yang tengah buka kotak tu, asyik kata nak beli, asyik usha je..so kami tunaikan wish list dia.. Happy bila hadiah pemberian dieorang suka..


Dalam pada happy,sedih tetap ada juga tau. Dieorang berdua ni bukan sahaja officemate tapi kakak-kakak nieyl yang apa-apa sahaja akan ingat nieyl. Tq korang... Happy sebab korang dah lama nak buat benda baru,Alhamdulillah Allah makbulkan doa korang..Tapi sedih sebab dah kurang geng shopping, geng makan, geng sembang. 

Walau macam mana pun good luck di tempat baru okay,InsyaƁllah lepas raya nanti kte plan keluar sama-sama lagi okay...

28 May, 2018

Souvenir Dari Oversea lagi

by on May 28, 2018
Seronok tengok kawan-kawan pergi travel sana sini , walaupun tak dapat pergi pun tak apa lah belum ada rezeki lagi nak tinggalkan Malaysia ni, sayang Malaysia tau..kekeke.. Sekarang ni ramai yang dah tahu hobi nieyl yang suka buat keychain collection. Alhamdulillah dah makin bertambah tau keychain nieyl dekat pejabat tu. Kena letak dekat pejabat, dekat rumah masih belum ada tempat lagi yang sesuai untk simpan keychain.



Baru-baru ni nieyl dapat keychain dari Paris ,ole-ole dari timbalan pengarah. Nieyl belum lagi ada keychain Eiffel Tower lagi. So, seronok lah bila dapatkan..Hari hari boleh nampak Eiffel twer dekat bilik nieyl ni..kekekeke...


Selang seminggu lepas tu, kakak officemate kesayangan nieyl balik dari oversea juga. Dia memang rapat dengan nieyl so dia tahu la adik dia nieyl suka apa...hihihi... setiap negara dia pergi, dia beli untuk nieyl..sweetkan... yang bestnya 2x dia g dubai dgn itali ..tapi keychain dia takkan sama yang dulu dia kasi...hehehe...

Bos sebelah bilik nieyl ni pun raya ni nak pergi oversea juga ni, bila dia masuk bilik nieyl dia kata dia dah tahu nak beli apa untuk nieyl dah...kekeke...Seronok nieyl duduk pejabat macam nie sebab bos-bos semua macam mak-mak nieyl...kami bagaikan satu keluarga.. kalau boleh tak nak keluar dari ni boleh hehehe...

Selamat Berpuasa semua!

Menu Buka Puasa Ramadhan day 3

by on May 28, 2018
Assalamualaikum korang! kalau ikutkan hari ini nieyl plan nak cuti sambung esok cuti wesak. Tapi hati ni berat hati pula nak cuti sebab kalau cuti pun tak buat apa dekat rumah. Nak buat biskut raya pun nieyl start next week. So, dengan lemah longlainya bersiap pagi -pagi pergi kerja. Hari ini sebilangannya ambil cuti rehat untuk dapatkan 4 hari cuti keseluruhannya. 


Dah puasa hari ke-12, nieyl baru nak share menu hari ke- tapi tak apalah, mana tahu boleh jadi rujukan korang nak masak buka apa hari ini kan. Menu nieyl hari ke-3 hari tu ikan keli (salai) masak lemak cili api bersama nanas,serius memang sedap..yang ni mak nieyl yang masak...bayam tumis bersama cendawan tiram dan ayam goreng..


Lemak cili api tu memang pembuka selera berbuka puasa, kalau korang tak nak salai pun boleh goreng ikan tu dulu untuk elak hancur bila ikan dah berenang dalam lemak tu. 

Semoga membantu korang beri idea masak menu berbuka hari ini...

26 May, 2018

24 May, 2018

Solat tarawih 2018

by on May 24, 2018
Tahun ini ramadhan nieyl lebih bermakna bila dapat berpuasa bersama mak dan pergi tarawih bersama. Hari ini dah 8 ramadhan kan, sekejap sahaja masa berlalu kan. Semoga amalan puasa kita, amalam kebaikan sepanjang bulan ramadhan ini di redhai..Amin..



Erti Solat Tarawih


  • Solat Tarawih bermaksud beristirehat yang dilaksanakan berselang-seli dengan berehat seketika. 
  • Ibadah tambahan yang dilakukan dalam keadaan tenang, tidak tergopoh gapah, sabar bagi menunjukkan tanda ikhlas dan taat kepada Alla SWT.
  • Sekiranya tidak mampu dilaksanakan 20 rakaat maka memadai dengan lapan rakaat serta dibenarkan secara duduk.

