28 March, 2018

Celebrate Birthday Ramai-ramai

by on March 28, 2018
Niat di hati sebenarnya nak pergi celebrate birthday kakak nieyl, memag setiap tahun abg ipar nieyl akan spend masa untuk celebrate birthday kakak bersama keluarga belah abg ipar nieyl. Husband nieyl dengan keluarga belah abg ipar nieyl memang dah semakin akrab so. dah macam family besar. So, memang tak ada rasa kekok pun dalam majlis tu..


Nampak tak 3 ketul kek sekali nak potong, selain nak celebrate birthday kakak, kita sambut sekali bersama mereka yang lahir bulan MARCH...termasuklah nieyl kekeke...so sweet lah dieorg ni...


Rasanya lebih dari 10 set hidangan menu yg sama macam dekat atas ni..untuk 4 orang makan. Rezeki jangan di tolak tapi diet makan kena skip hari tersebut..ish..nasib baiklah sehari je...kemudian hari jumaat pergi bakar lemak dekat gym..


Inilah kakak nieyl yang sekarang ni paling rapat dengan nieyl selepas arwah kakak yang sulung. Nieyl ada seorang lagi kakak rapat juga tapi tak serapat macam kakak yang ini..susah senang nieyl akan cari dia..kata mak, kalau mak xde nanti...kakak ni lah yang akan jadi mak nieyl...

* nieyl susah sikit nak up entry minggu ni dan next week sebab kena cover tempat PA Pengarah..

27 March, 2018

Aizat Amdan - Sampai Ke Hari Tua (Official Music Video)

by on March 27, 2018

jika ku radio
dan engkau lagunya
dan aku putarkan
hingga semua terleka

begitulah kita
ditakdirkan
untuk bersama

jika
ku air wudhumu
menjadi serimu
dalam lima waktu

jika
kau kuat percaya
akulah jodohmu
jagamu selalu

menarilah sayang
di hari bahagia
di bawah bulan bintang
kasih kita berdua

jangan bimbang sayang
kita harungi bersama
berdua selamanya.........

sampai ke hari tua....
mencintaimu....

kaulah watak utama
dalam setiap drama
yang sering dimainkan
menjadi kegilaan

begitulah kita
ditakdirkan untuk bersama

jika
ku air wudhumu
menjadi serimu
dalam lima waktu

jika
kau kuat percaya
akulah jodohmu
jagamu selalu

menarilah sayang
di hari bahagia
di bawah bulan bintang
kasih kita berdua

jangan bimbang sayang
kita harungi bersama
berdua selamanya.........

sampai ke hari tua....
mencintaimu....

jangan bimbang sayang
kita harungi bersama
berdua selamanya.........

sampai ke hari tua....

hingga ke akhirnya
kaulah cinta terindah
engkaulah satunya
sampai ke hari tua

menjadi milikku
hingga ke hujung nyawa
mencintai mu....
mencintai mu....
mencintai mu....

26 March, 2018

CABARAN 14 HARI EUCERIN® PROACNE SOLUTION A.I. CLEARING TREATMENT BEBAS JERAWAT

by on March 26, 2018

CABARAN 14 HARI 
EUCERIN® PROACNE SOLUTION A.I. CLEARING TREATMENT

Sebelum-sebelum ini pernah nama produk Eucerin cuma tidak pernah sekali pun cuba tapi baru-baru ini nieyl berpeluang untuk mencuba dan merasai sendiri pengalaman menggunakan produk Eucerin . Untuk pengetahuan semua, produk Eucerin telah mengeluarkan produk terbaru mereka yang  di beri nama Eucerin® ProACNE Solution A.I. Clearing Treatment. 


Ianya adalah pelembap untuk kulit berminyak dan berjerawat ini direka dan diuji khas untuk membersihkan pori yang tersumbat, mengurangkan dan menghalang kemunculan semula jerawat, di samping mengekalkan kelembapan kulit.



Antara formula yang digunakan
Formulanya terdiri daripada:

     10% Hydroxy Complex, kombinasi tiga ejen pengelupasan yang berkuasa tinggi iaitu  AHA (asid glikolik), BHA (asid salisilik) dan PHA (gluconolactone) yang membantu memperbaharui permukaan kulit, membersihkan pori, mengurangkan bakteria penyebab jerawat, P. acnes, dan menanggalkan sel kulit mati;
 Licochalcone A, bahan anti radang yang mengurangkan kerengsaan dan membantu mengurangkan kemerahan pada wajah;
 Dexpanthenol, yang terhasil daripada vitamin B5 adalah pelembap yang mengekalkan kandugan air dalam wajah untuk meningkatkan daya tahan kulit dan melindunginya daripada pencemaran alam sekitar.

