31 October, 2017

Resepi Ikan Kembung Masak Singgang

Resepi Ikan Kembung Masak Singgang | Salah satu masakan yang nieyl jarang masak di rumah adalah masak singgang, sebab nieyl tiada keyakinan nak masak singgang yang sedap. Ramai kata ala masak singgang ni senang je campak-campak je bahan dia. Itu mungkin bagi mereka-mereka yang dah biasa atau selalu masak ya. Orang macam nieyl ni,baru beberapa kali masak, semalam merupakan kali yang ke-3 nieyl masak Ikan singgang ni tau. 

Dan bila dah kali ke-3 masak mestilah rasa dia makin meningkat sedapnya..hahaha..angkat bakul sendiri, ee..tak adalah ini betul, husband kata ini yang paling sedap,banyak dia makan tau..so,bila dah kata sedap wajib lah share. Supaya mereka-mereka yang macam nieyl ni yang baru nak berjinak memasak lauk sesimple ini,boleh try..tak gitu ke...


Bahan-bahan

  • Ikan kembung atau apa-apa ikan
  • Bawang merah- dihiris halus
  • Bawang Putih - dihiris halus
  • Lengkuas 1 inci 
  • Serai 1 batang- diketuk
  • Bendir /tomato
  • Kunyit 1 inci * nieyl terlupa beli,so guna serbuk kunyit je
  • Asam keping (nieyl letak 4 keping)
  • Cili Api
  • Garam dan serbuk perisa kalau ada
Cara-cara memasak
  • Rebus air,kuantiti air tu bergantung pada korang nak banyak atau sikit ya,kalau nieyl letak setengah periuk kecil
  • Masukkan bahan-bahan yang dihiris halus bersama serai,asam keping, kunyit dan lengkuas,biar sehingga mendidih
  • Masukkan bendi,cili api ,biarkan 5 minit masukkan ikan
  • kemudian masukkan garam dan serbuk perisa
  • biar mendidih dan tutup api dan boleh hidang...


Selamat Mencuba!

15 comments:

  1. Kalau nak lagi sedap kan...letak budu skit...dalam 2-3 sudu...huiiiiii...sodap gilo

    ReplyDelete
  2. Nampak sedap.(^_^) ucing singgah sini.

    ReplyDelete
  3. Lazat....makan dengan nasi...kuah lebih....

    ReplyDelete
  4. fav sangat ni..x yah lauk lain dahhh...buh nasik, tuang kuah singgang lam pinggan/mangkuk, mmg kenyang menghirup kuah tu jer..hihihi

    ReplyDelete
  5. Okeh..malam ni akak nak buat la..kejap lagi nak pi cari ikan kembung kat NuSentral..hehehe...

    ReplyDelete
  6. menu popular masa kecik. kalu make dengan budu lagi la jelira!

    ReplyDelete
  7. Mengidam nk makan ikan masak singgang, soh husbn masak sbb tgh mabuk x boleh masuk dapo.. tq resepi nye ye.. minta halal

    ReplyDelete
  8. Kunyit 1 inci tu potong ke atau tumbuk bagi hancur?

    ReplyDelete
    Replies
    1. biasanya hiris halus-halus je, senang makan halia tu..elok utk buang angin dalam badan

      Delete
  9. Masakan mudah Dan sedap. Ni kena makanndalam mangkuk sebab mama.suka hirup kuah hihii

    ReplyDelete
  10. menu sihat ni...zaman kecik seminggu 3-4 kali mak buat...ye lah ni main menu untuk orang pantai timur...tapi dah kawen, husband orang melaka tak suka makan ikan singgang kita buat dia kata tak sedap...dia suka yang mak kita buat, sedap katanya, bertambah-tambah nasinya...kecik hati bini...

    ReplyDelete
  11. Alhamdulillah.. terima kasih untuk perkongsian ilmu masakan yg mudah dan cepat,sesuai di jadikan menu untuk bersahur nanti..
    #IkanSinggang
    #SimpleButnNiceForHealthy
    #Salam22RamadhanAlMubarak

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)