Hukum Solat tarawih
Hukumnya sunat Muakkad (yang sangat dituntut) dikerjakan oleh orang-orang Islam lelaki dan perempuan pada tiap-tiap malam bulan Ramadhan sama ada secara berseorangan atau berjemaah.
Sunat dikerjakan di masjid, surau dan lain-lain tempat solat orang-orang Islam.


Kelebihan Solat Tarawih

  • Malam ke 1 – Diampuni dosa-dosa orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan. 
  • Malam ke 2 – Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat Tarawih, serta dosa- dosa kedua ibu bapanya. 
  • Malam ke 3 – Para malaikat di bawah ‘Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat Tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malarnmalam yang lain, semoga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka. 
  • Malam ke 4 -Orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih akan memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran. 
  • Malam ke 5 – Allah S.W.T akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan sembahyang di Masjidil Haram, Masjid Madinah dan Masjidil Aqsa. 
  • Malam ke 6 – Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang yang mengerjakan tarawih malam itu. 
  • Malam ke 7 – Seoalah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s serta menolong Nabi itu menentang musuhnya Fir’aun dan Hamman. 
  • Malam ke 8 – Allah S.W.T mengurniakan pahala orang yang bersolat tarawih sebagaimana pahala yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s. 
  • Malam ke 9 – Allah S.W.T akan mengumiakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hamba-Nya seperti Nabi Muhammad SAW. 
  • Malam ke 10 – Allah SWT mengurniakan kepada kebaikan dunia dan akhirat. 
  • Malam ke 11 – la meninggal dunia didalam keadaan bersih dari dosa seperti baru dilahirkan.
  • Malam ke 12 – la akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya-cahaya.
  • Malam ke 13 – la akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman sentosa dari sebarang kejahatan dan keburukan. 
  • Malam ke 14 – Malaikat-malaikat akan datang menyaksikan mereka bersolat Tarawih serta Allah S.W.T. tidak akan menyesatkan mereka. 
  • Malam ke 15 – Semua malaikat yang memikul Arasy dan Kursi akan berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya. 
  • Malam ke 16 – Allah S.W.T. menuliskan baginya dari kalangan mereka yang terlepas dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga. 
  • Malam ke 17 – Allah S.W.T menuliskan baginya pahala pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi. 
  • Malam ke 18 – Malaikat akan menyeru: Wahai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha denganmu dan dengan kedua ibu bapamu (yang masih hidup atau yang sudah mati). 
  • Malam ke 19 – Allah S.W.T akan meninggikan darjatnya di dalam syurga firdaus. 
  • Malam ke 20 – Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang soleh. 
  • Malam ke 21 – Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga yang diperbuat dari cahaya. 
  • Malam ke 22 – la akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman dari sebarang huru-hara pada hari tersebut. 
  • Malam ke 23 – Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah bandar di dalam syurga daripada cahaya. Malam ke 24 – Allah S.W.T akan membuka peluang untuk dua puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut. 
  • Malam ke 25 – Allah S.W.T akan mengangkat seksa kubur darinya. Malam ke 26 – Allah S.W.T akan mengurniakan pahala empat puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut. 
  • Malam ke 27 – Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya kemudahan untuk melintasi titian sirat sepantas kilat. 
  • Malam ke 28 – Allah S.W.T akan menaikkan kedudukannya seribu darjat di akhirat. 
  • Malam ke 29 – Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seribu haji yang mabrur.

23 May, 2018

Menu Buka Puasa Ramadhan day 2

by on May 23, 2018
Bulan Ramadhan ni pagi-pagi lagi dah fikir menu berbuka puasa nak masak apa..over kan..tapi kalau dah ada perancangan awal tu bagus so, korang tak ada lah rushing sangat nak masak. Kalau nieyl, dah siapkan awal-awal menu untuk seminggu supaya kita tak ulangi masakan yang sama pada minggu yang sama. 

Untuk hari kedua puasa, nieyl masak simple juga ayam masak kicap dan sayur pak choy tumis ikan bilis. Ayam masak kicap antara menu yang wajib masak bulan ramadhan ni sebab ianya pembuka selesa, silap -silap boleh bertambah makan ni tau.. 

Ayam masak kicap ni korang boleh tambah bahan lain, kebetulan masa nak masak tu ubi kentang dah habis so, nieyl tukar kepada cili hijau yang besar tu. Cili tu tak pedas pun kalau nak makan tapi saja nak nampak cantik.