Sebanyak 94 peratus pengguna bersetuju yang Eucerin® ProACNE Solution A.I. Clearing Treatment menghalang pertumbuhan jerawat baharu dan mengurangkan bekas jerawat hitam sementara 80 peratus pengguna bersetuju produk ini mengurangkan bintik putih, bintik hitam, dan mengurangkan jerawat yang bengkak.

Cabaran 14 Hari bersama Eucerin® ProACNE Solution A.I. Clearing Treatment 

Ramai yang kata kulit muka nieyl ni licin, gebu dan tidak ada jerawat. Sebenarnya kulit nieyl ni jerawat dia halus-halus dan sangat jarang di tumbuh jerawat yang besar-besar. Bulan lepas ada 2 biji jerawat besar bila dah kecut, kesan parut masih ada.

So, bila dapat je produk ni nieyl terus apply dekat muka sehari dua kali iaitu siang dan malam. Rasanya tak sampai seminggu, kesan parut makin hari makin pudar sehinggalah hari ke -14 terus hilang serta merta..Yeayy..Akhirnya nieyl dah jumpa masalah untuk mengatasi masalah jerawat dan parut jerawat.


Maaflah zoom muka besar sangat sebab nak tunjukkan keberkesanan tidak perlu risau lagi bila jerawat tumbuh semuanya akan hilang dengan menggunakan Eucerin® ProACNE Solution A.I. Clearing Treatment . Selain dari jerawat dan parut hilang, ianya boleh mengecilkan liang pori di muka dan membuat kulit muka lebih licin dan bersih tanpa jerawat.

Kepada yang ada masalah jerawat,parut jerawat sangat rekemen Eucerin® ProACNE Solution A.I. Clearing Treatment, korang pasti tidak akan menyesal malah terus jatuh cinta. 


Tentang Produk Eucerin®

Eucerin® ProACNE Solution A.I. Clearing Treatment adalah sebahagian daripada produk penjagaan kulit komprehensif ProACNE**** yang terdiri daripada pencuci muka, pelembap, skrub, serum dan pelembap siang. Dapatkannya di farmasi seluruh negara dengan harga yang disyorkan iaitu RM62. Produk ini beserta produk lain dalam rangkaian yang sama kini tersedia dalam bungkusan yang diperbaharui.

Untuk maklumat lanjut tentang rangkaian penuh penjagaan muka ProACNE daripada Eucerin®, log masuk ke www.eucerin.my atau www.facebook.com/EucerinMY.

Tentang Eucerin®

Dilancarkan lebih 100 tahun lalu, Eucerin® adalah peneraju inovasi dalam sains penjagaan kulit. Hari ini, jenama ini telah menjadi salah satu jenama dermo-kosmetik yang paling dipercayai di dunia, dibangunkan dan disyorkan oleh ahli dermatologi, dengan disokong oleh kajian terperinci. Menggunakan pendekatan berasaskan sains, Eucerin membangunkan penjagaan kulit derma yang selamat dan efektif dengan menggabungkan manfaat kosmetik dan keberkesanan produk farmaseutikal. Jenama ini membuat pelaburan besar dalam kajian dan pembangunan diikuti dengan ujian-ujian ketat untuk memberikan pengguna produk penjagaan kulit yang inovatif dan efektif untuk kulit yang sihat di samping memberi penjagaan khas pada kulit untuk sekarang dan di masa hadapan.

Holiday Di Tanjung Biru Port Dickson

by on March 26, 2018
Tanjung biru menjadi tempat pilihan percutian nieyl kali ini bersama suami, mak dan family kakak. Bagi yang tak tahu di mana Tanjung Biru, ia terletak di Port Dickson, Negeri Sembilan. Untuk percutian bajet kali ini kitaorang pergi yang dekat sahaja dan yang penting semua orang happy. Nieyl bergerak dari rumah dalam pukul 11 pagi, sampai di PD lebih kurang pukul1. Itupun nieyl dari rumah ikut jalan dalam jadi masa perjalanan tu singkat mengambil masa lebih kurang 1 jam 30 minit dan tanpa tol..kekeke..

Kakak nieyl 2 buah kereta dari Petaling Jaya, so dieorang kena ikut highway dan kitaorang jumpa di dataran teluk kemang kemudian pergi makan tengah hari dulu sebelum check in..

Sementara tunggu family kakak sampai, nieyl bawa mak pergi jalan-jalan dekat Teluk Kemang sambil makan buah dan menikmati pemandangan di sekelingi.


Ini cuci sulung nieyl, nampak tak tu..mata hitam dia besar. Bila dah lunch , saja je nieyl ajak cucu ni naik kereta nieyl, sebab kata kakak nieyl dia kalau dalam kereta dengan nenek dia tak duduk diam. Tp bila duduk dengan nieyl, bagus..baik je dia..duduk setempat je..kekeke..

Sampai je kondo,urusan check in pun selesai..ramai-ramai angkat barang naik. Nasib baiklah dapat kondo tingkat 2 je..Sebabnya barang kiteorang banyak sangat dengan beg pakaian, barang-barang makanan lagi. Dah alang-alang dapat kondo yang boleh masak, apa lagi save money okay.

Budak-budak biasalah nampak kolam, tak kira tengah panas ke tak terus turun mandi..Nieyl dengan kakak turun petang dah redup sikit, baru kiteorang join mandi kolam. Masa tu tak berapa ramai lagi mungkin dieorang check in lewat petang.





Lepas puas mandi manda dalam kolam,semua naik mandi air bersih, solat maghrib dan isyak. Kemudian pergi makan malam dekat luar untuk hari pertama. 





Untuk percutian 3 hari 2 malam ni nieyl hanya keluarkan duit RM300 termasuk duit penginapan dan makan-makan. Ha..yang ini dah siap-siap collect dah. Tak payah nak fikir lagi, kos minyak pergi balik pun dalam rm40 je.. 

Kalau pergi bercuti macam ni seronok sebab bajet kita share bahagi berapa keluarga yang join..InsyaÁllah bulan 9 ini akan pergi lagi bercuti tapi masih lagi tengah mencari tempat yang sesuai mengikut bajet dan jarak perjalanan. 

Korang anak-anak cuti sekolah pergi mana je?atau balik kampung...



22 March, 2018

Fenomena Ekuinoks

by on March 22, 2018
Ekuinoks merupakan fenomena tahunan matahari yang berlaku dua kali setiap tahun iaitu pada bulan Mac dan September. Perkataan ekuinoks berasal daripada perkataan Latin, yang bermaksud ‘malam yang sama’. Ketika berlakunya fenomena Ekuinoks, seluruh dunia akan mengalami tempoh waktu siang dan malam yang hampir sama iaitu 12 jam. Selain itu, fenomena Ekuinoks juga menandakan permulaan musim bunga dan musim luruh di Hemisfera Utara dan Selatan. 

Paksi putaran Bumi adalah sendeng sebanyak 23.4° berbanding satah orbit bumi. Oleh itu, kedudukan matahari tidak akan berada tegak di atas garisan Khatulistiwa melainkan sewaktu berlakunya Ekuinoks. Penduduk yang tinggal di sekitar kawasan garisan Khatulistiwa juga dapat melihat Matahari yang dijangka berada tegak di atas kepala pada waktu tengah hari, bergantung kepada waktu tempatan masing-masing. Cahaya matahari boleh dikatakan serenjang dengan garisan Khatulistiwa semasa fenomena ini berlaku. 

Pada tahun ini, Ekuinoks pertama dijangka berlaku pada 21 Mac ini. Matahari akan berada tepat (kosong darjah) di atas garisan Khatulistiwa pada pukul 12.15 pagi. Dengan sinaran matahari yang diterima penuh setiap hari, kita yang tinggal di sekitar Khatulistiwa mungkin tidak merasakan perbezaan panjang siang dan malam ini. Oleh itu, isu berkaitan Ekuinoks bukan sesuatu yang luar biasa. Namun, Ekuinoks Mac ini adalah permulaan bagi musim bunga di Hemisfera Utara dan musim luruh di Hemisfera Selatan. Ekuinoks kedua pula dijangka berlaku pada 23 September ini. 


Matahari akan berada tepat di atas garisan Khatulistiwa pada pukul 9.54 pagi. Ekuinoks September pula adalah permulaan bagi musim luruh di Hemisfera Utara dan musim bunga di Hemisfera Selatan. Perubahan cuaca dan kepanasan melampau disebabkan oleh pelbagai faktor tetapi fenomena Ekuinoks bukanlah salah satu daripada faktor tersebut. Walaupun Ekuinoks berlaku pada bulan Mac dan September, suhu tertinggi hanya direkodkan pada bulan Mac, tetapi tidak pada bulan September berdasarkan laporan laman sesawang weather-and-climate.com. 