Dan lagi satu kalau korang nak masak ayam kicap ke ayam sambal ke kalau boleh ayam tu jangan goreng garing sangat,nanti keras..agak-agak dah masak tu dah boleh angkat dah..lagi sedap lembut je orang yang tak ada gigi pun boleh makan.. 

Nieyl tak letak resepi sebab rasanya semua orang tahu nak masak ayam kicap macam mana kan.


22 May, 2018

Rahsia Supaya Tidak Menjadi Pelupa

by on May 22, 2018
Dulu masa sekolah rendah nak ambil exam sekolah agama, ustazah nieyl ada beri senarai makanan yang boleh makan dan tak boleh makan dalam tempoh kita belajar sehingga je hari nak exam. Banyak rupanya yang kita tidak digalakkan makan.. yang paling nieyl ingat , gajus..sampai hari ini nieyl jarang makan gajus..hehehe.. 

Selain dari pemakanan, cara belajar juga penting supaya kita tidak lupa.. Ini khas untuk anak-anak yang masih belajar di sekolah rendah dan menengah. 



21 May, 2018

Selamat Hari Ibu

by on May 21, 2018
Setiap hari adalah hari ibu , pengorbanan seorang ibu dari mengandungkan kita 9 bulan, melalui hari -hari dengan pelbagai alahan, kesakitan dalam proses bersalin dan membesarkan kita. Ya Allah tak dapat nieyl nak gambarkan betapa hebatnya mereka yang bergelar ibu. 

Apabila usia semakin meningkat, semakin matang pemikiran maka makin tersedarlah segala dosa dan kesilapan yang pernah kita buat masa remaja. Nieyl ni memang anak yang nakal masa kecil-kecil dulu, sebab itu selalu kena rotan dengan mak ayah..Tapi Alhamdulillah, menjadi manusia yang ingin berbakti pada mak ayah sampai bila-bila..



Gambar yang first ni gambar nieyl bersama mak dan second ni nieyl bersama mak mertua nieyl. Dua- dua wanita yang hebat dalam hidup nieyl. Semoga mereka berdua di berikan kesihatan yang baik, dan selalu dimurahkan rezeki..Amin..


Ha...pada hari ibu hari tu siapa yang tengok buletin tv3 sampai habis?korang perasan tak gambar dekat atas ni...Kalau tak perasan meh nak share..kekeke..lepas ni tunggu untuk raya tahun ni pula.. ♥



Jom Bayar Zakat Fitrah Ikut Harga Beras Yang Dimakan

by on May 21, 2018


SHAH ALAM, 16 Mei 2018 – Kadar Zakat Fitrah yang ditetapkan untuk umat Islam di negeri Selangor padatahun ini iaitu 2018M/1439H kekal RM7 seorang, sama seperti tahun sebelumnya.
Penentuan kadar zakat fitrah ini adalah berdasarkan kepada harga semasa bagi beras Super Tempatan Gred A seberat satu gantang Baghdad iaitu bersamaan 2.60kg.
Bagi golongan yang berkemampuan, boleh memilih untuk menunaikan zakat fitrah mengikut harga beras yang dimakan bagi diri dan tanggungan.
Kadar zakat fitrah tersebut adalah sebanyak RM14.00 seorang bagi beras yang bernilai RM13.00 hingga RM44.00 (untuk harga beras seberat 5kg) dan RM21.00 seorang bagi beras yang bernilai melebihi RM44.00 (untuk harga beras seberat 5kg). Walau bagaimanapun, kadar bayaran zakat melebihi RM7.00 adalah sebagai galakan sahaja dan tiada paksaan kepada pengeluar zakat di Selangor.
Sehubungan itu, bagi memudahkan umat Islam menunaikan zakat fitrah, Lembaga Zakat Selangor (LZS) telah melantik seramai 2,760 penolong amil fitrah di seluruh Selangor sepanjang bulan Ramadan ini.
Selain itu, orang ramai juga boleh menunaikan zakat fitrah di 27 buah cawangan LZS di seluruh Selangor, di samping beberapa pasar raya terpilih di sekitar Lembah Klang. Zakat fitrah juga boleh ditunaikan melalui penolong amil institut pengajian tinggi (IPT) di 14 buah IPT di seluruh Selangor.
 Dalam perkembangan yang sama, LZS akan membuka 27 cawangannya di seluruh Selangor selama tujuh hari seminggu termasuk cuti umum sepanjang Ramadan ini. Ini bagi memudahkan masyarakat yang mengambil kesempatan menunaikan zakat harta dan fitrah pada bulan Ramadan. Waktu urusan pada hari bekerja bermula dari 8.30 pagi hingga 4.30 petang. Manakala pada hari Sabtu, Ahad dan cuti umum, cawangan LZS akan dibuka bermula 9.00 pagi hingga 3.00 petang.