Perubahan kitaran kedudukan matahari semasa Ekuinoks hanya menyebabkan adanya pertukaran musim yang kita alami di Bumi. Hemisfera Utara akan menerima banyak sinaran matahari berbanding Hemisfera Selatan selepas Ekuinoks Mac berlaku dan sebaliknya apabila berlaku Ekuinoks September ini.

Sumber : Utusan Malaysia,14 Mac 2018


* Banyakkan minum air kosong ya

21 March, 2018

Tahniah Datuk Siti Nurhaliza

by on March 21, 2018

Excitednya bila tahu yang Tokti dah bersalin, teruja sebab penantian selama 11 tahun berakhir dengan kelahiran seorang princess. Baby seberat 3.55 Kg dilahirkan secara pembedahan di sebuah pusat perubatan di ibu kota pada 19 Mac 2018 bersamaan 1 Rejab.

Semoga penantian nieyl juga akan berakhir tidak lama lagi, doakan yang baik-baik ya semoga rezeki nieyl juga akan tiba.

Semoga baby tokti menjadi anak yang solehah,didunia dan akhirat..Amin...Amin...

Join Cardio Fitness Class

by on March 21, 2018
Dah lama sebenarnya nak join class-class fitness ni tapi itulah kekuatan diri dan mental kena kuat sebabnya kalau boleh taknak angan-angan tahi ayam orang kata. Hari jumaat lepas, geng kempen jom sihat buat class cardio fitness dekat GYM, so nieyl excited lah nak join sebab semuanya kawan-kawan opis. Buat hari jumaat time rehat lama start 12.30 hingga 1.30 sahaja kemudian sambung tidur..hahaha...


Sebelum mulakan cardio fitness, kena warm up dulu supaya otot-otot tidak terkejut. Dalam gym banyak alat-alat senaman yang boleh kita main antara yang nieyl sempat main cycling..hihihi.. Selepas tu, kitaorang dah start cardio fitness..Tak banyak pun step lebih kurang 8 step je..tapi buat 3 round. Memula memang enjoy, lama-lama adeh tak cukup nafas rasanya..hehehe..memang berpeluh satu baju basah, peluh dekat muka jangan cakap la..macam air hujan.. Cuma untuk kali ni kita buat mengikut kemampuan diri kita sahaja, tak boleh paksa. 


Routine yang nieyl buat :-

1. High knee with skip
2. Wide squat and side knee raise
3. Lateral crab walk ( wide squat and walk)
4. 4 Jumping jacks and 2 jump/normal squat
5. 4 high knee and 4 front kick
6. Knee push up and plank side step
7. Reverse back lunges
8. Whole body shuffle


Walaupun tak ramai tapi bila buat ramai-ramai rasa enjoy, seronok , sakit tetap sakit..hihihi.. Nieyl tekad nak pergi gym setiap minggu. Untuk lebih fit sambil jaga pemakanan. Korang doakan nieyl okay supaya lebih sihat.

16 March, 2018

School Holidays

by on March 16, 2018
Bila tiba musim cuti sekolah, anak-anak buah nieyl yang ramai dekat rumah tu melompat-lompat keriangan sebab apa tak perlu lagi bangun pagi,tak perlu iron baju. Dan kadang-kadang ada juga mak ayah yang bekerja, pening kepala nak letak anak -anak dekat mana. Yang mana anak-anak kecil duduk dekat taska oklah, yang dah sekolah ni kan.. Kawan-kawan nieyl yang mengalami situasi macam ni biasanya ada yang hantar anak ke kampung, tumpang taska anak-anak yang lain dan ada juga yang bawa anak ke office. Tak apa, as long as dieorang behave... Bos-bos pun faham,kalau musim cuti sekolah.


Dan bab yang paling best bila musim cuti sekolah adalah mak ayah pun tumpang ambil cuti bawa anak-anak pergi holiday. Kalau nieyl, anak tak ada..nieyl masih lagi pergi holiday time cuti sekolah sebab join kakak nieyl bawa anak-anak dia. Sambil tu boleh la bawa mak jalan-jalan juga. Kalau kerja je kualiti time dengan family tu tak ada, tak guna juga sebab family adalah segala-galanya selain kerja..


Yeay..mood vacation dah ON..esok nak pergi PD dah..3 hari 2 malam InsyaÁllah walaupun dekat tapi kualiti tu lebih penting ok..kepada yang bercuti juga selamat bercuti ok..Jumpa next weekk.. 