Maklumat lanjut boleh layari website zakat selangor 


18 May, 2018

Menu Buka Puasa Ramadhan day 1

by on May 18, 2018
Bermula episode sharing menu berbuka puasa di media sosial. Nieyl suka juga tengok kawan-kawan post menu buka puasa dieorang. Sebab kalau yang dah selalu memasak, akan sampai waktunya dah tak tahu nak masak apa kan.  So, pagi ni nieyl nak share menu berbuka hari pertama nieyl semalam. Balik kerja nieyl terus bersilat dekat dapur, masak pun semalam simple je tapi husband bertambah makan...kekeke..


Nieyl masak lemak pucuk ubi , kebetulan hari rabu kawan mak kasi Alhamdulillah rezeki bulan puasa ni. Biasanya kalau lemak-lemak berkuah ni sedap kalau makan bersama sambal. Ha..tak kira lah sampai udang ke ayam ke ikan ke. Nieyl kebetulan ada ikan sardin tu, nieyl masaklah sambal merah. Memang kombinasi yang terbaiklah makan waktu berbuka puasa. 

Oh ya, tips nieyl untuk mengelakkan perut kita ni terkejut tiba-tiba masuk pelbagai makanan. Nieyl selalu amalkan minum air suam terlebih dahulu dan makan 2 biji kurma sebelum makan makanan yang berat. Kalau boleh janganlah buka terus minum air sejuk, kesian perut kita terkejut..šŸ˜ƒ

Tengah fikir menu untuk berbuka hari ini..hehehe..awal pagi dah fikir ya...

17 May, 2018

Selamat Berpuasa Semua

by on May 17, 2018
Hari Pertama di Bulan Ramadhan, pagi tadi bangun sahur tak?ke terlajak?hihihi..kalau bangun tu bagus kalau terlajak tu nak buat macam mana kan..puasa tetap kena puasa juga tau. Alhamdulillah, hari pertama sahur hari ni susah sikit nak bangun sebabnya awal 1 jam dari hari bangun biasa. Berkali-kali juga la mak nieyl ketuk pintu bilik panggil bangun. Kalau tidak, memang terlajak juga ni..hihihi

Semoga amal ibadah kita diterima dan mendapat manfaat dari puasa. Jangan lupa pergi solat tarawih juga tau...


15 May, 2018

Tanggungjawab PRU14 selesai

by on May 15, 2018
Masih belum terlambat rasanya kalau nak update pasal PRU14 ni kan. Alhamdulillah tanggal 9 Mei 2018 merupakan hari mengundi bagi seluruh rakyat Malaysia, dan ia merupakan kali kedua nieyl mengundi , yang pertama ketika umur nieyl 25 tahun. Pengalaman 5 tahun sekali ini cukup bermakna untuk kita rakyat Malaysia. Kerana dengan satu undi boleh mengubah segalanya. Apa-apa pun undi itu adalah rahsia. 


Pada hari kejadian, nieyl keluar rumah dalam pukul10.30 lebih kurang la, masa tu nampak macam saluran nieyl tu tak adalah panjang mana berbanding dengan saluran 2 kakak nieyl tu mak ai sepanjang - panjang nya. Happy la ckp dengan dia,nieyl yang akan habis dulu...


Nampak je pendek tapi Ya Allah dekat 2 jam lebih beratur tau. Kejap duduk,kejap berdiri..sangat slow la saluran nieyl tu...nasib baiklah nieyl sekali dengan abg ipar nieyl saluran yang sama,so boleh gak la sembang-sembang tak adalah bosan sangat.


Barisan kakak nieyl yang panjang tu sekejap je siap, yang kteorg ni adeh tak sampai-sampai turn nya. Dekat pukul 12 lebih baru settel semuanya..Alhamdulillah.. Selepas mengundi, kita terima apa sahaja keputusan...yg penting negara aman, nasib rakyat terbela dan rakyat dapat jalani kehidupan dengan baik...

5 sebab kenapa anda perlu mempunyai WD-40® untuk Raya ini!

by on May 15, 2018


Bulan Ramadhan akan bermula tidak lama lagi, menandakan sambutan Hari Raya Aidilfitri semakin hampir. Ini juga bermakna tiba masanya untuk memastikan kediaman anda adalah bersih dan bersedia untuk menghadapi musim perayaan besar ini!

Namun, sebelum anda memulakannya, kami mengesyorkan supaya sekurang-kurangnya anda memiliki Produk Pelbagai Guna WD-40®. Kenapa? Nah, terdapat lebih 2,000 sebab mengapa botol biru ini menjadi barangan wajib ada di setiap rumah di seluruh dunia pada masa kini.

Walau bagaimanapun, terdapat banyak sebab mengapa anda perlu memilikinya untuk memudahkan tugasan am. Oleh itu, kami telah memilih secara rawak lima daripada sebab utama yang bermain diminda anda, serta memikirkan tips terbaik untuk membantu anda membersihkan kediaman anda pada musim Raya ini. Antaranya ialah:

Pembersih Noda Kotoran Terbaik:  Terdapat kotoran krayon di dinding anda ataupun kesan kopi di meja ? anda hanya perlu menyembur Produk Pelbagai Guna  WD-40® di atas permukaan yang terkena kotoran terbabit dan gosokkannya dengan kain bersih!



Terbaik untuk mengilatkan kutleri, dekorasi besi/krom: Mengilatkan perkakasan dekorasi atau dapur anda supaya ia kelihatan baru semula hanya semudah dengan sembur dan gosok.



Pakar menanggalkan minyak: Adakah terdapat kesan minyak degil di tempat garaj kereta anda ? Hanya sembur, biarkan untuk beberapa minit dan lap sehingga bersih.


Berfungsi  pada kesan kotoran di permukaan yang sukar dibersihkan: Adakah lantai jubin (dapur, bilik mandi, ruang tamu dan lain-lain) dicemari oleh kesan  kotoran ? Hanya sembur dan kemudian gosok untuk menanggalkan kotoran berkenaan.





Penyingkir gam yang telah kering, berkerak dan  kesan getah: Hanya sembur dan gosokkannya untuk hilangkan kesan yang degil. Jika terdapat kesan lama yang telah lama kering, sembur lebih sedikit dan teruskan gosok sehingga kesan itu luntur serta hilang.

Jelas sekali, anda akan yakin dengan keberkesanan Produk Pelbagai Guna  WD-40® yang sangat berguna sebagai pembantu yang perlu ada di setiap rumah!

Jadi jangan mulakan kerja permbersihan anda tanpa produk ini di tangan. Percayalah, anda akan berterima kasih dengan kami nanti.

Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai kelebihan barisan produk WD-40® yang boleh membantu anda, sila layari http://wd40.asia.



14 May, 2018

Menang Luck Draw Sambil Makan-Makan

by on May 14, 2018
Selamat pagi isnin dan selamat kembali bekerja untuk yang bekerja hari ni. Ya Allah bila dah cuti lama sangat kemalasan nak bangun pagi amatlah terserlah dalam diri ini. Tulah, jangan la kasi cuti lama-lama lagi. Hari ni memang monday blues la, belum dapat lagi rentak mood pagi ni. Walupun masih lagi tinggal sakit baki mood cuti 5 hari ni, nieyl nak share gambar-gambar makanan masa nieyl menghadiri program stylista pejabat nieyl anjuran puspanita . 








Selain ada pertunjukan fesyen, ada juga jualan-jualan pelbagai barangan seperti shawl, tudung, makanan, kain pasang, baju pre loved macam-macam lagi la. Lepas beratur ambil makanan, kitaorang duduk bersila sementara menunggu no bertuah di sebut.hihihi..






Kitaorang pergi 6 org, 4 sahaja yang bertuah kali ni..kekeke...masing-masing bergambar bersama hadiah yang dimenangi..Semuanya barangan IKEA, ada tapis, frame dan alat buat kuih..Gambar ni akan menjadi kenangan sampai bila-bila tau...Rindu ko qiem..

07 May, 2018

Bahaya, Jika madu dicampurkan dalam makanan

by on May 07, 2018
Khasiat Madu tidak dinafikan terlalu banyak mengandungi khasiat dan protein yang sangat baik untuk kesihatan. Dengan rasanya yang sedap , madu sering kali dicampurkan dengan minuman lain sebagai penambah rasa dan khasiat. 