Tips Ayam Tahan Lama

by on March 16, 2018
Sejak berjinak mengamalkan makanan yang lebih sihat, ayam merupakan memu wajib setiap minggu tetapi bahagian dada sahaja. Selalunya bila dah beli ayam di pasar, balik terus nieyl akan bersihkan dan simpan dalam perti ais beku. Jarang simpan ayam dalam peti beku tanpa bersihkan.


Ayam yang segar biasa kita tak simpan dalam dalam peti beku, sebab kalau lama sangat ayam tu akan jadi kurang sedap bila nak masak. So, nieyl paling lama pun 5 hari ayam dan akan masak habiskan sebelum beli ayam yang baru.


Tahu tak korang, ayam segar ini kalau kena cara penyimpanan dia, boleh tahan lama sedikit tetapi bukan la sampai sebulan simpan nya..meh nieyl share tips yang nieyl sendiri buat dekat rumah.
  1. Kalau beli ayam dekat pasar, balik sahaja rumah terus bersihkan dan cuci ayam dan simpan terus dalam peti beku jangan sesekali biarkan ayam terlalu lama di luar ataupun di suhu bilik.
  2. Andai kata kalau tak sempat sangat nak bersihkan atau cuci ayam tadi, boleh simpan terus dalam peti beku tetapi pastikan tidak lebih dari 2 hari
  3. Manakala ayam yang kita dah masak, katalah ada lebih sayang kita nak buang,kita boleh simpan dalam peti beku tetapi tidak boleh lebih dari dua hari, kalau lebih tu korang buang jela..
  4. Macam nieyl,jenis yang makan ayam grill setiap hari..so,lepas cuci ayam nieyl terus masukkan dalam bekas, letak bahan perap seperti bawang putih, black paper dan terus simpan dalam peti beku.

Ingat tau korang, jangan simpan ayam lama-lama nanti tak berapa sedap hilang rasa segar daging ayam tu..Semoga tips ni boleh membantu korang ♥




15 March, 2018

Ajar Anak Solat

by on March 15, 2018
Solat adalah tiang agama dan satu tanggungjawab yang besar bagi seorang muslim. Jika baik solat kita insyaÁllah baik jugalah amalan kita yang lain. Solat 5 waktu sehari jangan sesekali kita tinggalkan kerana inilah perkara pertama yang bakal Allah tanya terlebih dahulu daripada amal ibadah kita yang lain.


Husband nieyl dah janji dengan adam nak bawa dia pergi solat dekat masjid, bila nampak paklong dia pakai kopiah, dia suruh tanggalkan bagi kopiah tu dekat dia, sebab dia nak pakai kopiah pergi masjid. Kopiah lagi besar dari tuannya.


Kebetulan hari khamis ada bacaan yassin malam jumaat di masjid, abang nieyl pun bawa anak dia yang lelaki pergi masjid. Lagi lah adam excited nak pergi. Dieorang ni sebaya lain bulan je..

Dalam kita mendidik anak-anak kita untuk belajar ABC dan 123 jangan kita lupa untuk mendidik anak-anak tentang bersolat kerana ianya adalah satu amanah yang sangat besar dan berat sebagai ibu bapa. Pembelajaran awal adalah dari rumah, anak-anak kecil kalau selalu melihat mak ayah dia solat, secara tidak langsung dia akan ikut pergerakkan kita. Sebab itu husband nieyl kadang-kadang kalau adam datang rumah, ada peluang dia akan cuba bawa adam ke masjid.

Tip Untuk Ajar Anak Solat

  1. Contoh tauladan yang baik - role model anak-anak adalah ibubapa.
  2. Wujudkan suasana yang solehah (0-2 tahun)- walaupun anak-anak kecil tidak mengerti tapi jika dia biasa melihat ibu bapa solat, membaca ayat-ayat quran ,InsyaÁllah
  3. Ajak anak (2-3 Tahun) - Jangan sesekali kita jemu untuk mengajak dan mengajar anak-anak tentang solat. Biar anak-anak biasa dengan ajakan kita, lama-lama InsyaÁllah hatinya pasti terbuka

  4. Mengapa kita solat (4-6 Tahun)-Ketika anak-anak sudah bijak berkata-kata, ibu bapa harus bercerita tentang kepentingan solat,ajar anak-anak solat,berikan penerangan dan gambaran yang jelas kepada anak-anak supaya menarik minat. Ketika ini anak-anak suka bertanya.