Untuk mengetahuan korang, ada beberapa makanan yang tidak boleh dicampurkan dengan madu kerana boleh menghilangkan khasiatnya serta memudaratkan. Sila ambil tahu, madu adalah pemanis semulajadi yang mengandungi khasiat ubat semulajadi.



Ini antara makanan yang tidak boleh dicampurkan dengan madu.

1. Madu dengan (minyak sapi) - Madu dan minyak sapi tidak dianggap sebagai kombinasi yang ideal. jika kedua komponen ini dicampurkan ia akan membawa padah. 

2. Madu dengan lobak - mencampurkan lobak dan madu boleh membentuk zat beracun di dalam tubuh. Jika kita menambahkan madu pada salad, pastikan salad anda tidak mempunyai lobak.
3. Madu dengan daging- Mencampurkan madu dengan produk daging sangat dilarang kerana dapat menyebabkan beberapa masalah kesihatan ketika dimakan sekali dalam satu hidangan.
4. Menambahkan madu ke dalam air mendidih -  Menambahkan madu ke dalam air panas dapat menyebabkan kenaikan dari hydroxymethyl furfuraldehyde (HMF) yang dapat meningkatkan toksik pada tubuh manusia.



ITS TIME FOR A GIVEAWAY BY OMBAKBERGIGI

by on May 07, 2018




Its Time For A Giveaway By OmbakBergigi bermula dari saat ini, 12.00 tengahari 24 April 2018 sehingga 11.59 malam 8 May 2018. Semua blogger yang bermastautin di Malaysia dijemput join. 5 pemenang bertuah dicari. Hadiah berupa ole-ole fridge magnet dan keychain (will upload soon).

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Ombak BergigiAdd To Circle Google+ Ombak Bergigi, dan Follow Instagram @ombakbergigi (jika ada)
  2. Buat entri bertajuk ITS TIME FOR A GIVEAWAY BY OMBAKBERGIGI
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Hantar URL entri anda ke dalam ruangan komen 
  5. Segmen akan tamat pada 11.59 malam 8 May 2018.

Pemenang akan dipilih melalui cabutan bertuah manual dan keputusan pemenang akan diumumkan pada 8 May 2018.

** support I ya.....




Majlis Aqiqah Putri

by on May 07, 2018
Assalamualaikum korang..baru nak menaip entry untuk minggu ni sambil breakfast. Bulan lepas majlis aqiqah Putri anak buah ke-3 belah husband, Putri ni adik kepada Adam. Ha..siapa rajin baca blog nieyl mesti kenal Adam kan. 


Alhamdulillah, walaupun bulan lepas hampir setiap petang hujang lebat..hari majlis dapat diselesai sebelum hujan turun. Sepanjang majlis Putri sangat baik dan behave sampai majlis selesai. Suka dia duduk dalam buaian. 


Ini Ellsa, anak buah ke-2 dalam family husband. Dia suka selfie,kalau selfie pasti menyengeh punya. Ellsa 2 minggu sekali balik, sebab kalau mummy dia ada class dekat uitm. Next week mengundi Ellsa balik lagi sini dengan mummy naik flight. Ellsa duduk Sungai Petani. Budak kecil ni nak dengan mummy dia je,karang nak dengan orang lain..tapi kena pandai umpan mummy dia kata...


Cantik tak baju kiteorang?baju ni sebenarnya untuk wedding sepupu en.husband bulan 2 hari tu..tapi x sempat nak pakai pun..so,kteorang pakai time majlis aqiqah Putri. Lagipun tahun ni , raya tak beli baju pun,sebab tahun ni banyak buat baju untuk kenduri.. tu ada lagi 2 pasang tak tempah lagi untuk wedding bulan 8 ni..


Ha..nampak tak mula ellsa tersengih tu..ha..sebabnya amek gambar selfie,dia nampak muka dia dekat camera..hehehe..cuba orang snapkan ga,bar,macam gambar dekat atas tu..masam je..kekeke


Nieyl dengan adik-adik ipar perempuan, kalau nak tahu,ketinggian kami bertiga ni lebih kurang je..kekeke..


Ellsa naik buai Putri,dlu ellsa aqiqah dia menagis tak nak duduk dalam buai tu..kekeke..

Makin tahun makin bertambah ahli keluarga husband...InsyaƁllah bulan 8 nanti akan terima menantu lagi mak mertua nieyl,yang terakhir...InsyaƁllah..harap² xde dah terima menantu lagi..klu x,memang naik hantu laa..kekeke...