  5. Penekanan dan tanggungjawab (7-9 Tahun) - Untuk ini adalah umur yang kritikal, dimana 3 tahun ini masa untuk memperkukuhkan asas solat. Kita sudah berikan contoh, ajakan dan pemahaman sejak lahir, waktu ini anak-anak harus sudah tahu apa yang perlu dilakukan ketika azan, cara mengambil wuduk ,pergerakan dan bacaan dalam solat.
  6. Denda dan hukuman (10 tahun ke atas) -Dalam hadith tentang solat, Nabi membenarkan untuk kita memukul anak yang ingkar solat ketika dia berumur 10 tahun. Tetapi sebelum kita memukulnya, semak semula adakah kita tengah memberikan pemahaman dan contoh yang terbaik buat anak-anak?Memukul adalah jalan terakhir setelah ibu bapa sudah berputus asa. Bukan mukan untuk ibubapa menjatuhkan hukuman dan memukul anak.
  7. Doa - Proses mengajar anak solat amat panjang,usah jemu dalam mendidik,pelbagai teknik dan cara perlu diterapkan oleh ibubapa dalam mengajak anak-anak bersolat.Semoga anak-anak kita semua terang hati untuk belajar ilmu agama.

Jom Tebus Tiket KidZania GO! @ Quill City Mall Kuala Lumpur

by on March 15, 2018
Cuti sekolah bakal tiba tidak berapa lama lagi, apa kata ibu bapa ayuh luangkan masa bersama anak-anak anda di KidZania GO!

KidZania GO! di Quill City Mall Kuala Lumpur
Tarikh : 19 - 25 Mac 2018
Jam : 10.00 pagi - 9.30 malam (setiap hari)
Korang boleh tebus tiket KidZania GO! @ Quill City Mall Kuala Lumpur secara percuma dengan hanya membelanjakan RM38 dalam resit tunggal di mana-mana outlet di Quill City Mall Kuala Lumpur.
Antara 8 aktiviti yang menarik seperti
🌹Sharp Air Quality Control
🌹Scott's Research Lab
🌹Mc Donald's Fitness Centre
🌹Magic Studio
🌹TV Studio
🌹Volvo - Stop, look and wave
🌹Court house
🌹Recycling centre
Jadi apa tunggu lagi,jom ramai-ramai sertai KidZania GO! @ Quill City Mall Kuala Lumpur. Jangan lepaskan peluang ini..

Kempen Jom Sihat

by on March 15, 2018
Awal bulan 3 hari tu opis ada buat kempen jom sihat anjuran puspanita. Memang kebetulan start kempen ni nieyl memang on diet so, ambil peluang untuk join sekali kempen ni. Kempen jom sihat ini akan berlangsung sehingga bulan 12. Setiap hujung bulan, kita akan adakan sesi timbang-menimbang untuk mencatatkan berapa penurunan. Sehingga bulan 12 ,akan di umumkan siapa juara penurunan berdasarkan kadar penurunan yang banyak. Best kan?Motivasi sangat okay program-program macam ni.


Sebelum mendengar taklimat dari urusetia, kena isi dulu borang dimana dalam borang tu kena nyatakan berat dan tinggi sebagai rekod sebelum kempen bermula. Dalam kempen ni bukan sahaja orang yang berbadan besar je boleh join sesiapa sahaja pun boleh join sebagai langkah pertama menjaga kesihatan. Ingatnya!kesedaran itu penting.


Sesi mengukur ketinggian, kalau nak dapat BMI yang tepat, kena ukur ketinggian dan berat supaya kita boleh kira bmi badan kita yang sebenarnya. Nampak tu semua sibuk mengukur tinggi.


Selepas dah selesai ukur mengukur tu, kita masuk bilik perbincangan untuk dengar sedikit taklimat tentang kesihatan,berkongsi pengalaman bersama mereka yang telah berjaya menurunkan berat badan dengan jayanya. 



Program-program macam ni sangat bagus sebenarnya, ianya bukan sahaja tujuan untuk kurus tetapi ianya lebih bertujuan mengajar kita amalan-amalan yang lebih sihat terutamanya dalam bab makanan. Apabila umur semakin meningkat, kesihatan perlu di titik beratkan sebab dari pemakanan yang sihat, senaman yang konsistem InsyaÁllah..hari-hari kita lebih cergas dan lebih sihat.




14 March, 2018

Dato' Siti Nurhaliza - Kau Takdirku (Audio Video) -OST Tiada Arah Jodoh Kita

by on March 14, 2018

Apa yang pernah terbayang sewaktu dulu
mungkinkah inilah takdirku
tiada terfikir oleh ku kehadiranmu
telah merubah seluruh hidupku

bezanya kita bagaikan langit dan bumi
namun akhirnya kitakan serasi

disini telah bermula semua kisah kita
dan akan ku genggam segala janji kita dulu
disini hanya ku pinta kejujuranmu
dan cintai diriku dengan setia
mencipta syurga kita berdua

kelebihanmu dan juga kelemahanku
kita terima seadanya

jua
sempurna kita menyemai cinta nan suci
Indahnya dirimu yang ku miliki

disini telah bermula semua kisah kita
dan akan ku genggam segala janji kita dulu
disini hanya ku pinta kejujuranmu
dan cintai diriku dengan setia
mencipta syurga kita berdua

disini telah bermula semua kisah kita
dan akan ku genggam segala janji kita dulu
disini hanya ku pinta kejujuranmu
dan cintai diriku dengan setia
mencipta syurga kita berdua
Mencipta syurga kita berdua.

Menu Diet : Day 2

by on March 14, 2018
Betul kata orang kalau kita nak sesuatu tu kita kena berusaha, rajin dan perlukan pengorbanan. Nieyl sedang merasai semua itu sekarang, sejak-sejak ada kesedaran tentang kesihatan diri, nieyl akan pastikan setiap pagi akan bangun seawal 5.30 pagi, rasanya itu yang paling awal nieyl boleh bangun untuk siapkan bekal untuk breakfast dan lunch.

Hari ini nieyl share menu diet untuk hari kedua. Kalau korang rasa tak ada idea nak makan apa untuk diet,so korang boleh la ikut resepi nieyl yang biasa-biasa sahaja ni. Yang penting semua ni perlukan kerajinan yang jitu tau, tak mo malas-malas.


Untuk breakfast : Egg Rolls

Telur Dadar - Telur + daun sup (potong halus), tanpa minyak
Inti : timun jepun , karot dan hotdog. (hotdog tu nieyl rebus dulu)

*korang boleh letak macam-macam lagi dalam inti tu


Untuk Lunch 

Nasi + chia seed (suku)
Buah Epal
Ayam grill + Hotdog rebus + sayur stim


Untuk Dinner 

Home made patties ayam + Salad + hotdog + Epal

Resepi Patties ayam simple

Daging ayam + sayur + garam + black Paper + tepung gandum (blend)- kemudian buatlah bentuk yang korang suka, lepastu boleh bakar..


Oklah share gambar makanan sebab awal lagi kang ada yang meleleh air liur tengok skrin pc ni kang..hehehe..selamat mencubaa..


13 March, 2018

Sekotak Kurma Untuk Semua

by on March 13, 2018
Hari isnin sehingga jumaat rutin setiap pagi bila sampai sahaja pejabat, buka pintu dan lampu bilik kemudian akan terus pergi pantry untuk isi air dalam botol , hari isnin lepas nieyl masuk pantry ada sekotak kurma, kebiasaannya bila di letakkan di pantry memang untuk di makan bersama. Ya Allah murah sangat rezeki orang-orang yang bersedekah ni.


KELEBIHAN DAN KEBAIKAN BERSEDEKAH

Mendekatkan diri kepada Allah swt dan kuatkan iman dalam diri
💚 Kita bersedekah dengan niat untuk beribadah kerana Allah dan secara tidak langsung bertambah keimanan kita kepada Allah swt.Selain itu, bersedekah juga kita dapat mendekatkan diri kita dengan Allah swt. Allah menyayangi golongan hambanya yang banyak memberi tetapi bukan bertujuan nak menunjuk-nunjuk kepada orang lain.

Mendapat ganjaran pahala
💚Setiap amalan baik yang kita lakukan dengan ikhlas pastinya Allah menjanjikan pahala buatnya. Termasuklah dalam bersedekah kepada mereka yang memerlukan. Sentiasa menginggatkan diri kita bahawa setiap rezeki kita itu ada rezeki orang lain juga, jadi berkongsi lah sekadar kemampuan kita.

Menjauhkan diri dari sikap bongkak dan sombong
💚Apabila kita tidak mengamalkan amalan bersedekah mungkin kita akan dipenuhi dengan sikap sombang dan mungkin juga bongkak . Orang yang sombong adalah mereka yang beranggapan bahawa semua yang dimilikinya adalah hak kekalnya tapi mereka tidak sedar bahawa semua itu adalah hak Allah yang boleh di tarik balik bila-bila masa sahaja.

p/s: bersedekah bukan sahaja dalam bentuk wang ringgit, senyum itu juga sedekah, bersedekah boleh disalurkan dalam bentuk barangan, tenaga dan lain-lain lagi..

12 March, 2018

Review Filem : KL Special Force 2018

by on March 12, 2018
KL Special Force antara filem yang dinantikan di pawagam, akhiranya 8 Mac 2018 bermula tayangan di seluruh pawangan di Malaysia. Nieyl berkesempatan juga join anak-anak buah yang ajak tengok filem ni, jadi hari jumaat malam pergi menonton di Alamanda. 



KL Specail Force merupakan sebuah filem aksi arahan Syafiq Yusof terbitan Skop Productions, Damoda Productions dan Vuper Studios. Ia dibintangi oleh Datuk Rosyam Nor, Fattah Tamin , Syamsul Yusof dan ramai lagi . Filem ini mengisahkan sekumpulan unit khas Polis Diraja Malaysia yang berusaha untuk menumpaskan sekumpulan perompak yang dikenali sebagai Geng Anarkis . Geng ini diketuai oleh Asyraff , seorang anggota polis muda bernama Zul telah diserapkan ke dalam unit khas ini untuk membanti Roslan menyelesaikan kes berkenaaan tetapi situasi menjadi bertambah rumit bila Asyraff memanipulasi perasaan, minda dan syakwasangka di antara Roslan dan Zul. Nak tahu lagi??ala..korang kena pergi menonton sendiri filem aksi terbaik 2018 ini, takkan rugi..


Personal Review :

Aksi :🌟🌟🌟🌟🌟
Plot Story :🌟🌟🌟🌟
Ending :🌟🌟🌟


KENAPA PERLU MENONTON?
Sebabnya ianya adalah filem aksi dari Skop Productions di mana kita semua tahu yang filem aksi keluaran Skop Productions boleh dikatakan 90% terbaik dan berjaya menepati selera penonton.


PELAKON TERBAIK

Dalam filem ini menampilkan Datuk Rosyam Nor yang selalunya memegang watak jahat, tapi dalam filem ini beliau membawa watak sebagai anggota polis yang penuh dengan cabaran dan dugaan dalam menyelesaikan masalah geng anarkis. Selain itu juga kalau korang nak tengok seorang perompak berpakaian smart dan bergaya, dalam filem ini korang boleh tengok betapa smartnya watak Asyraff yang dimainkan oleh Syamsul Yusuf. Dan yang penting membanggakan, watak Zul yang dipegang oleh Fattah Amin, serius memang lain dari yang lain watak dia dalam filem ini. so,pergi tengok okay.


AKSI TEMBAK MENEMBAK DAN ADEGAN LETUPAN TERBAIK

Kalau namanya filem aksi, tidak akan terlepas adegan letup-letup kereta ini kan tak surelah berapa buah kereta yang diletupkan dalam filem ini tapi semuanya real, sampai ada scene letupan yang memeranjatkan penonton dalam cinema yang sedang menonton. Aksi tembak menembak juga nampak real, mungkin kurang menggunakan kesan khas. Memang best!


MESEJ DAN PENGAJARAN


Jauhi Rasuah
Asyraff cuba untuk merasuah pihak polis agar membantunya dalam aktiviti rompakan yang dia lakukan. Selain dari itu ada sesetengah orang yang kaya dan berduit lebih berkuasa sampai boleh melepaskan diri dari undang-undang. 

Cara menegakkan kebenaran
Peristiwa masa lalu menjadikan asyraff seorang yang pendendam dan ingin mengubah dunia . Mengejar kekayaan kerana dia percaya dengan duit dan kekayaan yang dia miliki boleh menguasai dunia dan mengubah undang-undang. Niat baik Asyraff untuk membetulkan dunia agar tidak ada lagi menindasan tetapi caranya tidak betul dan tetap salah dari segi undang-undang.




So, nieyl memang puas hati menonton filem ni tiada ruang untuk rasa bosan sebab padat dengan aksi. Dalam pada kita menonton untuk hiburan, fikirkan juga apa yang sebenarnya yang hendak di sampaikan oleh pengarah dalam karyanya. Terutamanya kerjaya sebagai anggota berunifom merupakan satu tanggungjawab yang besar dan sentiasa berdepan dengan pelbagai ancaman dan dugaan termasuklah dalam bertugas dan keselamatan ahli keluarga juga perlu di jaga.